12 Cara Hilangkan Eyebag Dengan Mudah Dari Rumah

Masalah eyebag bukanlah satu perkara yang asing lagi. Selain tabiat pemakanan yang tidak sihat, ia juga boleh terjadi akibat tekanan dan rutin tidur yang terganggu.

Sebenarnya ia boleh diatasi dengan beberapa cara yang ringkas tanpa memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar.

Ayuh kita semak satu-persatu!

12 Cara Hilangkan Eyebag Dengan Mudah Dari Rumah

1.Uncang Teh

Di rumah anda pasti ada banyak stok uncang teh. Kalau nak cuba gunakannya untuk hilangkan eyebag, rendamkan 2 uncang teh selama 5 minit. Kemudian sejukkan dalam peti ais selama 20minit.

Kemudian, perahkan untuk membuang lebihan air dan letakkan uncang teh tadi ke mata selama 15 minit.

Anda pasti boleh lihat keberkesanannya, kalau nak tahu, uncang teh kaya dengan antioksidan dan mampu meningkatkan peredaran darah di kawasan bawah mata.

2. Minyak Badam

cara hilangkan eyebag

Minyak badam yang diperkaya dengan vitamin E mampu mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV dan dapat meratakan tona kulit. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan minyak badam di bahagian bawah mata sebelum tidur.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda disarankan untuk membeli minyak badam yang dilabel ‘cold-pressed’.

3. Kurangkan Makanan Bergaram

Makanan bergaram boleh menjadi punca kepada berlakunya eyebag. Jadi, anda perlulah elakkan pengambilan makanan yang masin atau garam berlebihan.

Tambahan pula, makanan tinggi garam boleh menyebabkan penyakit lain seperti strok, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

4. Hirisan Timun

cara hilangkan eyebag

Menggunakan hirisan timun merupakan antara cara hilangkan eyebag yang cukup popular. Caranya mudah sahaja. Hiriskan timun yang telah disejukkan, kemudian letakkannya pada mata selama 15 minit. Seterusnya, bilas wajah dengan air sejuk.

Teknik cold compress ini didapati berkesan untuk meredakan bengkak pada mata dan sekaligus menegangkan kulit.

5. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Memang susah untuk hilangkan eyebag kalau anda tak cukup tidur! Bila anda tidak dapat tidur yang mencukupi, saluran darah bawah mata akan mengembang. Inilah yang akan menyebabkan lingkaran gelap atau eyebag.

6. Sudu Sejuk

cara hilangkan eyebag

Caranya mudah sahaja, masukkan 2 batang sudu besi ke dalam freezer dan biarkan selamat 5 minit. Kemudian, keluarkan dan tekapkan bahagian sudu yang melengkung pada mata.

Katanya, sudu sejuk dapat mengatasi bengkak serta melegakan saluran darah di sekeliling mata.

Siapa sangka anda boleh cegah pembentukan eyebag hanya dengan menggunakan sudu? Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh pakar kulit, Dr Rinky Kapoor.

7. Kuning Telur dan Lemon

Anda juga boleh cuba cara hilangkan eyebag menggunakan kuning telur serta lemon. Caranya ialah dengan mencampurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon ke dalam satu cawan.

Bancuh hingga sebati dan sapukannya di bahagian eyebag sebelum tidur. Keesokan harinya, cuci muka sehingga bersih.

8. Kentang

cara hilangkan eyebag

Kentang juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah eyebag. Caranya adalah dengan mencuci kentang dan hiriskannya kepada beberapa keping.

Kemudian, tekapkan hirisan kentang pada bahagian eyebag selama 10 atau 20 minit. Anda boleh lakukan rutin ini sebelum tidur atau selepas bangun.

9. Jangan Merokok

Nikotin yang terkandung dalam rokok bukan sahaja boleh menyebabkan eyebag, malah ia juga boleh menyebabkan tidur terganggu. Jadi, anda perlulah berhenti merokok mulai sekarang.

10. Bersihkan Muka Sebelum Tidur

cara hilangkan eyebag

Sebenarnya, adalah sangat penting untuk anda mempunyai rutin penjagaan wajah yang tetap dan membersihkan wajah sebelum tidur pada setiap malam.

Solekan yang tidak dibasuh juga boleh menyebabkan eyebabg dan dapat menjadi punca kepada kerosakan kulit. Oleh itu, pastikan sebelum tidur anda tanggalkan mekap dan cuci muka dengan bersih.

11. Gunakan Produk Yang Mengandungi Retinol

Sekiranya anda ada bajet berlebihan, anda juga boleh cuba amalkan penggunaan krim yang mengandungi retinol.

Bahan ini mampu meredakan masalah kulit seperti parut serta penuaan. Pada masa yang sama, ia juga dapat menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, jadi ia sangat sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masalah eyebag.

Namun, elakkan retinol sekiranya anda hamil kerana ia boleh menjejaskan kandungan anda.

12. Amalkan Makanan Tinggi Vitamin C

Pengambilan makanan yang sihat dan kaya nutrisi mampu menyumbang kepada kulit wajah yang cantik dan mengurangkan masalah eyebag.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, anda perlu amalkan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C seperti bijirin, buah limau, jambu batu dan kekacang.

Selain itu, vitamin C juga dapat mendorong badan menyerap asid hyaluronic dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Jangan lupa untuk praktikkan salah satu cara di atas untuk kurangkan eyebag. Lebih penting lagi, pemakanan, rutin penjagaan wajah dan waktu tidur perlu dijaga dengan baik untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Sumber : Hello Doktor, Beauty Insider

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85