Cara Makan Pil Perancang Dengan Betul

Adakah anda pasangan baru berkahwin dan sedang pertimbangkan untuk guna pil perancang namun tidak tahu caranya?

Walaupun ramai pasangan mahukan anak, namun sesetengah pasangan mungkin tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa atas beberapa faktor seperti kewangan dan sebagainya.

Selain penggunaan kondom, penggunaan pil perancang juga menjadi pilihan ramai suami isteri yang ingin merancang keluarga.

Ibu-ibu yang baru melahirkan anak juga ada yang memilih untuk gunakan pil perancang selepas melahirkan namun mereka perlulah merujuk pada doktor terlebih dahulu.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara makan pil perancang.

cara makan pil perancang

Apa Itu Pil Perancang?

Pil perancang kehamilan adalah sejenis pil yang ramai pasang suami isteri gunakan untuk mencegah kehamilan luar jangkaan daripada berlaku. Ia berfungsi dengan menyekat proses ovulasi yang berlaku dalam tubuh wanita.

Rata-rata pakar perancang keluarga akui pil ini mampu mencegah kehamilan sehingga 99%, namun ia juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti cara makan pil atau masalah kesihatan lain.

Jenis Pil Perancang

Terdapat dua jenis pil perancang iaitu :

  • Combined pills – pil yang mengandungi 2 hormon iaitu estrogen dan progestin (contoh : Pil Yasmin)
  • Progestin-only pills – ada 1 hormon sahaja iaitu progestin.

Pek ubat perancang boleh datang dalam bentuk 21 biji atau 28 biji sepapan.

Pil perancang juga biasanya disertakan bersama sugar pill yang tiada hormon. Sugar pill inilah yang akan membantu anda dapatkan kitaran haid yang teratur pada setiap bulan.

cara makan pil perancang

Harga Pil Perancang

Harganya pula adalah sekitar RM 10 hingga RM 15 di farmasi. Sementara itu, pil kontraseptif kecemasan harganya antara RM 5 hingga RM 15.

Anda juga boleh dapatkan pil perancang daripada klinik kerajaan atau klinik LPPKN dengan bayaran serendah RM5.

Cara Makan Pil Perancang

1. Makan Sebiji Pil Sehari

Pastikan anda makan sebiji pil sehari termasuk sugar pill. Pastikan anda tidak lupa kerana ini boleh menjejaskan keberkesanan ubat tersebut.

Untuk bantu anda bina rutin ambil pil harian, anda boleh ambil pada waktu tertentu seperti selepas berus gigi, sarapan pagi atau sebelum tidur.

Semak juga pek pil untuk pastikan anda betul-betul sudah mengambil pil hormon. Jika anda dapati tertinggal, ambil pil dengan segera.

2. Makan Pada Hari Pertama / Hari Ahad

Anda boleh makan ubat serta pada hari anda mendapatkannya. Namun, ramai yang mula makan pada hari Ahad untuk senang ingat tempoh pengambilan pil.

Tambahan pula, cara ini akan menyebabkan anda tidak datang haid pada hujung minggu.

cara makan pil perancang

3. Gunakan Kondom Selama 7 Hari

Anda dinasihatkan untuk gunakan kondom selama 7 hari selepas makan pil kerana ubat perancang ini mungkin perlukan 7 hari sebelum ia benar-benar berkesan.  

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda rancang kehamilan dengan lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan atau masih keliru tentang cara makan pil perancang, anda juga sangat digalakkan untuk berunding dengan doktor. Selamat mencuba!

Sumber : The Asian Parent, Hello Doktor

Baca Juga : Lendir Coklat Di Awal Kehamilan, Adakah Normal Atau Tidak?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85