Cara Hilangkan Sunburn Dengan Efektif Menggunakan Bahan Di Rumah

‘Sunburn’, atau selaran matahari adalah merupakan perkara yang normal berlaku terutamanya sekiranya anda sering berada di bawah panas terik atau terdedah kepada sinaran cahaya matahari dalam jangkamasa yang lama. 

Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Fungsi melanin adalah untuk menentukan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu yang dihasilkan oleh cahaya matahari. 

Namun, pendedahan yang berlebihan kepada matahari menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi fungsi melanin yang terdapat pada kulit lalu terjadilah sunburn.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan cara hilangkan sunburn dengan efektif menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah. 

Cara Hilangkan Sunburn Dengan Efektif 

cara hilangkan sunburn

Anda boleh cuba cara-cara yang disenaraikan di bawah bagi melegakan kesan sunburn pada kulit anda. Biasanya, kulit akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya namun akan mula membaik setelah 1-3 hari. 

1. Lidah buaya/ Aloe Vera

Ambil satu daun lidah buaya kemudian belah. Ambil ‘lendir-lendir putih/jernih  di dalamnya kemudian sapukan ke kawasan kulit anda yang sunburn.  Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

Anda juga boleh gunakan apa-apa produk yang berasaskan lidah buaya seperti losyen sekiranya tidak mempunyai tanaman lidah buaya di rumah. 

Untuk kesan yang lagi menarik, anda boleh sejukkan dahulu lidah buaya tersebut selama beberapa jam sebelum sapukan di kawasan kulit anda yang sunburn. 

2. Yogurt

Sapukan yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) di kawasan kulit yang sunburn bagi membantu melembabkannya. .

4. Cuka

Anda boleh menggunakan cuka untuk menghilangkan rasa perih akibat sunburn.Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Sekiranya kulit anda mengelupas, elakkan menggunakan cara ini. 

5. Teh Hitam/Hijau

Biasanya sunburn akan mengakibatkan kulit anda pedih dan sedikit bengkak. Oleh itu, kandungan tanin yang terdapat di dalam teh hitam atau teh hijau sangat membantu untuk mengurangkan kesan tersebut. 

6. Timun & Kentang

Umum mengetahui timun dan kentang mempunyai khasiat yang baik untuk masalah kulit termasuk kulit yang sunburn. 

Potongan timun atau kentang tidak diragukan lagi dapat membantu menyejukkan kulit, meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

7. Oatmeal 

Kisar satu mangkuk oatmeal kemudian, tuangkan dalam baldi. Campurkan air mandian anda dan gunakannya untuk mandi. Mandian oatmeal didapat mampu menenangkan keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.

8. Mandi Air Sejuk

Terdapat kajian yang mendapati bahawa mandi air sejuk dapat membantu melegakan kesan sunburn serta menenangkan kulit yang merengsa.

Selain itu, anda juga disyorkan untuk meletakkan kompres atau pek sejuk pada kulit sejurus terdedah pada selaran matahari. Hal ini kerana, ia mampu membantu mengeluarkan haba berlebihan dari kulit dan mengurangkan keradangan.

Tahap Sunburn

Secara umumnya, sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Walaubagaimanapun, setiap individu mempunyai tahap sensentiviti kulit yang berbeza bergantung pada kandungan melanin, genetik, umur, jantina dan sebagainya. 

cara hilangkan sunburn

Terdapat tiga tahap  sunburn yang boleh dikenalpasti, iaitu: 

  • Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.
  • Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.
  • Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu rawatan doktor dengan segera.

Tanda-Tanda Kulit Sunburn 

Antara tanda-tandanya ialah; kulit menjadi merah dan sedikit bengkak, gatal, kulit terasa panas serta kering, otot terasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari. 

Malah, ia boleh jadi lebih teruk lagi seperti kulit anda mengelupas teruk sehingga menyukarkan anda untuk memakai baju (kerana kulit yang mengelupas sakit tersentuh baju), demam, rasa sejuk, serta lemah badan. 

cara hilangkan sunburn

Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Sekiranya mengalami sakit berpanjangan, sila dapat rawatan dengan segera. 

Kesimpulan 

Sunburn adalah perkara biasa yang berlaku lebih-lebih kepada penduduk negara yang terdedah dengan cahaya matahari. Pastikan anda memakai krim pelindung UV (sunscreen/sunblock) untuk mengurangkan risiko sunburn serta melindungi kulit anda. 

Sumber: siraplimau.com, hellodoktor.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161