Berat Badan Ideal Bagi Wanita, Lelaki Dewasa & Kanak-kanak

Berat Badan Ideal Bagi Wanita, Lelaki & Kanak-kanak – Cara Kira BMI & Carta Berat Badan Sihat

APAKAH STATUS BERAT BADAN ANDA?

Tahukah anda, menurut data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), SEPARUH daripada rakyat Malaysia dewasa adalah GEMUK ( Berlebihan berat badan & Obesiti)!

Jadi, adakah anda tergolong dalam kategori…..

  • Kurang Berat Badan
  • Normal
  • Berlebihan Berat Badan
  • Obesiti

Macam mana nak tahu kita dalam kategori yang mana?

Umum mengetahui bahawa berlebihan berat badan mempunyai risiko kepada PENYAKIT seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung & beberapa jenis kanser.

Jadi, untuk mendapatkan berat badan yang ideal untuk setiap individu lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak, kita perlu tahu apakah sasarannya.

Jadi, di sini kami kongsikan cara untuk mengetahui status berat badan anda dan cara untuk kira BMI bagi mendapatkan berat badan ideal anda.

berat badan ideal

Bagaimanakah Cara Mengetahui Berat Badan Ideal?

Mengetahui Berat Badan Ideal Melalui BMI

Indeks Jisim Tubuh (IJM) atau dalam Bahasa Inggeris disebut Body Mass Index (BMI) adalah formula untuk mengetahui berat badan ideal dengan cara menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda.

Dalam erti kata lain, pengiraan ini membantu kita untuk tahu berapa berat badan yang sesuai untuk ketinggian kita.

Jadi, macam mana nak tahu berapa BMI kita dan adakah ia terletak dalam kategori kurang berat badan, normal, atau lebih berat badan?

Ianya dikira menggunakan formula BMI seperti berikut:

BMI = Berat (kilogram)


Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Macam mana nak kira?

Cara untuk kira BMI amat mudah dimana anda hanya perlu memasukkan berat badan dan tinggi badan anda ke dalam formula BMI seperti yang dinyatakan di atas.

Berdasarkan kategori BMI, target nilai BMI yang normal adalah di antara 18.5 sehingga 24.5 (rujuk jadual di bawah).

Contohnya, jika seorang lelaki dengan ketinggian 170cm (1.7 meter) dan berat badan 69 kg akan mempunyai BMI seperti berikut:

69/(1.7 x 1.7) = 23.9 kg/m2

Ini bermaksud berat badan lelaki itu adalah NORMAL kerana BMI bagi berat badan unggul ialah 18.5 hingga 24.9 kg/m2.

Rujuk kategori BMI seperti dalam jadual di bawah.

Kategori BMI

Kategori BMI menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dibahagikan menjadi 4 kategori seperti berikut:

Jika BMI anda (kg/m²) adalah :Anda adalah :
< 18.5Kurang berat badan
18.5 – 24.9Mempunyai berat badan unggul
25 – 30Berlebihan berat badan
30 atau lebihObes

NOTA: Kategori BMI ini hanya sesuai untuk menilai berat badan ideal wanita dan lelaki dewasa yang berusia di antara 18 hingga 64 tahun.

Berat Badan Ideal Bagi Kanak-kanak

Jadi, bagaimanakah cara menilai indeks yang sesuai untuk kanak-kanak?

Carta Indeks Jisim Tubuh (IJT) untuk kanak-kanak berusia 2-19 tahun adalah mengikut umur dan jantina.

Cara kira BMI anak adalah sama iaitu berat (kg) / tinggi (m) x tinggi (m).

Setelah itu, anda boleh merujuk carta rujukan pertumbuhan kanak-kanak yang khusus mengikut umur untuk mengetahui BMI anak anda.

Di sini dilampirkan Carta Pertumbuhan Kanak-kanak Lelaki & Perempuan Mengikut Umur oleh Persatuan Paediatrik Malaysia yang boleh anda muat turun dan cetak.

berat badan ideal
berat badan ideal
berat badan ideal
berat badan ideal

Sumber: MyPositiveParenting

Bagaimana untuk menggunakan carta ini?

Langkah 1: Ukur berat (kg) dan tinggi (m) anak anda.

Langkah 2: Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anak anda.

Langkah 3: Guna carta bersesuian dengan umur dan jantina anak anda.

Langkah 4: Cari IJT anak anda pada axis menegak dan umur anak anda pada axis mendatar pada carta.

Langkah 5: Tanda titik di mana kedua-dua nilai bertemu. Kawasan di mana titik itu berada menunjukkan kategori IJT anak anda.

Carta ini biasanya terdapat dalam buku perkembangan kanak-kanak yang anda sering bawa setiap kali anak anda menjalani pemeriksaan berjadual di klinik.

Tips Pemakanan Sihat

Tahukah anda, Panduan Diet Malaysia 2020 (Malaysian Dietary Guideline 2020) merangkumi 14 Mesej Utama yang membantu anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengekalkan kesihatan anda pada tahap yang optimum.

Cegah penyakit tidak berjangkit, amalkan Panduan Diet Malaysia!

berat badan ideal

Hai si cantik manis, jangan lupa utamakan amalan pemakanan sihat dalam rutin harian anda semua. Mungkin ia adalah solusi yang anda cari untuk mendapat berat badan ideal dan tampil lebih menawan.

Jom ikuti amalan pemakanan sihat istimewa untuk remaja perempuan bersama HER.

Sumber: Nutritionist KKM

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Bahagian Pemakanan di pautan https://hq.moh.gov.my/nutrition/HER/ dan ikuti kami di TikTok HER https://vt.tiktok.com/ZSNLeaCq1/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazurah Hassan
Nazurah Hassan

Berpengalaman sebagai pegawai penyelidik, kini mengurus keluarga sambil menulis artikel online. Hasil penulisan pernah diterbitkan di portal online TheAsianParent.com, PantangPlus.com, TZKRH, Majalah Labur dan SirapLimau.

Articles: 10