Khasiat Susu Kambing, Bayi Tidak Boleh Minum Susu Kambing Segar?

Selain daging kambing, susu kambing juga tidak kurang penggemarnya yang tersendiri. Setiap bahagian yang terdapat pada kambing mempunyai manfaatnya yang tersendiri termasuklah susu kambing. Khasiat susu kambing untuk kesihatan terutamanya tidak dapat dinafikan lagi.

Kalau kita perhatikan, kebanyakan susu yang dijual dipasaran adalah susu lembu. Jangan keliru pula ya. Susu lembu mempunyai keunikannya tersendiri begitu juga dengan susu kambing.  

khasiat susu kambing

Antara kandungan berkhasiat yang terdapat di dalam susu kambing ialah; kaya dengan sumber protein. Berbanding dengan susu lembu, susu kambing mengandungi protein yang lebih tinggi. Protein susu yang terdapat di dalam susu kambing terdiri daripada casein dan whey protein.

Selain itu, susu kambing juga mengandungi komponen lemak yang terdiri daripada asid lemak rantaian pendek (SCFA) dan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) seperti caproic, caprylic, capric dan lauric. Ia juga mengandungi asid lemak penting (EFAs) dan asid linoleik konjugasi (CLAs) yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. 

Bukan itu sahaja, susu kambing juga mengandungi komponen karbohidrat yang terdiri daripada laktosa, iaitu sejenis gula susu yang merupakan sumber karbohidrat utama di dalam susu. Kandungan laktosa di dalam  susu kambing ini lebih rendah berbanding di dalam susu lembu.

Ada pelbagai lagi kandungan berkhasiat dalam susu kambing yang memberi manfaat kepada tubuh anda. Mari teruskan membaca!

Khasiat Susu Kambing

  1. Baik Untuk Sistem Pencernaan 

Susu kambing mengandungi pelbagai komponen seperti laktulosa, laktitol, asid laktobionik, galaktooligosakarida dan pelbagai oligosakarida. 

Komponen-komponen ini memainkan peranan sebagai prebiotik yang boleh menggalakkan pertumbuhan probiotik, iaitu bakteria baik yang memainkan peranan penting untuk kesihatan sistem pencernaan.

  1. Menguatkan Tulang & Gigi. 

Umum mengetahui, susu amat baik untuk diminum kerana ia kaya dengan kalsium yang membantu untuk menguatkan tulang dan gigi. 

Selain kaya dengan kalsium, susu kambing juga mengandungi vitamin D. Kandungan vitamin D ini boleh membantu untuk meningkatkan penyerapan kalsium. 

Selain itu, protein yang terdapat di dalam susu kambing juga baik untuk mengurangkan antiosteoporosis dalam masalah rheumatoid arthritis.

  1. Membantu Menurunkan Kolesterol

Sekiranya anda mempunyai kolesterol yang tinggi, anda boleh cuba amalkan susu kambing. Menurut beberapa sumber,, susu kambing mempunyai kesan hypokolesterolemik yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Hal ini kerana kandungan lemak dan protein casein yang terdapat di dalam susu kambing yang boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah, meningkatkan HDL-kolesterol (kolesterol baik) dan meningkatkan penyingkiran kolesterol melalui najis.

  1. Mencegah Masalah Anemia

Pengambilan susu kambing boleh membantu meningkatkan pengambilan atau penyerapan zat besi di dalam badan. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah anaemia, anda boleh cuba amalkan meminum susu kambing ya! 

  1. Sesuai Untuk Ibu Yang Mengandung Dan Menyusukan Bayi

Buat ibu-ibu yang hamil atau sedang menyusui, anda disyorkan untuk meminum susu kambing selalu. 

Pengambilan susu kambing semasa mengandung dan menyusu boleh meningkatkan mikrobiota di dalam usus anak sekaligus boleh melindungi mereka daripada masalah seperti asma dan ekzema, mengurangkan masalah anxiety dan bagus untuk tumbesaran anak.

Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk mengambil atau memberikan susu kambing mentah, segar atau yang tidak diproses kerana risiko mengandungi mikroorganisma atau tercemar dengan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan. 

Bagi bayi pula, anda boleh jadikan susu kambing yang telah diformulasikan khusus untuk bayi. 

  1. Alternatif Susu Lembu Terutamanya Bagi Sesiapa Yang Ada Alahan

Bagi individu yang mempunyai masalah alahan terhadap susu lembu, anda boleh cuba susu kambing sebagai alternatif menggantikan susu lembu.

Kebiasaannya, alahan susu lembu adalah disebabkan oleh kehadiran protein susu seperti protein αs1- casein. Manakala, susu kambing kurang mengandungi protein tersebut dan menyebabkan ia kurang berisiko untuk menyebabkan alahan. 

Sumber: rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161