Mata Kanan Bergerak Sendiri?, Inilah Petandanya!

Kadang tu mesti rasa tak sedap hati juga kan kalau mata tiba-tiba gerak selain rasa rimas dan tertanya-tanya sendiri apa yang kelopak mata bergerak ni nak saksikan. 

Selalunya apabila mata bergerak tiba-tiba, orang akan kaitkan dengan pelbagai mitos. Contohnya, mata kanan bergerak menandakan ada perkara baik yang nak berlaku, manakala kalau mata kiri bergerak pula ada benda yang tak elok nak berlaku. 

Sebenarnya terdapat pelbagai versi lagi mitos mengenai mata bergerak ni. Apa pun, semuanya terpulang kepada kita sejauh mana kita nak percaya perkara tersebut. 

Tetapi sebenarnya, ada beberapa punca yang telah dikenal pasti menyebabkan mata kanan bergerak sendiri. Nak tahu? Mari teruskan membaca!

Punca Mata Kanan Bergerak Sendiri

Mata Kanan Bergerak Sendiri

Mata yang bergerak sendiri dikenali sebagai eye twitching. Dalam keadaan ini, berlaku kerdipan mata secara tidak disengajakan. Kerdipan berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata, serta mata kanan mahupun mata kiri. 

Kerdipan ini berlaku disebabkan oleh kekejangan otot di bahagian mata. Punca kekejangan otot ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:- 

  1. Tidur Tidak Mencukupi 

Apabila terlalu penat, dan tidur tidak mencukupi menyebabkan otot-otot di bahagian mata anda penat sekaligus boleh menyebabkan kekejangan. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi agar mata anda juga boleh berehat dengan baik. 

  1. Tertekan/Stress

Reaksi tubuh setiap individu apabila sedang tertekan adalah berbeza-beza. Tertekan atau stress adalah merupakan salah satu punca ketegangan mata sekaligus menyebabkan eye twitching berlaku. 

  1. Ketegangan Mata

Ketegangan mata juga boleh menjadi punca eye twitching ini berlaku. Biasanya ia terjadi disebabkan ‘power’ mata yang sudah berubah, dan menyebabkan mata bekerja dengan lebih keras sehingga menyebabkan ketegangan otot mata. 

Selain itu, kekerapan menghadap skrin juga menyumbang kepada perkara ini. Anda disyorkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

  1. Kafein dan Alkohol

Pengambilan kafein dan alkohol juga didapati menyebabkan eye twitching berlaku. Ini kerana, tidak balas tubuh terhadap bahan-bahan yang terdapat di dalam keduanya menyebabkan otot-otot tubuh menegang termasuk otot mata. 

  1. Mata Kering

Kekeringan mata sering terjadi kepada golongan berumur, pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh. Untuk mengelakkan mata anda kering, titiskan ubat mata atau kelip mata secara kerap. 

  1. Alahan

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

  1. Anxiety

Anxiety juga boleh menjadi punca kelopak mata bergerak sendiri. Ketika mengalami anxiety, anda mengalami kesukaran untuk mengawal gerak tubuh anda menyebabkan anda tergetar-getar, sesak nafas termasuklah eye twitching dan pelbagai lagi. 

Kesimpulan

Jangan khuatir sekiranya mata kanan bergerak sendiri. Tiada rawatan khusus untuk masalah ini namun sila dapatkan nasihat doktor sekiranya berlanjutan. 

Sumber: https://sinar.syok.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161