Doa Abu Darda (Terjemahan Rumi & Kebaikan Untuk Diamalkan)

Siapakah Abu Darda? Apakah doa Abu Darda? Mengapa ia dikatakan sebagai sahabat Rasulullah SAW yang tinggi nilai keislamannya? Artikel pada kali ini kita akan berkongsi dengan lebih mendalam tentangnya.

Siapakah Abu Darda RA?

Nama penuh Abu Darda ialah Uwaimir bin Amir bin Malik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj. Di gelar sebagai Abu Darda kerana beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Darda. Isteri beliau pula dikenali sebagai Ummu Darda.

Ada juga riwayat yang berpendapat bahawa beliau diberikan julukan nama Uwaimir. Seorang sosok yang sangat bijaksana sehinga Nabi Muhammad SAW mengatakan, “Uwaimir adalah Hakimul Ummah (seorang yang sangat bijaksana).” – (Rujuk Usudul Ghabah 5/97)

Merupakan sahabat Rasulullah SAW yang terakhir memeluk agama Islam, beliau juga seorang yang faqih, pandai, zuhud, dan rajin beribadah.

Doa Abu Darda adalah doa yang dilantunkan oleh Abu Darda untuk perlindungan diri, keluarga, dan harta.

Doa Abu Darda lengkap

Doa Abu Darda diamalkan setiap lepas waktu subuh dan maghrib. Ia bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan bagi diri, ahli keluarga, harta benda dari gangguan dari jin, syaitan, haiwan, dan manusia.

Teks rumi doa Abu Darda

“Bismillahir rahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin ashrofil ‘anbiya’i wal mursalin. Wa ‘ala aalihi wasohbihi ajmain. 

Allahumma anta robbi. Laa ilaha illa anta. ‘Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul ‘arsyil ‘azim. 

Masya Allahu kaa na. Wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘azim. A’lamu annallaha ‘ala kulli syai’in qodir. Wa annallaha kod aha tho bikulli syai’in ill ma. 

Allahumma inni ‘auzubika min syarri nafsi. Wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim. 

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi wassalam. Walhamdulillahi robbil ‘alamin.”

Maksud doa Abu Darda

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu, dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar.

Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya).

Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Pesanan-pesanan Abu Darda

Bijaknya Abu Darda, beliau memberikan buah fikiran dan kata-kata hikmah yang masih diingati sehingga hari ini.

1. Sentiasa ingat tentang kematian

Abu Darda berpesan, “Seandainya kalian mengetahui apa yang akan kalian lihat setelah kematian, pasti kalian tidak akan berselera untuk makan, minum, dan berteduh di dalam rumah. Kalian akan keluar menuju tempat-tempat yang tinggi dan memukul-mukul dada kalian serta menangisi diri sendiri. Sungguh, aku lebih senang menjadi sebatang pohon yang dikunyah kemudian di telan.” – (Az-Zuhd, Imam Ahmad/Ash-Shahabah)

Bahkan, kata beliau mereka yang banyak mengingati kematian maka akan sedikit pula bergembira dan akan jarang berbuat kejahatan.

2. Ada 3 perkara yang membuatkan kita ketawa dan menangis

Abu Darda berkata, “Terdapat 3 hal yang membuatku ketawa dan 3 hal yang membuatku menangis. 3 hal yang membuatku tertawa iaitu:

  • Pertama: Orang yang cita-citanya adalah duniawi, padahal kematian selalu mengintainya
  • Kedua: Orang yang lalai dari kematian, padahal kematian tidak pernah lalai kepadanya
  • Ketiga: Orang yang berlalu banyak tertawa, ia tidak tahu apakah Allah SWT murka atau redha kepadanya

3 hal yang membuatku menangis adalah:

  • Pertama: Dahsyatnya kiamat
  • Kedua: Terputusnya amal
  • Ketiga: Keadaanku dihadapan Allah SWT, apakah akan dimasukkan ke syurga atau neraka

3. Sentiasa amalkan zikir

Berkata Abu Darda, “Mahukah kamu sekalian, aku khabarkan amalan-amalan yang terbaik di sisi Allah dan paling meninggikan darjat kalian? Lebih baik dari memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang lehermu, dan malah lebih baik dari emas dan perak?”

Para pendengarnya lalu bertanya, “Apakah itu wahai, Abu Darda?”

Abu Darda menjawab, “Zikrullah!”

Kesimpulan

Diharapkan artikel tentang doa Abu Darda ini dapat memberikan anda ilmu yang bermanfaat untuk panduan hidup dan dikongsikan bersama orang lain.

https://youtu.be/rBY9tBkKGzU

Rujukan

  1. Doa Abu Darda (Amalan Dan Manfaat Yang Diperoleh). Bidadari.my
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-108: Doa Seorang Sahabat Kepada Sahabatnya. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Didoakan Malaikat Kerana Mendoakan Orang Lain. Baharin Mesir (UTM)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113