Ada 12 bulan dalam bulan-bulan Islam Hijriyah iaitu bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan Zulhijjah. Diantara bulan-bulan tersebut, bulan Muharam mempunyai satu hari yang digelar sebagai hari Asyura. Sangat besar ganjaran mereka yang berpuasa pada hari tersebut. Artikel ini kami ingin berkongsi kepada anda niat puasa asyura berserta tatacara, fadhilat, doa, dan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan.

Apakah hari asyura?

Asyura dari bahasa Arab bermaksud sepuluh. Dan memang benar dalam bulan Muharam hari yang kesepuluh dalam kalender itu iaitu 10 Muharam digelar oleh masyarakat Islam sebagai hari Asyura.

Banyak peristiwa bersejarah yang diingati oleh umat Islam tentang agama Islam itu sendiri.

Kisah disebalik puasa asyura

Hari Asyura sangat dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Antara peristiwa yang berlaku adalah tentang Nabi Musa AS dan Bani Israel yang telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada kekejaman Firaun dan pengikutnya.

Ia seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda,

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا، يَعْنِي عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، وَهْوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى، وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ، فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ‏.‏ فَقَالَ ‏ “‏ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ ‏”‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ‏.‏

Maksudnya: “Rasulullah SAW tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah SAW: Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bahkan dalam Kitab Mukha Syafatul Qulub karangan Imam Al-Ghazali ada menyebut beberapa peristiwa besar yang berlaku pada hari tersebut antaranya seperti:

  • Allah SWT menerima taubatnya Nabi Adam AS
  • Penciptaan Adam AS
  • Adam AS dimasukkan ke dalam syurga
  • Penciptaan arasy, Kursi, langit, matahri, bulan, dan bintang-bintang
  • Kelahiran Nabi Ibrahim AS
  • Nabi Ibrahim yang diselamatkan oleh Allah SWT dari api Namrud
  • Diselamatkan Nabi Musa AS dan pengikutnya
  • Firaun yang lemas
  • Nabi Isa AS telah diangkat ke langit
  • Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas Bukit Judy
  • Diberikan penglihatan semula kepada Nabi Ya’kub daripada sakit butanya
  • Nabi Yusuf AS dikeluarkan dari telaga
  • Nabi Ayyub AS dan pengikutnya disembuhkan
  • Kali pertama hujan turun ke bumi
  • Wafatnya Saidina Hussain di Karbala oleh Syiah Kufah

Lafaz niat puasa asyura

“Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Ada’i Sunnati Asyura Lillahi ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa puasa sunat asyura esok hari kerana Allah ta’ala.”

Kelebihan berpuasa pada hari asyura

Antara kelebihan berpuasa pada hari Asyura yang boleh anda perolehi adalah seperti:

1. Menghapuskan dosa-dosa setahun

Berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah)

2. Doa sangat mustajab

Riwayat daripada Abu Qatadah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Amalan yang digalakkan pada hari tersebut

Selain berpuasa, kita juga digalakkan untuk melakukan beberapa perkara sunat yang lain pada hari Asyura seperti:

  • Mendirikan solat sunat
  • Memanjangkan tali silaturrahim
  • Memakai celak
  • Mengusap kepala anak-anak yatim
  • Meluangkan masa dengan keluarga
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memotong kuku
  • Mandi sunat
  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

Doa hari asyura

“Allaaamumma yaa mufarrija kulli karbin. Wa yaa mukhrija zhi nuuni yauma ‘asyuuraa’. Wa yaa jaami’a syamsil ya’quuba yauma ‘asyuuraa’. Wa yaa gafiira zhambi daawuuda yauma ‘asyuuraa’.

Wa yaa kaasyifa dzhurri ayyuuba yauma ‘asyuuraa’. Wa yaa saami’a da’wati muusaa wa haaruuna yauma ‘asyuuraa’. Wa yaa khaaliqa ruuhi muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama yauma ‘asyuuraa’.

Yaa rahmaanad dun yaa wal aakhirah. Wa atil ‘umrii fii taa’atika wa mahabbatika wa ridhaka ya arhama raahimiin. Wa ahyinii hayaatan tayyibataw wa tawaffanii ‘alal islaami wal iimaani yaa arhamar raahimiin.

Wa Sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadi waa‘alaa aalihii wa sahbihii wa sallam Wal hamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin”

Maksudnya; “Ya Allah, wahai Yang memberikan jalan keluar dari segala kesusahan. Wahai Yang mengeluarkan  Zun Nun pada hari Asyura. Wahai Yang menghimpun semua keturunan Ya’qub pada hari Asyura. Wahai Yang mengampuni dosa Daud pada hari Asyura.

Wahai Yang melengkapkan penyakit Ayyub pada hari Asyura. Wahai Yang mendengar seruan Musa dan Harun pada hari Asyura. Wahai Yang menciptakan ruh Muhammad saw pada hari Asyura.

Wahai Yang Maha Pemurah di dunia dan di akhirat, panjangkanlah usiaku dalam taat kepada-Mu, mencintai-Mu dan mendapat ridha-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. Hidupkanlah pula aku dalam kehidupan yang baik dan wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan iman. Wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan panduan puasa hari asyura beserta niat dan kelebihannya ini dapat memberikan anda pengetahuan yang bermanfaat untuk diamal dan disampaikan.

Rujukan

  1. Niat Puasa Hari Asyura, Amalan & Kelebihan Hari Tasu’a 9, 10, 11 Muharam. Harian Post
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-413: Peringkat Puasa Asyura’. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a comment

Your email address will not be published.