Penjelasan Tentang Jantung Berdebar

Jantung berdebar yang juga dikenali sebagai palpitasi. Ketika mengalami palpitasi, jantung akan terasa berdegup lebih kencang dan laju daripada asal. Ada debaran yang terasa dari dada hingga leher.

Sebenarnya, keadaan jantung yang berdebar-debar tidak selalu menandakan adanya masalah kesihatan, terutamanya pada jantung. Bahkan keadaan ini sebenarnya tidak membahayakan.

Walaupun demikian , anda harus ada rasa wasapada yang lebih abila berasa jantung sering berdebar-debar dan laju tanpa punca yang pasti. Misalnya ketika anda sedang berehat, degupan jantung anda menjadi laju daripada kebiasaan dan diiringi dengan gejala lain. Itu menandakan anda mempunyai masalah jantung.

Penyakit jantung banyak berkaitan dengan gejala jantung berdebar,rasa gelisah atau gangguan degupan jantung. Detak jantung yang normal adalah sebanyak 60-100 kali per minit. Apabila detak jantung anda melebihi dari itu, ada kemungkinan anda mengalami aritmia. Untuk mendapat kepastian, anda haru mendpatkan pemeriksaan jantung oleh doktor pkar di hospital.

BACA JUGA: Kenali Perbezaan Infeksi Payudara Dan Kanser Payudara

Diagnosis Jantung Berdebar

Untuk menentukan adakah jantung berdebar disebabkan hal normal atau penyakit serius, maka anda pelrlu melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

Pemerikasaan yang dijalankan oleh doktor pakar merangkumi frekuensi dan durasi nafas anda, faktor terjadinya punca jantung menjadi laju dan gejala kondisi ‘red flag’ yang tidak normal. Keadaan ini berkemungkinan berlaku menerusi genetik yang mempinyai pendarahan anemia, mudah cemas dan gementar, penurunan berat badan yang mudah dan cepat berasa badan panas. Sebenarnya kondisi kini berpunca daripada tubuh badan yang terlalu banyak menghasilkan hormon tiroid.

Selain itu juga, anda juga perlu menjalankan pemeriksaan secara fizikal untuk memeriksa tanda vital. Pemeriksaan leher dan kepala, pemeriksaan jantung dan sebagainya. Pemeriksaan utama yang boleh dilakukan adalah pemeriksaan EKG (rekam jantung), pemeriksaan lab untuk mengetahui kadar hemoglobin, elektrolit, fungsi ginjal, hormon tiroid, dan lain-lain.

Gejala Jantung Berdebar

Beberapa gejala yang mungkin Anda rasakan ketika mengalami jantung berdebar. Contohnya seperti:

  • jantung berdebar-debar
  • sensasi seperti jantung berhenti atau meloncat

Adanya gejala ‘red flag’ dapat menandakan keadaan yang memerlukanperhatian khusus, Antara gejala lain adalah:

  • Pening atau pingsan
  • Sakitdada
  • Sesak nafas
  • Detak jantung yang tidak teratur, termasuk detak jantung > 120 kali/ minit atau < 45 kali/ minit ketika berehat
  • Adanya penyakit jantung
  • Memiliki pengalaman pengsan berulang atau kematian mendadak dalam keluarga
  • Palpitasi yang dicetuskan aktiviti fizikal terutamanya jika disertakan dengan pengsan

Cra mengatasi Jantung Berdebar

Ada beberapa perubatan yang sesuai dengan penyebab gejala jantung berdebar yang muncul. Untuk mengubati palpitasi yang tidak disebabkan penyakit serius, penggunaan ubat jenis beta-bloker seperti propranolol dan metoprolol boleh digunakan. Ubat ini dapat mengurangkan beban jantung dan menurunkan tekanan darah.

Pencegahan Jantung Berdebar

Perasaan jantung berdebar yang tidak disebabkan penyakit serius boleh .dicegah dengan:

  • Rutin bersenam
  • Berhenti mengambil kafein, alkohol, dan rokok
  • Minum air putih yang banyak sebanyak 8 gelas atau 2 liter setiap hari.
  • Mengurangi stres

Penyebab Jantung Berdebar

Walaupun ada gejala jantung berdebar yang tidak berbahaya, namun beberapa penyakit dapat menimbulkan gejala jantung berdebar. Secara umum penyebab palpilasi mempunyai duas penyebab. Pertama berpunca dari jantung (seperti kelainan detakan jantung atau kelainan struktur jantung) atau non-jantung (seperti penyakit psikiatri, ubat-ubatan, anemia, penyakit tiroid, dan sebagainya.

Kenali dengan lebih peka tentang kesihatan diri anda. Sayangi diri anda!

Leave a comment

Your email address will not be published.