Cara Kira Waktu Subur, Penting Untuk Sesiapa Yang Berhasrat Mahukan Anak

Anak adalah merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Kehadirannya akan membawa sinar kebahagian dalam kehidupan rumah tangga khususnya.

Sekiranya anda merupakan pasangan yang baru berkahwin atau pasang yang sedang ternanti-nantikan zuriat, sila teruskan membaca. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan cara kira waktu subur untuk wanita bagi mengetahui waktu yang tepat untuk bersama pasangan bagi meningkatkan potensi untuk memiliki anak.

Terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan untuk mengira waktu subur, tetapi adalah penting untuk kita memahami terlebih dahulu apa itu waktu subur.

Waktu Subur 

Cara Kira Waktu Subur

Untuk kehamilan berlaku, telur yang matang harus disenyawakan dengan sperma. Telur ini akan ‘dilepaskan’ oleh ovari (proses ini digelar ovulasi) ke tiub fallopian untuk disenyawakan

. Jika tiada persenyawaan yang berlaku, maka sel tersebut akan mengalami disintegration dan dinding rahim akan gugur, lalu terjadilah haid.  

‘Ovulasi’ ialah proses telur dikeluarkan dari ovari dan ini berlaku 12-16 hari sebelum haid seterusnya bermula.

‘Waktu subur’ ialah hari semasa kitaran haid wanita, sebelum dan termasuk hari ovulasi, apabila wanita mempunyai keupayaan untuk hamil jika melakukan seks tanpa perlindungan.

Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk anda mengetahui tempoh ini) bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku agar anda boleh hamil dengan mudah. 

Biasanya tempoh, ovulasi adalah di antara 12 hingga 24 jam, tetapi ada juga yang lebih pendek atau lebih panjang.

Walaubagaimanapun, disebabkan jangka hayat sperma yang boleh bertahan di antara tiga hingga enam hari di dalam badan seseorang wanita, walaupun anda melakukan hubungan kelamin beberapa hari sebelum ovulasi, anda masih berpeluang untuk mengandung.

Cara Kira Waktu Subur

Cara Kira Waktu Subur

Terdapat dua perkara penting yang anda perlu tahu untuk mengira waktu subur anda. 

  1. Tarikh pertama kitaran haid terakhir anda 
  2. Berapa hari secara puratanya kitaran anda berlaku (kebiasaannya di antara 20 hingga 45 hari). 

Kemudian, anda boleh melayari pautan ini untuk memudahkan proses pengiraan waktu subur; https://my.clearblue.com/how-to-get-pregnant/ovulation-calculator 

Anda juga boleh membuat carian Google dengan kata kunci “Ovulation Calendar Tool” untuk menggunakan kalkulator pengiraan waktu subur yang lain secara dalam talian. 

Tips Mengenal Pasti Waktu Subur Wanita

1. Catat Kitaran Haid Anda

Pastikan anda mengetahui bila haid anda bermula dan berakhir. Kemudian, ambil tahu kitaran haid anda berapa hari sebelum anda datang haid lagi. 

2. Lihat Tanda-Tanda ‘spotting’

Biasanya, anda akan lihat tompokan kecil seakan-akan berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid ketika menghampiri waktu subur. 

Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan terjadinya spotting tersebut. Namun, tidak semua wanita akan mengalami spotting. 

3. Pemeriksaan Serviks

Terdapat perubahan serviks apabila semakin dekat dengan waktu subur, ia akan menjadi lembut, tinggi, terbuka dan basah.

4. Sakit Bahagian Perut / Belakang 

Antara petanda yang selalu dialami oleh wanita adalah sakit di bahagian perut atau belakang apabila menghampiri waktu ovulasi. 

5. Catat Suhu Badan

Semasa ovulasi, suhu badan anda akan sedikit meningkat. Termometer diperlukan untuk memastikan anda mengesan suhu dengan betul.

6. Gunakan Kit Penguji Ovulasi

Kit ovulasi boleh bantu untuk mengesan hormon yang dilepaskan betul-betul sebelum ovulasi untuk menunjukkan hari paling subur dalam kitaran tersebut.

Kesimpulan 

Adalah amat penting untuk kita memahami kitaran haid dan apa yang terjadi semasa tempoh tersebut sebagai wanita. Tambahan pula, ia juga akan memudahkan perancangan anda untuk memiliki anak. 

Dapatkan bantuan daripada pakar sekiranya perlu untuk proses kehamilan anda. 

Sumber: https://siraplimau.com/, https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161