Maksud Bau Mulut atau Halitosis

Mulut berbau ataun nama saintifiknya Halitosis merupakan satu keadaan dimana seseorang memiliki bau nafas yang kurang menyenangkan. Dalam masyarakat, gangguan ini lebih dikenali dengan istilah mulut berbau. Gangguan ini merupakan salah satu masalah yang sering dialami setiap orang.

Pada dasarnya bau mulut terbahagi kepada dua jenis , iaitu bau mulut kerana sebab yang wajar dan bau mulut kerana sebab yang tidak wajar. Bau mulut yang sebab yang wajar misalnya bau nafas pada pagi hari atau ketika anda sedang berpuasa. Bau mulut yang sentiasa berbau biasanya berkaitan dengan gangguan kesihatan yang lebih serius.

Halitosis sering dianggap sebagai hal yang memalukan. Jika tidak segera ditangani, bau mulut dapat menurunkan kepercayaan diri anda.Tambahan lagi, mulut berbau yang berterusan sebnarnya boleh mengakibatkan penyakit yang merbahaya.

BACA JUGA: Jantung Sentiasa Berdebar, Adakah Tanda Penyakit?

Diagnosis Bau Mulut atau Halitosis

Penyakit halitotis atau bau mulut boleh dirawat dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau pemeriksaaan secara fizikal pada rongga mulut dan gigi. Pemeriksaan juga turut dilakukan di bahagaian hidung dan teakak sekiranya bimbang jika terdapat luka pada bahagian tekak.

Jika anda tidak mahu melakukan pemeriksaan di atas, amda juga voleh cuba beberapa pemeriksaan lain seperti:

  • Endoskopi
  • Rontgen perut
  • Rontgen dada

Gejala Bau Mulut atau Halitosis

Gejala halitosis yang paling mudah dikenali adalah:

  • Terciumnya bau nafs yang tidak sedap dari dalam mulut
  • Mulut terasa kering
  • Adanya lapisan berwarna putih di permukaan lidah yang merupakan bakteria yang sedang membiak.

Pengubatan Bau Mulut atau Halitosis

Halitosis atau mulut berbau terjadi ketika (seperti bau mulut ketika bangun tidur) dapat diatasi dengan memberusgigi. Namun, halitosis kerana perkara lain sewajarnya perlu mendapatkan rawatan yang lebih serius.

Berikut merupakan beberapa hal yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah halitosis:

  • Berus gigi dua kali sehari. Waktu yang paling tepat untuk melakukannya adalah di pagi hari (selepas sarapan) dan malam (sebelum tidur).
  • Ganti gigi berus setelah menggunakan 3 hingga 4 bulan. Jikaka berus gigi anda sudah rosak sebelum waktunya,sa=ebaiknya gantulah dengan berus gigi yang baru.
  • Lakukan pembersihan permukaan lidah secara teratur. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan berus gigi yang lembut atau tongue cleaner.
  • Lakukan flossing sekali dalam sehari untuk membuang plak dan sisa makanan yang tersangkut di antara celah gigi.Anda juga boleh menggunakan mouthwash untuk membersihkan area yang susah untuk diberus.
  • Lakukan scaling (pembersihan karang gigi).
  • Segera perbaiki dan tambal gigi yang berlubang.
  • Berhentilah merokok dan penggunaan produk tembakau.
  • Banyak minum air putih untuk menjaga kelembaban rongga mulut.
  • Gula-gula berangin (kurang gula) untuk merangsang air liur agar dapat membantu membersihkan sisa makanan serta bakteria
  • Perhatikan pola makan. Hindari atau kurangkan makanan yang yang menjadi punca mulut berbau.
  • Bersihkan gigi palsu dan cabut ketika tidur di malam hari.
  • Lakukan pemeriksaan secara teratur ke doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan rutin dan pembersihan.

Penyebab Bau Mulut atau Halitosis

Halitosis boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara . Beberapa di antaranya adalah:

  • Kebersihan mulut yang buruk. Tanpa pembersihan mulut yang baik, sisa makanan akan tertinggal dalam mulut. Hal ini dapat merangsang perkembangam bakteria dalam mulut dan di permukaan lidah yang menyebabkan bau pada mulut. Selain itu, sisa makanan yang menempel pada gigi, gusi, dan lidah juga akan mengakibatkan (radang gusi) dan gigi berlubang. Kesannya, mulut akan semakin berbau dan rasa yang tidak selesa di dalam mulut.
  • Pembersihan veneer yang kurang baik. Veneer yang tidak dibersihkan dengan baik dapat menyebabkan pengumpulan sisa makanan dan bakteria di permukaan veneer. Hal ini boleh mengaakibatkan munculnya bau yang tidak sedap.
  • Penyakit gusi atau jaringan periodontal
  • Penyakit sistemik. Bau mulut merupakan salah satu gejala dari penyakit tertentu, contohnya infeksi saluran pernafasan, gangguan pencernaan, diabetes, atau maslah pada hati.
  • Xerostomia (mulut kering). Penggunaan beberapa ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan mulut menjadi kering, terutama ubat-ubatan untuk mengatasi depresi dan tekanan darah tinggi. Xerostomia juga boleh disebabkan oleh kelainan pada kelenjar ludah sehingga produksi ludah menurun. Selain itu, kebiasaan bernafs melalui mulut juga dapat menyebabkan mulut cenderung menjadi lebih kering.
  • Merokok.

Sumber: klikdokter.com

Leave a comment

Your email address will not be published.