Darah Period Berketul, Normal Atau Tidak?

Haid atau dalam bahasa inggerisnya, period, adalah merupakan fitrah seorang wanita. Hampir semua wanita mengalami haid apabila sudah mencapai usia baligh. Secara umumnya, setiap wanita mempunyai kitaran haid bulanan yang unik dan berbeza.

Mari teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info berguna ketika haid termasuklah mengenai darah period berketul. 

Darah Period Berketul, Adakah Perkara Normal?

Darah Period Berketul

Tekstur darah yang keluar semasa anda sedang haid adalah berbeza setiap individu. Darah haid biasanya cenderung untuk bergumpal (kelihatan seperti ketulan), berlendir, atau menjadi agak cair. Jadi, anda tidak perlu risau ya!

Darah period berketul adalah merupakan situasi yang sering dihadapi oleh sebahagian besar wanita. Keadaan ini mungkin menimbulkan kerisauan terutamanya sekiranya anda mengalaminya kali pertama. 

Darah berketul biasanya adalah merupakan darah yang terkumpul di dalam rahim sebelum keluar melalui faraj sebagai darah haid. 

Darah ini terkumpul di dalam rahim (menyebabkan ia bergumpal) dan cenderung untuk teroksidasi apabila anda tidak melakukan pergerakan dalam jangka masa yang panjang, contohnya ketika tidur (menyebabkan darah berwarna gelap). 

Jenis-Jenis Darah Period

Ketulan Darah Yang Besar

1. Merah Kranberi

Ini adalah merupakan warna darah yang normal dan menunjukkan wanita tersebut dalam keadaan kesihatan yang baik.

2. Merah Gelap + Kental

Wanita yang mempunyai darah merah gelap dan kental biasanya menjadi tanda seorang wanita itu mengalami masalah progesteron rendah atau terlalu tinggi. Tetapi, anda tidak perlu risau kerana ia hanya menunjukkan ketidakseimbangan hormon. 

3. Coklat gelap

Darah yang berwarna gelap seperti coklat gelap (hampir kehitaman) atau merah gelap adalah merupakan darah yang sudah terlalu lama berada di uterus dan teroksidasi. Biasanya darah period berketul berwarna gelap seperti coklat gelap/merah gelap. 

4. Cair dan Berair

Darah yang cair dan berair menunjukkan seseorang itu kekurangan nutrisi. Selain itu, ia juga menunjukkan salah satu simptom kanser ovari.

5. Merah + Kelabu

Darah yang berwarna merah dengan campuran seakan-akan kelabu boleh jadi tanda kehamilan. Namun begitu, ia juga boleh menjadi tanda seorang wanita telah dijangkiti penyakit berkaitan seksual. Bahkan ia juga boleh menjadi petanda seorang wanita itu mengalami keguguran.

6. Keruh (Merah + Oren)

Darah yang berwarna keruh seakan-akan campuran merah dan oren adalah merupakan petanda berlakunya jangkitan. Ia biasanya akan menyebabkan rasa sakit sepanjang haid dan juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

Ketulan Darah Yang Besar

Sekiranya anda sering mengalami darah period berketul dengan kerap dan ketulan tersebut agak besar, anda perlu berhati-hati. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu simptom kepada penyakit di bawah ini;-

  • Penyakit tiroid
  • Fibroid rahim
  • Adenomiosis
  • Kekurangan vitamin K
  • Gangguan pendarahan
  • Komplikasi daripada alat intrauterin (IUD)
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Endometriosis
  • Polip yang kecil
  • Kanser endometrium

Kesimpulan

Darah period yang berketul adalah merupakan sesuatu yang normal. Ia diamali oleh hampir semua wanita bergantung keadaan kesihatan individu tersebut. 

Namun, sekiranya berlaku perubahan yang ketara pada kitaran bulanan haid anda merangkumi pendarahan berat dan gumpalan darah yang banyak, pastikan anda segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca perkara tersebut. 

Anda tidak boleh ambil mudah atau leka terutamanya sekiranya ia kerap berlaku dan juga disertai dengan simptom-simptom lain. 

Sumber: Hellodoktor.com, mstar.com.my 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161