Cara Hilangkan Sakit Gigi di Rumah Dengan Segera

Bagaimanakah cara untuk hilangkan sakit gigi yang tiba-tiba menyerang?

Bagi meredakan sakit gigi, terdapat beberapa kaedah yang anda boleh cuba untuk kelegaan segera.

Walaupun ia tidak menjamin kelegaan berterusan, namun ia dapatlah meredakan sakit sementara anda dapatkan temujanji dengan doktor gigi.

hilangkan sakit gigi
Kredit Foto : willmurphydentistry.co.uk

Baca Juga : Ubat Sakit Gigi Yang Anda Boleh Cuba Sebagai Rawatan Sementara

1. Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit yang boleh didapati di farmasi seperti paracetamol atau ibuprofen sememangnya berkesan dalam mengurangkan rasa sakit dengan segera.

 Makanlah dengan dos yang disyorkan sahaja.

Jika sakit tidak berkurangan, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk dapatkan ubat serta rawatan yang lebih berkesan.

2. Tuam Dengan Ais

Untuk mengurangkan rasa sakit gigi, anda juga boleh tekan bahagian sakit menggunakan pek ais yang telah dibekukan atau bungkusan ais yang dibalut dengan kain.

 Ini akan membantu mengecutkan salur darah di kawasan yang sakit dan mengurangkan rasa pedih.

Kredit Foto : preferreddentalcaresantarosa.com

3. Sapukan Gel Kebas

Menurut perkongsian dari Healthline.com, beberapa gel kebas seperti benzocaine juga boleh digunakan untuk hilangkan sakit gigi buat sementara waktu.

Ia boleh didapati di farmasi berdekatan namun ia tidaklah sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

4. Kumur Air Garam

Berkumur dengan air garam merupakan cara hilangkan sakit gigi yang biasa diamalkan bagi meredakan sakit gigi.

Air garam berperanan sebagai agen antibakteria semulajadi bagi mengurangkan keradangan.

Berkumur dengan air garam juga membantu dalam menyingkirkan sisa makanan atau kotoran di celah gigi dan gusi.

Kredit Foto : implantandcosmeticdentistry.com

5. Teh Pudina

Untuk menggunakan teh pudina dalam meredakan sakit gigi, anda perlulah merendam uncang teh.

Kemudian, apabila sudah sejuk sedikit, tuamkannya pada bahagian yang sakit.

Anda juga boleh letakkan uncang teh pudina dalam peti ais untuk menambah rasa sejuk dan kebas di bahagian yang sakit.

Menurut kajian, pudina mengandungi komponen antibakteria dan antioksida bagi melawan jangkitan.

Kandungan aktif pudina iaitu menthol pula dikatakan mampu memberikan kesan kebas pada kawasan yang sakit.

6. Bawang Putih

Selain digunakan dalam masakan, bawang putih telah digunakan bertahun-tahun lamanya dalam perubatan tradisional.

 Ia juga mengandungi komponen antibakteria yang baik untuk mengurangkan keradangan serta melawan pembiakan bakteria yang menyebabkan plak pada permukaan gigi.  

Untuk menggunakan bawang putih bagi merawat sakit gigi, tumbuk bawang putih sehingga lumat kemudian sapukannya pada kawasan yang sakit.

Anda juga boleh kunyah terus seulas bawang putih secara perlahan.

7. Ekstrak Vanilla

Untuk kaedah ini anda perlulah menggunakan ekstrak vanilla tulen dan bukanlah esen vanilla buatan.

Vanilla mengandungi alkohol yang berkesan dalam mengurangkan rasa sakit.

Kandungan antioksidanya pula berperanan dalam menyembuhkan keradangan.

Anda boleh sapukan estrak vanilla di kawasan yang sakit di dalam mulut untuk kelegaan segera.

8. Minyak Bunga Cengkih

Bunga cengkih digunakan secara tradisional selama bertahun-tahun sebagai penawar untuk sakit gigi.

Minyak yang terkandung dalam bunga cengkih berkesan dalam mengurangkan keradangan serta memberikan rasa kebas.

Untuk kaedah ini, larutkan minyak bunga cengkih dengan carrier oil seperti minyak bunga matahari.

Berdasarkan National Association of Holistic Aromatherapy, anda disarankan untuk mencampurkan 15 titis minyak bunga cengkih dengan 1 auns carrier oil.

Kemudian, letakkan campuran minyak tersebut pada bebola kapas dan sapukan pada kawasan yang sakit.

Anda juga boleh gunakan titiskan sedikit minyak bunga cengkih dalam secawan air suam dan gunakannya untuk berkumur.

Kredit Foto : draxe.com

9. Daun Jambu Batu

Daun jambu juga terkenal sebagai penawar bagi menyembuhkan dengan kandungan antiradangnya.

Ia juga bersifat antimikrob yang mampu meningkatkan kesihatan oral.

 Anda boleh kunyah terus daun jambu segar atau tambahkan daun jambu yang sudah ditumbuk lumat pada air mendidih kemudian gunakan air tersebut untuk berkumur.

Biasanya rawatan di rumah ini bersifat sementara bagi meredakan sakit yang tiba-tiba menyerang.

Bagi mengatasi masalah sakit gigi sepenuhnya, anda perlulah dapatkan pemeriksaan di klinik gigi berdekatan.

 Jika sakit gigi berlaku disebabkan jangkitan, anda mungkin akan diberikan antibiotik bagi mengatasi jangkitan yang dialami.

Anda juga tidak boleh bergantung sepenuhnya pada rawatan di rumah untuk sembuh apatah lagi untuk abaikan rasa sakit tersebut.

 Jika diabaikan, kondisi anda boleh berlarutan sehingga timbulnya masalah yang lebih serius seperti penyakit gusi, gigi rosak dan gusi bernanah.

Sumber :

How to get rid of a toothache at night

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326133#seeing-a-dentist

11 Home and Natural Remedies for Toothache Pain

https://www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/home-remedies-for-toothache#_noHeaderPrefixedContent

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85