Manfaat Buah Cempedak Untuk Kesihatan Badan

Buah cempedak atau  Artocarpus integer adalah buah yang memiliki bentuk dan bau yang menyerupai buah nangka. Namun, bau cempedak lebih kuat berbanding buah nangka. Ada sesetengah orang yang kurang menggemari buah cempedak kerana baunya yang menyengat.

Meskipun tidak semua orang yang gemar dengan bau cempedak, buah ini memiliki sejumlah khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita.

Dalam 100 gram buah cempedak atau setara enam biji buah mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Zat gizi yang dimaksud adalah seperti vitamin C, vitamin B3, beta karoten, serat, zat besi, fosfor, kalsium, dan kalium.

Apa manfaat buah cempedak untuk kesihatan kita? Jom kita semak penjelasan di bawah ini.

1. Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Khasiat buah cempedak boleh menurunkan hipertensi dan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kondisi ketika tekanan darah melebihi batas normal.

Kandungan kalium di dalam buah cempedak mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Menurut sebuah kajianbuah cempedak mengandungi kalium yang sangat banyak. Di dalam enam biji buah cempedak, terkandung 243,7 miligram kalium.

Selain daripada menurunkan tekanan darah, cempedak juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, seperti penyakit jantung. Seperti diketahui, hipertensi adalah salah satu faktor yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, manfaat buah cempedak untuk mengurangkan risiko penyakit jantung juga berpunca daripada kandungan serat di dalamnya. Di dalam enam ulas buah cempedak mengandungi 3.4 gram serat.

Serat dalam buah cempedak bermanfaat untuk menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Hal ini membantu mengurangkan risiko kolesterol tinggi yang berbahaya untuk jantung.

2. Mengatasi Jangkitan Saluran Pundi Kencing

Buah cempedak bermanfaat untuk mengatasi jangkitan saluran pundi kencing. Hal ini kerana kondisi ketika organ dalam sistem pundi kencing, seperti uterus, kantung saluran pundi, uretra, ataupun ginjal dijangkiti bakteria. 

Khasiat buah cempedak untuk mengatasi infeksi saluran pundi kencing berasal daripada persenyawaan antibakteria di dalamnya. Senyawa ini berperanan bagi memerangi bakteria yang menjadi penyebab jangkitan.

3. Memperbaiki Kesihatan Mata

Buah cempedak mengandungi beta karoten yang cukup tinggi. Di dalam enam ulas buah cempedak terdapat sekitar 79 mikrogram beta karoten.

Beta karoten adalah nutrisi yang siap diubah tubuh menjadi vitamin A. Manfaat vitamin A adalah dapat menjaga kesihatan kornea, iaitu lapisan mata yang berupa selaput mata yang menutupi bahagian depan mata. 

Selain itu, nutrisi ini juga diyakini mampu menjaga kesihatan mata secara menyeluruh.

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Buah cempedak juga boleh digunakan untuk membantu menurunkan berat badan bagi penderita obesiti. Hal ini tidak lepas dari tingginya kandungan serat buah cempedak.

Serat dapat meningkatkan rasa kenyang. Ketika anda mengambil cempedak, kandungan ini dapat membataskan keinginan penghidap obesiti untuk mengambil makanan lebih banyak.

Manfaat buah cempedak boleh membantu turunkan berat badan menerusi bijinya. Biji cempedak memiliki kandungan serat dan nutrisi yang lebih banyak. Selain itu, indeks glikemik pada tepung biji cempedak, diketahui lebih rendah jika dibandingkan dengan tepung roti.

5. Menjaga Kesihatan Pencernaan

Cempedak memiliki kandungan serat yang mampu meningkatkan kerja usus dalam menyerap nutrisi dan menjaga keseimbangan bakteria baik probiotik.

Selain itu, buah cempedak memiliki kandungan mineral, vitamin, dan antioksidan xanthone yang berfungsi untuk melindungi saluran pencernaan. Antioksidan ini juga boleh membantu menyembkan penyakit ulu hati.

6. Membantu Mengawal Penyakit Diabetes

Kandungan serat dalam buah cempedak dipercayai boleh digunakan untuk membantu mengawal penyakit diabetes. Ini adalah penyakit metabolik yang berpunca daripada peningkatan kadar gula darah. 

Serat dalam buah cempedak dapat membantu tahap gula darah tetap stabil.

7. Kesihatan Kulit

Buah cempedak mengandungi beta karoten yang cukup tinggi. Dalam enam ulas buah cempedak mengandungi 79 mikrogram beta karoten. 

Kandungan buah cempedak juga bermanfaat bagi menjaga kesihatan kulit, seperti memperlambat penuaan dan kerutan pada wajah.

8. Pengubatan Malaria

Buah cempedak juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati malaria. Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit jenis Plasmodium. Parasit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Manfaat buah cempedak dalam mencegah dan mengubati malaria berasal daripada kandungan senyawa artoindonesianin dan heteriflavon C di dalam buahnya. Kedua senyawa ini juga boleh dijumpai   pada kulit kayu pohon cempedak.

9. Meningkatat Dos Cecair Dalam Tubuh

Buah cempedak banyak tumbuh di daerah tropika, termasuk Malaysoa. Oleh itu, cempedak memerlukan kandungan air yang cukup banyak untuk tumbuh dan berkembang.

Hal ini menyebabkan buah cempedak memiliki kandungan air yang tinggi. Enam buah cempedak mengandung 67 gram air.

Kandungan ini bermanfaat membantu memenuhi dos cecair dalam tubuh anda . Meski begitu, anda tetap perlu minum air putih untuk memenuhi keperluan cecair harian, ya.

10. Mengurangkan Risiko Kanser

Menurut kajian yang dimuatnaik di  Journal of the American Chemical Society, akar cempedak sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi penyakit leukemia. Ini adalah kanser darah akibat tubuh memiliki terlalu banyak sel darah putih abnormal. 

Penelitian menemukan bahawa akar cempedak mengandungi senyawa antioksidan bernama, Artoindonesianins A dan B. Keduanya dapat melawan perkembangan sel kanser leukemia.

Baca Juga: Cara Membezakan Diarea Biasa dan Diarea COVID-19

Manfaat buah cempedak untuk kesihatan ternyata banyak. Namun, untuk menjaga kesihatan tubuh dan mencegah penyakit, anda tidak boleh bergantung kepada buah cempedak sahaja. 

Oleh itu,anda disarankan untuk tetap menjalani pola hidup sihat, dengan bersukan dan mengambil makanan sihat dan bergizi seimbang, ya.

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: