Mata Kanan Bawah Bergerak Selalu? Jangan Risau, Ini Sebabnya!
Pernah tak, tiba-tiba mata kanan bawah bergerak dengan kerap? Pasti merimaskan!
Menurut orang tua-tua, sekiranya mata anda bergerak dengan kerap secara tiba-tiba, ia memberi petunjuk sesuatu akan berlaku. Contohnya, apabila mata kanan anda bergerak ia menunjukkan perkara yang baik bakal berlaku. Manakala, mata kiri pula sebaliknya.
Sebenarnya, terdapat penjelasan saintifik mengenai perkara ini. Jadi anda tak perlu berteka-teki mengenai perkara apa yang bakal berlaku.
Mari ketahui punca-punca mata kanan bawah bergerak seperti yang dinyatakan di bawah.
Punca Mata Kanan Bawah Bergerak
Tahukah anda, apabila bawah mata kanan bergerak, otot kelopak mata (dikenali sebagai orbicularis oculi) anda sedang alami kekejangan. Kekejangan ini boleh berlaku berturut-turut dan berkali-kali. Ia akan terhenti dengan sendirinya apabila otot kelopak mata anda sudah rileks.
Keadaan ini dikenali sebagai eye twitch atau nama saintifiknya, blepharospasm. Keadaan ini juga boleh berlaku pada mata sebelah kiri. Antara punca kekejangan otot mata yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku adalah:-
- Keletihan
- Stress/tekanan
- Pengambilan kafein/alkohol berlebihan
- Menghadap skrin komputer terlampau lama
- Mata kering
- Alergi
- Sakit kepala
Adakah Ini Simptom Penyakit Lain?
Anda tidak perlu khuatir, biasa eye twitch ini memang tidak menyakitkan atau berbahaya kepada kesihatan. Bahkan, ia juga akan reda/hilang dengan sendirinya.
Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku eye twitch dalam tempoh yang lama dan kerap selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, ia kemungkinan besar menjadi simptom penyakit lain. Contohnya seperti:
- Blepharitis (kelopak mata yang meradang)
- Mata kering
- Kepekaan cahaya
- Pink eye
Bahkan, anda juga perlu berwaspada kerana keadaan ini boleh jadi tanda gangguan otak atau saraf, seperti:
- Bell’s palsy
- Dystonia
- Penyakit Parkinson
- Sindrom Tourette
Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan tertentu, anda boleh cuba periksa kesan sampingan ubat-ubatan yang anda ambil tersebut. Hal ini kerana, pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi puncanya.
Contohnya, ubat-ubatan yang merawat psikosis dan epilepsi.
Rawatan Yang Diperlukan
Mata kanan bawah bergerak atau right eye twitch ini selalunya tidak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang sendirinya.
Rehatkan mata anda, tutup beberapa minit atau tidur. Pastikan anda memperoleh rehat yang secukupnya. Sila kurangkan pengambilan alkohol, tembakau, dan kafein kerana ia menyebabkan otot-otot anda mudah mengejang termasuklah otot mata.
Sekiranya perlu, anda boleh titiskan ubat mata yang boleh didapatkan di farmasi. Pastikan anda dapatkan maklumat mengenai ubat tersebut terlebih dahulu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, mata kanan bawah bergerak adalah perkara normal dan tidak perlu dirisaukan melainkan ianya berlaku dalam tempoh masa yang panjang, kerap serta mengganggu penglihatan anda.
Sila dapatkan pemeriksaan dengan pakar dengan segera kerana boleh jadi ia adalah merupakan simptom penyakit lain yang anda tidak ketahui.
Sumber: hellodoktor.com