Khasiat Bayam Brazil, Baik Untuk Kesihatan Mata!

Bayam Brazil atau nama saintifiknya, Alternanthera sissoo adalah merupakan sejenis sayuran yang berasal dari Brazil. Namun begitu, ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan bayam yang lain.

Antara ciri-cirinya adalah, mempunyai daun yang berbentuk bulat, berwarna hijau dan dilihat seperti berkerut. Manakala, bunganya pula berwarna putih dan bersaiz kecil. Biasanya, bayam brazil membentuk gundukan dengan ketinggian 30 cm.

 khasiat daun brazil

Dari segi rasa pula, bayam brazil mempunyai rasa yang sama seperti bayam hijau yang biasa. Ia juga boleh dimakan mentah begitu sahaja ataupun dimasak mengikut citarasa anda.

Seperti sayuran yang lain, khasiat bayam brazil juga tidak kurang pentingnya. Mari kita baca khasiat daun brazil di bawah satu persatu.

Khasiat Bayam Brazil

  • Meningkatkan Kesihatan Mata

Pengambilan bayam brazil dapat membantu meningkatkan kesihatan mata. Hal ini kerana, bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang boleh mengurangkan risiko degenerasi makula & katarak.

NOTA: Degenerasi makula adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

Kedua-dua komponen ini berfungsi untuk membantu menapis sinaran biru yang boleh menyebabkan kerosakan retina.

Selain itu, bayam brazil juga mengandungi vitamin A, iaitu komponen bagi rhodopsin (sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah) yang sangat baik untuk kesihatan mata anda.

  • Kaya Dengan Antioksidan

Bayam kaya dengan kandungan antioksidan seperti kaempferol yang boleh mengurangkan risiko pertumbuhan kanser. Dalam beberapa kajian, pengambilan bayam dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser prostat dan payudara.

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam bayam juga mampu melawan radikal bebas untuk melambatkan proses penuaan.

Tambahan pula, bayam brazil mengandungi sulfoquinovosyldiacylglycerol (SQDG) dan juga monogalactosyldiacylglycerol (MGDG) iaitu sejenis komponen yang berfungsi untuk membantu mengurangkan risiko sekaligus mencegah pertumbuhan kanser.

  • Sumber Vitamin K

Tahukah anda, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah.

Kandungan vitamin K yang tinggi dapat membantu dalam proses pembekuan darah bagi mengelakkan pendarahan yang berlebihan. Selain itu, vitamin K juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, penting untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah kanser.

  • Mengandungi Serat Yang Tinggi

Bayam brazil juga mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, ia sangat baik untuk kesihatan usus dan bermanfaat bagi mengelakkan sembelit. Kandungan seratnya dapat membantu melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

Selain itu, kandungan serat juga boleh membantu mengawal porsi makanan dan berasa kenyang lebih lama. Dengan itu, anda boleh diet dengan senang hati.

  • Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Bayam merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi kandungan nitrat (nitrate) yang tinggi. Nitrat memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bukan itu sahaja, kandungan asid folik yang terdapat dalam bayam juga membantu untuk melancarkan aliran darah dalam badan dan mengawal tekanan darah agar tidak terlalu tinggi.

  • Membantu Melawan Penyakit

Kandungan vitamin A dalam bayam berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih. Penghasilan sel darah putih adalah amat penting untuk melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan.

Siapa Ada Penyakit Ini, Perlu Hadkan Pengambilan Bayam

Walaupun mempunyai begiitu banyak khasiat untuk kesihatan, pengambilan bayam perlu dihadkan sekiranya anda mempunyai penyakit yang dinyatakan dibawah kerana terdapat kandungan nutrisi yang terdapat di dalam bayam boleh membahayakan kesihatan anda.

  • Pesakit batu karang

Bayam mengandungi kandungan kalsium oxalate yang tinggi. Ia sangat berisiko untuk pesakit batu karang kerana, antara jenis batu karang yang biasa berlaku ialah, batu kalsium yang terdiri daripada kalsium oxalate.

  • Pesakit yang mengambil ubat cair darah

Kandungan vitamin K dalam bayam berfungsi dalam proses pembekuan darah. Vitamin K akan mengganggu tindak balas ubat cair darah seperti warfarin.

Kesimpulan

Bayam brazil seringkali menjadi sayur pilihan kerana mudah didapati dan khasiatnya juga banyak. Walaubagaimanapun, sila dapatkan pandangan daripada doktor sebelum memulkan apa-apa pengambilan sekiranya perlu.

Sumber: rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161