Mengapa Anda Perlu Makan Buah Pisang Setiap Hari?

Pisang merupakan sejenis buah yang sangat popular dan boleh didapati dengan mudah di negara kita. Ia sedap, manis dan penuh khasiat.

Bukan itu sahaja, buah yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sangat versatil. Ia boleh dijadikan smoothies, dibuat kek, cekodok dan sebagainya.

Malah, ia boleh dimakan begitu sahaja! Begitulah istimewanya buah ini sehingga ia mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Buah ini juga merupakan antara buah yang paling murah yang boleh didapati di pasaran. Disebabkan ia sangat mudah untuk dibeli, pisang merupakan antara pilihan makanan sihat yang terbaik, terutamanya untuk mereka yang ingin mengamalkan pemakanan yang sihat.

Bukan itu sahaja, buah ini juga mengandungi pelbagai khasiat yang sangat diperlukan badan.

Selalunya, doktor akan menyarankan kita untuk makan sebiji epal sehari untuk kekal sihat. Namun, ramai yang tidak tahu, buah pisang sebenarnya mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti epal!

Dalam artikel kali ini, kami akan kupas mengenai kebaikan buah pisang kepada kesihatan. Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom, teruskan pembacaan anda!

6 Kebaikan pisang untuk kesihatan

pisang

Sebiji pisang mengandungi banyak serat dan antioksidan. Menurut Healthline, sebiji pisang (126 gram) mengandungi:

  • 112 kalori
  • 0 gram lemak
  • 29 karbohidrat
  • 12% keperluan harian vitamin C
  • 6% keperluan harian folat
  • 10% keperluan harian potassium
  • 8% keperluan harian magnesium

1. Sumber vitamin B6 yang terbaik

Tahukah anda, sebiji pisang kaya dengan vitamin B6? Ia dapat membekalkan badan dengan ¼ daripada keperluan vitamin B6 harian.

Bukan itu sahaja, vitamin B6 yang terkandung dalam buah ini juga sangat mudah diserap oleh badan.

​Tetapi, apakah fungsi vitamin B6? Vitamin ini dapat membantu badan:

  • Menghasilkan sel darah merah
  • Menukarkan karbohidrat dan lemak kepada tenaga
  • Membuang bahan yang tidak diperlukan badan dari buah pinggang dan hati
  • Memastikan sistem saraf sentiasa sihat

2. Pisang membantu pencernaan

Disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, pisang sangat bermanfaat kepada sistem pencernaan kita.

Serat larut air bukan sahaja baik untuk perut, ia juga dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan kolesterol badan.

Sebiji pisang yang bersaiz sederhana dapat membekalkan 10-12% keperluan serat harian.

Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mendapatkan serat yang mencukupi iaitu hanya 16 gram daripada 400 gram sehari.

Untuk mengatasi masalah ini, pisang merupakan antara pilihan yang terbaik untuk membekalkan anda dengan jumlah serat seperti yang disarankan kerajaan.

3. Sangat baik untuk kesihatan jantung

pisang

Buah pisang sangat baik untuk kesihatan jantung. Ia kaya dengan potassium, mineral dan elektrolit yang penting untuk fungsi jantung.

Sebiji pisang mengandungi 320-400 miligram potassium yang dapat memenuhi hampir 10% daripada keperluan potassium harian anda.

Gabungan garam yang rendah dan potasium yang tinggi dalam buah ini juga dapat membantu mengawal tekanan darah.

4. Membantu membina otot

Jika anda rasa sakit otot selepas bersenam, mungkin ada kekurangan magnesium dalam badan. Buah pisang bukan sahaja kaya dengan potassium, ia juga mengandungi magnesium yang tinggi.

Kandungan magnesium ini dapat membantu otot lebih relaks selepas bersenam.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu menambah jisim otot badan, sesuai untuk kaum Adam yang sedang bersenam untuk membina otot.

5. Dapat mengurangkan masalah perut kembung

Perut kembung boleh membuatkan sesiapa sahaja jadi tidak selesa. Walau bagaimanapun, buah pisang boleh memberikan kelegaan pantas dan membantu mengembalikan keseimbangan cecair dalam badan disebabkan kandungan potassiumnya yang tinggi.

Bukan itu sahaja, buah ini juga dapat mengurangan penghasilan gas dan meningkatkan tahap bakteria baik di dalam perut. Jadi, jika anda mempunyai masalah perut kembung, makanlah sebiji pisang!

6. Pisang membuatkan anda rasa lebih kenyang

Pisang mengandungi banyak serat yang mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga mampu membantu anda menahan rasa lapar, sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Pisang yang masih belum masak mempunyai kandungan serat yang paling tinggi. Serat ini turut dikenali sebagai resistant starch. Walau bagaimanapun, disebabkan rasanya yang pahit, anda boleh jadikannya smoothies atau gandingkannya bersama buah-buahan lain.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: