Penyakit bipolar merupakan salah satu jenis gangguan jiwa yang melibatkan perubahan atau gangguan mood yang ekstrem. Perubahan atau gangguan ini boleh disamakan seperti depresi (sedih yang berlebihan) dan mania (kegirangan yang berlebihan) yang tidak menentu.

Gangguan bipolar atau bipolar disorder ini merupakan episod yang berlangsung selama beberapa hari kadangkala boleh menjadi sehingga beberapa bulan. Ketika pesakit berada dalam mood yang baik, perlakuan pesakit boleh menjadi normal dan mempunyai mood seperti biasa.

Gangguan bipolar mempunyai dua jenis iaitu:

  • Gangguan bipolar tahap 1. Pada gangguan ini, episod gangguan mood yang lebih dominan berulang dan mania.
  • Gangguan bipolar tahap 2. Pada gangguan ini, episod gangguan mood yang lebih dominan berulang dan boleh menjadikan pesakit mengalami depresi.

Untuk kondisi yang berat, bipolar boleh menjadi keadaan yang serius dan membahayakan. Penderita gangguan bipolar tahap satu boleh membahayakan orang lain. Contohnya seperti mengamuk, memukul, dan sebagainya. Sementara itu, penderita penyakit bipolar tahap 2 lebih cenderung membahayakan dirinya sendiri,seperti melakukan percubaan bunuh diri.

Penyebab Gangguan Bipolar

Hingga kini, penyebab bipolar tidak diketahui dengan pasti. Beberapa kajian menunjukkan kemungkinan faktor genetik boleh mencetuskan gangguan ini. Jika ada anggota keluarga yang memiliki penyakit bipolar, berkemungkinan besar generasi di bawahnya juga pasti akan mengalami keadaan tersebut.

Gejala Gangguan Bipolar

Bipolar disorder bermula dengan episod gangguan mood yang ekstrem, iaitu mania dan depresi. Di antara episod gangguan mood, pesakit dilihat seperti orang normal sahaja.

Gejala mania berbeza dengan kegirangan yang normal. Orang yang di dalam keadaan mania memiliki energi berlebihan dan cenderung berperilaku destruktif, serta menganggu orang lain.

Gejala Bipolar episod mania antara lain adalah:

  • Sukar tidur
  • Yakin dan terlalu percaya diri
  • Berbual lebih cepat dari biasa dan topik pembicaraanya mudah berganti
  • Sukar untuk fokus
  • Terlihat gelisah, lebih mudah marah pada orang lain
  • Berpenampilan menyerlah dan cenderung menghabiskan duit
  • Membuat keputusan-keputusan yang mengejutkan
  • Sentiasa berasa dirinya berkuasa, contohnya dia berasa bahawa ia adalah orang paling hebat di dunia, meyakini bahwa ayahnya adalah presiden, dan sebagainya.

Keadaan mania boleh terjadi kepada pesakit bipolar sekurang-kurangnya selama empat hari.

Sementara itu, ketika penderita penyakit bipolar mengalami episod depresi, ia akan terlihat mengalami kesedihan yang esktrim dan tidak jelas penyebabnya. Episod depresi ini berbeza dengan kesedihan biasa. Ketika depresi, kondisi sedih menyebabkan penderita bipolar tidak boleh beraktiviti seperti biasa dan hal ini terjadi selama lebih dari dua minggu.

Gejala Bipolar episod depresi antara lain adalah:

  • Merasa sedih, hampa, atau tidak berguna
  • Enggan untuk melakukan aktiviti apapun, termasuk melakukan hobi yang digemari
  • Rasa tidak mempunyai tenaga untuk beraktiviti
  • Sukar tidur, atau terlalu banyak tidur
  • Dihantui dengan perasaan bersalah
  • Tidak boleh fokus dalam pekerjaan atau sekolah
  • Terfikir untuk bunuh diri atau melakukan percubaan bunuh diri

Diagnosis Gangguan Bipolar

Bila anda merasakan mengalami gangguan bipolar, doktor terlebih dahulu akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa jenis pemeriksaan darah. Tujuannya untuk memastikan bahwa gangguan jiwa yang dialami penderita bukan disebabkan oleh penyakit lain.

Bila semua hasil pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan laboratorium normal, pemeriksaan jiwa melalui perbualan terapi akan dilakukan untuk memastikan penyakit bipolar.

Rawatan Gangguan Bipolar

Rawatan untuk gangguan bipolar dilakukan oleh pakar psikitari. Rawatan bipolar meliputi psikoterapi dan pemberian ubat. Psikoterapi dilakukan dengan cara melakukan kaunseling untuk menggali emosi dan masalah hidup yang dialami oleh penderita. Selain itu, penderita bipolar juga dilatih untuk menyedari perubahaan mood yang dialami dan mempelajari cara mengatasinya dari dalam diri sendiri.

Ubat bipolar yang diberikan adalah ubat-ubatan untuk ‘menstabilkan’ mood penderitanya (mood stabilizer). Selain itu, jika bipolar dalam episod depresi, doktor juga akan memberikan antidepresan.

Apabila gangguan bipolar yang dialami menyebabkan penderitanya cenderung untuk membahayakan diri sendiri atau orang lain, umumnya penderita juga perlu dirawat di hospital untuk sementara waktu.

Pencegahan Gangguan Bipolar

Pencegahan bipolar boleh diketahui dengan mengambil tahu tentang permasalahan ini. banyakkan memabaca dan mengkaji tentang gangguan bipolar supaya anda menyedari keadaan diri anda sendiri dan mengetahui anda berada pada tahap yang mana. Penghidap awal bipolar boleh ditangani secara sendiri jika kita menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri kita.

Leave a comment

Your email address will not be published.