Kelazatan durian sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Tidak hairanlah, buah berkulit duri ini banyak penggemarnya, dan kerap membuatkan ibu hamil tergoda untuk menikmatinya. 

Walaupun begitu, durian banyak mengandungi gas sehingga dapat membuatkan ibu hamil merasa kembung perut. 

Selain itu, kebanyakkan orang berkata bahawa makan durian ketika hamil akan membahayakan janin. Hal tersebut akhirnya memunculkan pendapat bahawa buah ini dikuatiri boleh mengakibatkan keguguran.

Sebenarnya, tiada hubungan antara makan durian dengan keguguran. Sebaliknya, durian untuk ibu hamil mempunyai manfaat jika dimakan dengan jumlah yang sesuai. 

BACA JUGA: Ibu Menghidap Diabetes Gestasi? Ini 5 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung

Durian Bermanfaat untuk Ibu Hamil?

Bagi ibu yang ingin makan durian ketika hamil, jangan risau! Para ibu boleh saja menikmati buah ini kerana ada nutrisi yang menjamin kesihatan dalam raja buah-buahan ini. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  • Sebagai Sumber Tenaga

Buah durian mengandungi gula sederhana seperti fruktosa dan sukrosa. Gula sederhana akan membantu ibu lebih bertenaga dalam menjalani aktiviti seharian.

Oleh itu, buah durian boleh menjadi salah satu pilihan sumber tenaga bagi ibu hamil. Oleh kerana buah durian mengandungi gula, pastikan para ibu mengambil tidak terlalu berlebihan agar tidak meningkatkan gula darah.

  • Mengandungi Serat

Serat diperlukan untuk membantu mengatasi sembelit, yang mana merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi ketika kehamilan.

Oleh kerana buah durian mengandungi serat, makan durian ketika hamil turut membantu melancarkan pembuangan air besar dan menjaga kesihatan saluran cerna ibu.

  • Mengurangkan Risiko Cacat janin

Kandungan asid folat dalam buah durian juga memberikan manfaat untuk ibu hamil. Hal ini kerana, asid folat berfungsi mencegah kecacatan pada janin. 

  • Kaya Vitamin dan Mineral

Apa yang lebih penting, buah durian kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Contohnya seperti vitamin C, B, zat besi, fosfor, dan kalsium. 

Menerusi nutrisi-nutrisi tersebut, makan buah durian dapat memberikan keperluan nutrisi untuk ibu hamil. 

  • Menjaga Daya Tahan Tubuh

Kandungan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan turut membantu menjaga daya tahan tubuh ibu hamil. Oleh itu, ibu dapat terhindar daripada pelbagai penyakit dan paparan radikal bebas. 

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa di dalam buah durian mengandungi organosulfur dan triptofan yang memiliki antioksidan serta bermanfaat sebagai antibakteria yang sangat menguntungkan ibu hamil.

  • Mencegah Anemia pada Kehamilan

Zat besi dan tembaga dalam buah durian berperanan untuk pembentukan sel darah merah di dalam tubuh. 

Hal ini sangat diperlukan agar bayi sihat berkembang sekaligus dapat mencegah anemia bagi ibu hamil.

Perlu Bataskan Pengambilan

Walaupun memberi manfaat untuk ibu hamil, bukan bererti durian dapat diambil secara bebas tanpa batasan. 

Portion makan durian untuk ibu hamil cukup 1-2 biji sahaja dan tidak boleh makan terlalu kerap, agar tidak menimbulkan kesan sampingan.

Kadar gula yang tinggi di dalam buah durian boleh menyebabkan peningkatan gula darah yang tinggi, sehingga ibu boleh mengalami diabetes dan melahirkan bayi berukuran besar.

Jika ibu hamil mengalami masalah obesiti, ianya akan menumbulkan masalah kesihatan yang lain seperti  preeklampsiaeklampsia, dan masalah pada janin (contohnya gangguan tumbesaran dan perkembangan janin serta kelahiran pramatang). 

Tips Makan Durian untuk Ibu Hamil

  • Makan dalam portion yang disarankan. Portion makan durian ketika hamil yang dgalakkan adalah 1-2 biji saja. Selain itu, hindari makan durian terlalu kerap.
  • Ibu boleh memilih buah durian yang tidak terlalu tebal isinya
  • Minum air putih selepas makan durian untuk membantu meneutralkan sisa rasa yang ada di dalam mulut dan membantu mencegah rasa mual ataupun panas selepas makan durian.
  • Apabila muncul rasa panas atau tidak selesa selepas makan durian, ibu boleh mencuba untuk menetralisirnya dengan makan buah manggis.

Oleh itu, buah durian sebenarnya baik dan selamat untuk ibu hamil, asalkan tidak berlebihan dan telah mendapatkan nasihat terlebih dahulu dengan doktor.

Namun, akan lebih baik ibu hamil memilih jenis buah lain yang tidak mengandungi gas. Kehamilan sihat, bayi pun sihat! 

Leave a comment

Your email address will not be published.