Simptom Anxiety Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun simptom anxiety berbeza mengikut individu, secara umumnya badan boleh menunjukkan tindak balas yang spesifik ketika seseorang diserang anxiety.

Pada waktu tersebut, seseorang akan lebih peka dan badan akan bertindak untuk melindungi diri daripada bahaya yang mungkin berlaku. Oleh itu, beberapa gejala umum bagi anxiety boleh dialami seperti berikut :

  • Berasa gementar, tidak tenang dan stres
  • Rasa terancam atau panik
  • Jantung berdegup kencang
  • Pernafasan menjadi laju
  • Badan menggigil atau otot terasa letih
  • Badan menjadi lesu
  • Sukar untuk tumpukan perhatian dan mudah risau
  • Sukar untuk tidur (insomnia)
  • Menghadapi masalah pencernaan seperti kembung perut, sembelit atau cirit birit

Baca Juga : Stres: Tanda, Simptom, Kesannya Pada Kesihatan & Ujian Saringan DASS

Jenis Kecelaruan Anxiety

Kecelaruan anxiety boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dengan simptom yang berbeza.

1. Agoraphobia

Seseorang yang mengalami agoraphobia cenderung untuk alami perasaan terperangkap, malu atau tidak berdaya.

 Ini boleh mendorong kepada panic attack. Orang yang alami agoraphobia juga lebih memilih untuk elak tempat dan situasi yang boleh menyebabkan serangan panic attack.

2. Generalized Anxiety Disorder (GAD)

Seseorang yang didiagnos dengan GAD sentiasa alami anxiety dan kerisauan yang berterusan tentang sesuatu perkara seperti rutin atau aktiviti harian.

Kerisauan ini boleh meningkat dan boleh mendorong kepada gejala seperti sakit kepala, sakit perut atau kesukaran untuk tidur.

3. Obsessive-Complusive Disorder (OCD)

OCD ialah anxiety berterusan yang berlaku akibat rasa risau yang keterlaluan.

Ini boleh menyebabkan pemikiran mereka sukar diuruskan, namun mereka akan cuba atasinya dengan melakukan perbuatan tertentu seperti membasuh tangan, mengira atau tabiat memeriksa barangan atau rumah sama ada selamat atau tidak.

4. Kecelaruan Panik ( Panic Disorder)

Panic disorder boleh mengakibatkan rasa takut, panik yang berulang kali dalam satu jangka masa yang pendek. Ini juga dikenali sebagai panic attack.

Antara gejala panic attack yang perlu diberikan perhatian ialah :

  • Berpeluh dingin
  • Badan menggigil
  • Kesukaran untuk bernafas dan sesak dada
  • Loya
  • Rasa hendak pitam
  • Rasa kebas atau rasa mencucuk di sekitar badan
  • Hilang kawalan dan pertimbangan untuk berfikir

 Gejala bagi panic attack juga agak sama dengan gejala penyakit lain seperti serangan jantung, masalah pernafasan dan masalah tyroid.

Oleh itu, individu yang menunjukkan gejala-gejala ini perlulah dikejarkan ke hospital dengan segera.

5. Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)

PTSD berlaku apabila seseorang mempunyai pengalaman yang mengundang trauma seperti :

  • Kemalangan
  • Serangan
  • Peperangan
  • Bencana alam

Seseorang dengan PTSD boleh menunjukkan beberapa gejala seperti kesukaran untuk bertenang, mudah untuk mengalami mimpi buruk atau terkenang kepada peristiwa hitam suatu ketika dahulu.

Mereka juga memilih untuk elak daripada perkara yang boleh mengingatkan mereka kepada peristiwa tersebut.

6. Bisu Selektif (Selective Mutism)

Selective mutism sering melibatkan kanak-kanak yang tidak dapat bercakap di sesetengah situasi dan tempat.

Sebagai contoh, kanak-kanak mungkin tidak mahu bercakap di sekolah atau di rumah. Masalah ini juga boleh mengganggu rutin harian serta kehidupan sosial seseorang.

7. Separation Anxiety Disorder

Masalah ini merupakan perkembangan kanak-kanak yang normal. Ia berlaku apabila seorang anak merasa cemas apabila berpisah dengan ibu bapa.

8. Fobia Spesifik

Kita pasti biasa mendengar orang fobia terhadap pelbagai perkara seperti claustrophobia (rasa takut pada ruang kecil), arachnophobia (rasa takut pada labah-labah) dan sebagainya.

Ini boleh menyebabkan anxiety apabila seseorang terdedah kepada perkara tersebut.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Agak sukar untuk mengagak sendiri sama ada anda risau tentang sesuatu atau anda benar-benar mengalami anxiety.

Tanpa rawatan, simptom anxiety boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan. Oleh itu rawatan awal adalah penting bagi mengatasi anxiety sebelum ia memburuk.

Anda perlu jumpa doktor sekiranya anda alami simptom anxiety seperti berikut :

  • Pemikiran anda sangat terbeban sehingga menjejaskan rutin harian termasuklah kehidupan sosial, penjagaan kebersihan diri, sekolah dan tempat kerja.
  • Anda sukar untuk mengawal rasa risau, takut dan tekanan yang dialami
  • Anda rasa kemurungan dan menggunakan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol
  • Anda mempunyai keinginan untuk meragut nyawa sendiri

Langkah pertama untuk atasi anxiety ialah dengan berjumpa doktor bagi mengenalpasti keadaan kesihatan mental anda.

Bermula dari situ, doktor boleh mencadangkan pelan rawatan yang baik untuk mengatasi anxiety yang anda alami.

Sokongan dari orang terdekat seperti rakan dan keluarga juga amat penting supaya pesakit tidak berasa keseorang ketika keresahan atau tertekan.

Tips Tangani Anxiety

Selain berjumpa doktor dan bergaul dengan orang terdekat, pesakit juga boleh atasi anxiety dengan mengikuti beberapa tips seperti berikut :

Bersenam

Jika sebelum ini anda jarang aktif, mulakan dengan senaman ringan terlebih dahulu untuk mengurangkan stres dan anxiety.

Elakkan pengambilan alkohol dan dadah

Bahan-bahan ini tidak membantu mengurangkan aniety malah meningkatkan lagi keresahan dan stres yang dialami.

Jika anda mengalami kesukaran untuk berhenti mengambil bahan-bahan ini, dapatkan nasihat daripada doktor.

simptom anxiety

Berhenti merokok dan mengambil minuman berkafein

Pengambilan nikotin dan minuman berkafein juga boleh membuatkan anxiety semakin teruk dan perlu dielakkan.

Cuba Teknik Pengurusan Stres dan Kekal Tenang

Anda boleh cuba lakukan meditasi, luangkan masa di pusat ibadah bagi membantu anda lapangkan minda dan kekal tenang.

Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Rehat yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengatasi masalah kemurungan dan anxiety. Jika anda mengalami insomnia, anda boleh berbincang dengan doktor.

Amalkan Pemakanan Sihat

Diet tinggi khasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

simptom anxiety

Jangan malu untuk dapatkan pertolongan bagi mengatasi masalah anxiety yang dialami.

 Di samping berjumpa doktor, anda juga boleh lakukan beberapa pendekatan seperti amalan pemakanan yang sihat, kekal aktif melalui senaman serta hentikan tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan seperti merokok, mengambil dadah serta alkohol.

Sumber :

Everything You Need to Know About Anxiety

https://www.healthline.com/health/anxiety-symptoms

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85