Masalah kegatalan kulit boleh disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya ialah kulit sensitif, kulit kering, penyakit dan sebagainya. Tahap & jenis kegatalan kulit juga berbeza mengikut faktor dan masalah kesihatan yang dihidapi. 

Biasanya, masalah kegatalan kulit dirawat menggunakan ubat krim yang boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor ataupun diberikan oleh pihak hospital/klinik dengan preskripsi. Walaubagaimanapun, tidak semua ubat berkesan untuk semua kondisi seseorang. 

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mengetahui jenis-jenis ubat gatal kulit beserta fungsinya agar rawatan yang diberikan sesuai dan berkesan dengan masalah kulit yang anda hadapi. 

Mari kita baca satu perkongsian yang lebih spesifik oleh seorang doktor mengenai krim masalah kulit gatal ini.

6 Jenis Ubat Gatal Kulit & Fungsinya 

Dalam perkongsian tersebut, Dr.Khairul Faizie Mohammad Kamar berkongsi mengenai jenis-jenis ubat krim yang biasa pesakit dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

Menurut beliau, terdapat 6 jenis krim untuk masalah gatal kulit seperti dibawah: 

1- STEROID CREAM

2- ANTIFUNGAL CREAM

3- ANTIBIOTIC CREAM

4- COMBINATION OF CREAM

5- ANTIVIRAL CREAM

6- MOISTURIZING CREAM

Krim-krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan (preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:

  • OINTMENT : Berasaskan minyak (oil based). Disebabkan ia berasaskan minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit (more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel (lichenified skin area). Contohnya, kulit jadi menebal sebab eczema – kesan digaru lama.
  • CREAM : Berasaskan air (water based) Disebabkan ia berasaskan air,, ia kurang potent (kurang kesan) berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
  • LOTION / GEL : Untuk jenis lotion/gel pula, selalunya kita sapu krim pada kawasan yg berbulu , juga di kawasan lipatan ( intertriginous area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.

Okay mari teruskan baca. 

Berikut ialah 6 jenis ubat gatal kulit beserta fungsinya:

1) STEROID CREAM: 

  • Digunakan untuk merawat keradangan (inflammation) pada kulit. Contoh: Eczema.
  • Boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (kelas) mengikut ‘kekuatannya’. Semakin tinggi kategorinya, semakin kuat (potent). Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Untuk kelas yang potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka/kawasan kulit yg dah menipis sebab boleh menyebabkan komplikasi pada kulit.
  • Krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan untuk jangka masa yang terlalu lama. Lama tu maksudnya lebih daripada dua minggu.
  • Sekiranya digunakan secara berterusan (prolonged used on skin), boleh menyebabkan kulit menipis, rosak (atrophy), kulit hilang pigmen  hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu (allergic reaction), meninggikan risiko jangkitan (infection), dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu diserap dalam badan (systemic absorption).

NOTA: Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu (bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh: Hydrocortisone, Clobetasone, Mometasone, Fluticasone, Betamethasone.

2.  ANTI FUNGAL CREAM:

  • Digunakan untuk merawat jangkitan fungus (kulat). 

NOTA: Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh: Miconazole, Clotrimazole, Econazole, Ketoconazole, Fluconazole. 

Dan ada satu jenis antifungal krim yang nama saintifiknya Terbinafine (brand name Lamisil). 

3. ANTIBIOTIC CREAM:

  • Digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada kulit. 

NOTA: Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN”. Contohnya: Gentamicin, Fucidin, Neomycin, Mupirocin.

4. COMBINATION OF CREAM:

  • Kombinasi dua atau tiga jenis krim. 
  • Contohnya: Steroid cream + antibiotic cream, antifungal cream + steroid cream, antibiotic + steroid + antifungal.
  • Contoh kes: kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini kita guna krim antifungal + antibiotic /steroid.

5. ANTIVIRAL CREAM:

  • Digunakan untuk merawat jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ini disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.

6. MOISTURIZING CREAM:

  • Melembabkan kulit. 
  • Contoh kes: Pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yang kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yang lama, tak macam krim steroid.
  • Disarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu (50 % – 50%, 60% – 40 %, etc etc) bergantung pada rawatan doktor.

Pesan beliau:

“Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu ” serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata” 

Sumber: Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar

Leave a comment

Your email address will not be published.