8 Khasiat Minyak Habbatussauda Untuk Kesihatan Tubuh

Habbatussauda adalah merupakan salah satu makanan sunnah yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Ia juga dikenali sebagai jintan hitam (black cumin). 

khasiat minyak habbatussauda

Anda boleh dapatkan habbatussauda dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk pil kapsul, produk teh atau kopi. Selain itu, anda juga boleh dapatkan khasiat habbatussauda melalui ekstraknya yang dikenali sebagai minyak habbatussauda. 

Ingin mengetahui khasiat minyak habbatussauda? Mari teruskan membaca!

Khasiat Minyak Habbatussauda

  1. Membantu Mencegah Pelbagai Jenis Kanser

Minyak habbatussauda mengandungi fitokimia dan kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu membantu melawan radikal bebas untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser. 

Ia juga bersifat anti kanser (mengandungi thymoquinone dan tetrahydroxyquinone) yang boleh menyebabkan kematian sel-sel kanser secara apoptosis terutamanya dalam sel-sel kanser leukemia, pankreas dan juga kanser payudara. 

  1. Mengelakkan Kerosakan Fungsi Hati

Hati adalah merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh kita. Hampir semua toksin yang masuk ke dalam tubuh akan di hantar ke hati untuk dinyahtoksikkan. Selain itu, ia juga penting untuk penghasilan pelbagai jenis  enzim dan neurotransmitter untuk kesihatan otak dan tubuh secara umumnya.

Minyak habbatussauda sangat bermanfaat untuk membantu dan mempercepatkan proses pemulihan untuk fungsi hati yang terganggu seperti hati berlemak, pengerasan hati dan sebagainya yang berpunca daripada pengambilan gula yang tinggi, pengambilan alkohol berlebihan dan kesan sampingan ubat-ubat tertentu. 

Proses pemulihan hati ini amat penting untuk mengelakkan kerosakan hati yang berterusan yang boleh mengakibatkan kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik. 

  1. Membantu Mengawal Paras Gula 

Sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes, pengambilan minyak habbatussauda adalah amat digalakkan. 

Hal ini kerana, minyak habbatussauda yang boleh membantu pemulihan semula atau regenerasi sel-sel beta dalam kelenjar pankreas secara beransur-ansur. Dengan itu, ia boleh membantu memulihkan dan meningkatkan rembesan insulin secara normal daripada kelenjar pankreas sekaligus membantu mengawal paras glukosa darah secara lebih semulajadi. 

  1. Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Tahukah anda, minyak habbatussauda sebenarnya telah digunakan dalam merawat penyakit tekanan darah tinggi sejak berkurun lamanya. 

Terdapat kajian (Phytotherapy Research) yang menunjukkan pengambilan minyak habbatussauda membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara di samping itu ia juga memberikan bacaan positif kepada ujian fungsi hati dan buah pinggang. 

  1. Membantu Mengawal Paras Kolesterol 

Bukan sahaja membantu mengawal paras gula dan tekanan darah, minyak habbatussauda juga sangat berguna untuk membantu mengawal paras kolesterol yang selalunya menjadi punca kepada beberapa penyakit kronik yang lain. 

Pengambilan minyak habbatussaud dapat membantu mengawal kolesterol darah dengan menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL-C. Bahan aktif yang terdapat dalam minyak ini bersifat anti radang dan membantu mengawal fungsi imuniti tubuh kita (immunomodulatory). Sifat anti radang ini sangat penting untuk mencegah penyakit kardiovaskular disamping kawalan kepada paras kolesterol dalam darah. 

  1. Menyihatkan Rambut

Minyak habbatussauda juga digunakan dalam banyak produk penjagaan rambut seperti syampu dan minyak rambut. 

Terdapat bahan aktif yang dikenali sebagai ‘nigellone’ yang terbukti mempunyai kesan sama seperti antihistamin yang boleh membantu mengurangkan kesan rambut gugur. 

Disamping itu, kandungan bahan anti-bakteria, anti oksidan dan anti keradangan yang terdapat dalam minyak habbatussauda juga mampu membantu mengurangkan masalah kelemumur, kekeringan kulit kepala sekaligus meningkatkan kesihatan rambut dan kulit kepala secara tidak langsung.

  1. Menyihatkan Kulit, Membantu Merawat Alahan Kulit (Ekzema Dll)

Sekiranya anda mempunyai masalah alahan kulit seperti ekzema, anda boleh cuba mengamalkan penggunaan minyak habbatussauda ini. 

Minyak habbatussauda didapati sangat efektif  dalam merawat ekzema dan mempunyai manfaat sama seperti krim steroid betamethasone. Namun begitu, anda perlu pastikan anda tidak mempunyai alahan terhadap kandungan yang ada dalam minyak ini. 

  1. Membantu Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Masalah kesuburan bukan sahaja berkaitan dengan wanita, malah para lelaki juga ramai yang mengalaminya. 

Kajian mendapati pengambilan minyak habbatussauda berhasil untuk menunjukkan peningkatan jumlah sperma, motiliti sperma dan kuantiti air mani  kepada penggunanya. 

Kesimpulan

Jelaslah bahawa, khasiat minyak habbatussauda tidak dapat diragukan lagi. Banyak kajian yang telah dilakukan bagi membuktikan keberkesanannya dalam bidang kesihatan. Namun begitu, anda perlu mendapatkan nasihat ahli perubatan sebelum memulakan pengambilan sekiranya perlu. 

Sumber: https://drnorman.com.my/habbatussauda-kelebihannya-kepada-kesihatan/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161