Due date sudah dekat, apakah cara cepat bersalin yang boleh dipraktikkan untuk ibu sarat mengandung?

Antara petua yang sering kita dengar bagi cepatkan bersalin ialah dengan lakukan senaman ringan dan banyakkan berjalan. 

Terdapat pelbagai petua yang anda boleh cuba untuk mempercepatkan bersalin.

Baca Juga : Bengkak Susu : Punca, Simptom dan Cara Atasi (Breast Engorgement)

Cara Cepat Bersalin Melalui Pemakanan

1. Makanan Pedas

Menurut HelloDoktor, makanan pedas dikatakan dapat membantu dalam mempercepat bersalin. 

Hal ini adalah kerana makanan pedas dapat merangsang penghasilan hormon prostaglandin dalam badan. 

Hormon ini membantu dalam merangsang kontraksi pada dinding rahim.

Namun, hati-hati supaya tidak makan terlalu banyak makanan pedas untuk mengelakkan sakit perut. 

Kredit Foto : winnetnews.com

2. Betik Muda

Betik muda mengandungi enzim papain yang dikatakan dapat menggalakkan kontraksi rahim. 

3. Nanas

Buah ini pula mengandungi enzim bromelain yang dapat melembutkan serviks serta merangsang kontraksi untuk bersalin. 

4. Kurma

Kurma yang bermanfaat sebagai sumber tenaga ini sangat popular untuk diamalkan oleh ibu hamil. 

Kurma juga dikatakan mampu mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin di samping mempercepat proses pengecutan rahim selepas bersalin. 

Kredit Foto : siraplimau.com

Minuman Yang Baik Untuk Mudahkan Bersalin

1. Teh Jintan

Teh jintan sering digunakan bagi merawat masalah pencernaan seperti kembung atau sembelit. Ia juga sering diamalkan bagi mempercepat proses bersalin. 

Cara penyediaannya ialah dengan memasukkan 1 sudu jintan ke dalam air panas kemudian minum. 

2. Kelapa Muda

Petua orang dulu-dulu sering menyarankan ibu hamil untuk amalkan minum air kelapa sebaik sahaja kandungan mencecah usia 7 bulan.

 Di samping membantu mempercepat ibu hamil bersalin, ia juga membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan kandungan. 

Kredit Foto : foodbusinessnews.net

3. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil juga sering diamalkan bagi membantu ibu mengandung mudah bersalin. 

Sesetengah para ibu juga menyapu minyak kelapa dara pada bahagian perineum bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin. 

Minyak kelapa dara juga boleh didapati dalam bentuk kapsul untuk memudahkan pengambilan. 

Jika anda takut untuk mencuba makanan dan minuman yang dikatakan dapat membantu cepatkan bersalin, anda boleh cuba beberapa aktiviti di bawah :

4. Berjalan Kaki 

Aktiviti ini sering disyorkan kepada para ibu kerana ia dikatakan dapat membantu bayi turun ke saluran kelahiran dan mengembangkan serviks. 

Namun, jangan pula memaksa diri untuk berjalan terlalu jauh sehingga penat. 

Kredit Foto : verywellfit.com

5. Mandi  Air Hangat

Mandi dengan air hangat sangat membantu para ibu untuk meredakan tekanan. Ia juga dikatakan baik untuk mempercepat kelahiran bayi. 

6. Lakukan Hubungan Seks

Kaedah ini sering disyorkan kerana ia menggalakkan penghasilan oxytocin dalam badan bagi yang membantu kontraksi rahim.

Di samping itu, air mani pula mengandungi hormon prostaglandin yang berupaya untuk melembutkan rahim dan setersnya menggalakkan pembukaan rahim.

Petua Mudah Bersalin Dari Pengalaman Ibu-ibu

  1. Makan Sesuatu Sebelum Ke Labour Room
    Petua mudah bersalin yang paling penting adalah anda kena makan sesuatu. Tak kisahlah apa yang anda makan, tapi anda memerlukan tenaga untuk bersalin.
  2. Jangan Meneran Dengan Punggung
    Kalau anda tak mahu sakit punggung, jangan cuba meneran dengan tenaga dari punggung. Sebaliknya, guna abs atau otot perut untuk menolak.
  3. Berbaik Dengan Doktor / Jururawat
  4. Mungkin ramai yang tak perasan, walaupun doktor yang akan menyambut kelahiran bayi, tapi jururawat yang 24/7 dengan anda sehinggalah anda beranak. Jadi, cubalah berbual atau dapatkan tips daripada mereka ok!
  5. Pergi Ke Kelas Antenatal Untuk Persediaan Mental
    Sekarang ni dah banyak kelas antenatal dianjurkan oleh klinik kerajaan dan swasta. Manfaatkan sebaiknya ok!
  6. Kemas beg untuk ke hospital lebih awal
    Kemas beg awal-awal! Lebih bagus kalau anda start mengemas ketika kandungan masuk minggu ke-34. Lebih senang siap awal-awal sebab anda tak dapat agak bila bayi ini nak keluar.
  7. Banyakkan Membaca / Bertanya Pengalaman
    Dapatkan bahan bacaan dan belajar dengan doktor anda di hospital tentang bagaimana cara meneran betul, apa tanda-tanda hampir bersalin dan

Cara Cepat Bersalin Menggunakan Perubatan Moden

Sekiranya anda mengalami salah satu dari keadaan di bawah, doktor akan induce bagi memudahkan proses bersalin : 

  • Air ketuban pecah namun tiada kontraksi berlaku
  • Terdapat jangkitan kuman dalam uterus
  • Bayi tidak membesar mengikut kadar yang sepatutnya
  • Air ketuban terlalu sedikit
  • Anda mengalami kencing manis atau darah tinggi yang boleh membahayakan anda bayi
  • Serviks tidak terbuka pada kadar 1cm sejam

Dalam keadaan ini doktor mempunyai beberapa pilihan bagi membantu anda cepat bersalin :

  1. Menggunakan hormon prostaglandin untuk melembutkan rahim serta merangsang proses kontraksi.
  2. Memecahkan air ketuban kemudian periksa degupan jantung bayi bagi memastikan keadaan bayi stabil
  3. Sekiranya dua kaedah ini tidak berhasil, doktor akan memasukkan hormon oxytocin melalui kaedah drip untuk menggalakkan kontraksi. 

Untuk kebanyakan kes, menunggu bayi anda untuk keluar pada waktunya adalah yang terbaik walaupun sudah terlepas due date

Sebelum anda mencuba sebarang petua, adalah baik untuk anda rujuk kepada doktor terlebih dahulu bagi mengelak sebarang komplikasi yang mungkin berlaku. 

Walaupun kebanyakan cara cepat bersalin ini sering diamalkan secara turun temurun, tidak banyak bukti saintifik yang boleh mengesahkan keberkesanannya. 

Amalkan pemakanan sihat dan lakukan senaman ringan bagi melancarkan pergerakan bayi agar mudah bersalin apabila tiba waktunya. 

Sumber rujukan : 

Leave a comment

Your email address will not be published.