Sebagai wanita, pasti terdetik untuk anda gunakan pewarna rambut untuk menyerikan lagi penampilan anda.

Namun, anda perlulah memilih pewarna rambut halal bagi memastikan ia sah digunakan untuk bersolat dan telus air.

Berdasarkan perkongsian dari PU Azman, hukum mewarnakan rambut menggunakan inai atau pewarna tiruan adalah harus.

Baca Juga : 5 Cara Pilih Shampoo Untuk Rambut Gugur, Cara #1 Ramai Yang Lupa!

Panduan Mewarnakan Rambut Mengikut Syarak

Sebelum memilih pewarna rambut di pasaran, anda perlulah utamakan lima perkara iaitu :

 1. Pilih warna Yang Tidak Mendatangkan Fitnah

Maksud warna yang tidak mendatangkan fitnah adalah seperti perang, coklat atau sejenisnya.

Warna-warna yang pelik perlulah dielakkan kerana dikhuatiri digunakan oleh orang-orang yang berniat jahat dalam agama. Kita juga sering diajar untuk bersederhana dalam berhias.

Kredit Foto : says.com

2. Jangan Pilih Warna Hitam

Berdasarkan perkongsian dari Mufti WP, adalah haram bagi lelaki dan perempuan untuk mewarnakan rambut dengan warna hitam.

Perbuatan ini mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan mewarnakan rambut hitam, orang tua boleh kelihatan mudah menurut pandangan orang ramai.

Ini boleh menyebabkan sangkaan berlainan daripada keadaan sebenar.

Ini selaras dengan pendapat mazhab al-Syafie yang mengharamkan penggunaan warna hitam ketika mewarnakan rambut.

3. Pastikan Bahan Yang Digunakan Selamat Dan Telus Air

Pilih pewarna yang permanent, iaitu telus air dan masuk ke dalam kutikel rambut. Pastikan juga ia bebas daripada bahan yang haram dan memudaratkan kesihatan.

Ia penting bagi memastikan wudhu dan mandi wajib yang dilakukan sah serta mengelakkan diri daripada mudarat.

Jenama Pewarna Rambut Halal di Pasaran

Sebenarnya tidak susah pun untuk mencari pewarna rambut yang menepati kriteria muslim dan muslimah.

Anda tidak perlu bimbang kerana sekarang terdapat banyak pilihan jenama pewarna rambut halal yang anda boleh cuba tanpa was-was !

1. Garnier

Produk pewarna rambut Color Naturals yang dilancarkan oleh Garnier mendapat sambutan hangat kerana sifatnya yang mesra wudhu. Rangkaian warna-warna pilihan juga sangat cantik dan bancuhan pewarna rambut ini sangat wangi !

Pewarna rambut ini boleh didapati dalam bentuk sachet atau kit di drugstore berdekatan seperti Guardian atau Watson.

Harga : RM 13.99 – RM 15.99

Kredit Foto : shopee.com.my

2. Shurah

Jenama kecantikan halal ini tidak perlu diperkenalkan lagi di negara kita.

 Terdapat 7 warna pilihan dan mudah untuk digunakan di rumah. 

Kandungan pewarna rambut Shurah juga dikatakan lebih banyak menjadikan ia sesuai digunakan buat wanita berambut panjang.

Pewarna rambut Shurah juga boleh didapati dalam pek kecil dan kit.

Harga : RM 13.80

3. V’Asia Inai Perang & Herba

Bebas ammonia dan menggunakan daun inai asli, pewarna rambut V’Asia dijamin halal dan suci untuk dibawa solat.

Harga : RM 16.50

4. Inai Rambut Damia

Diperbuat daripada daun inai asli yang diimport dari India, ianya dijamin halal dan sah wuduk. Ia juga diperbuat tanpa pewarna tambahan dan sangat baik untuk mengawal kelemumur.

Kredit Foto : Inai Damia

Harga : RM 45.00

5. L’Oreal Professional Majirel

Telus air dan mempunyai lebih daripada 40 pilihan warna, L’Oreal Professional Majirel memberikan pengalaman mewarnakan rambut dengan kualiti tinggi setanding rawatan di salun.

Harga : RM 21.00

6. Gumash

Antara pewarna rambut premium halal dan cukup dikenali ramai, jenama Gumash patuh syariah dan mesra wudhu.

Harga : RM 49.90

Sama ada jenama tempatan atau luar negara, terdapat banyak pilihan pewarna rambut yang dijamin halal dan berkualiti bagi memenuhi keperluan penjagaan rambut anda. Pastikan anda memilih daripada jenama yang dipercayai dengan sifat pewarna yang telus air dan diperbuat daripada bahan suci serta halal.

Pastikan juga anda memilih warna yang tidak mendatangkan fitnah seperti perang, coklat dan seumpamanya.

Jangan pula memilih warna hitam kerana ia haram digunakan.

Ingatlah untuk sentiasa bersederhana dalam berhias dan jangan pula niat mewarnakan rambut kerana terikutkan trend orang Barat.

Sumber :

https://twitter.com/fizfaieznor/status/1271350197407236096

Leave a comment

Your email address will not be published.