Jintan Manis : Rempah Masakan Yang Baik Untuk Kesihatan

Jintan manis merupakan rempah yang tidak asing lagi bagi masyarakat di negara kita.

Rempah wangi ini sering dijumpai dalam kuih tradisional India dan hidangan kari serta sup.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya jintan manis mampu memberikan banyak manfaat kepada kesihatan.

Baca Juga : Baik Untuk Pesakit Diabetes, Ini 5 Khasiat Halba Untuk Kesihatan!

Jintan manis tergolong dalam tumbuhan daripada keluarga parsli seperti kebanyakan rempah lain seperti jintan hitam, jintan putih dan bunga lawang.

Rempah dengan nama saintifik Foeniculum vulgare ini mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting untuk tubuh seperti kalium, serat, zat besi serta vitamin A, B dan C.

Khasiat Jintan Manis Kepada Kesihatan

1. Baik Untuk Jantung

Berdasarkan penyelidikan terbitan American Journal of Clinical Nutrition, jintan manis didapati membantu dalam mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dalam darah.

Kelebihan ini menjadikannya rempah yang baik diamalkan bagi mencegah tahap kolesterol jahat yang menjadi punca utama penyakit jantung dan strok.

Kajian lain juga mendapati kandungan kalium yang tinggi dalam rempah ini baik dalam meredakan ketegangan salur darah yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

2. Mencegah Kekurangan Sel Darah Merah

Memetik HelloDoktor, kandungan dua komponen amino asid iaitu histidine dan zat besi merupakan mineral yang sangat penting bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah secara sihat.

Ini sekaligus menjadikan rempah ini sebagai ramuan semulajadi yang baik diamalkan bagi mengatasi masalah anemia.

3. Merawat Senggugut dan Gejala Haid

Masalah PMS dan senggugut merupakan isu yang sering menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan kesihatan bagi kebanyakan wanita.

Biasanya wanita akan mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan senggugut dan gejala haid.

 Tahukah anda sebenarnya anda juga boleh gunakan jintan manis bagi meredakan senggugut?

Kajian mendapati ekstrak jintan manis berkesan bagi mengurangkan sakit senggugut sama seperti ubat tahan sakit.

jintan manis

4. Mengurangkan Kembung Perut

Jintan juga cukup popular digunakan dalam petua mengurangkan kembung perut.

Ini adalah disebabkan oleh komponen antiflatulen (antikembung) yang terkandungnya.

Ia juga sesuai digunakan oleh semua lapisan usia bagi mengatasi kembung perut dan untuk mengeluarkan angin berlebihan dalam perut.

Rempah ini juga mengandungi pati minyak yang dapat melindungi perut daripada masalah ulser atau keradangan yang boleh menyebabkan sakit perut.

5. Melancarkan Sistem Pencernaan

Rempah ini juga sering diamalkan dalam perubatan tradisional India bagi menghilangkan nafas berbau dan melancarkan sistem penghadaman.

Komponen minyak pati dalam jintan manis turut berperanan sebagai penggalak rembesan jus gastrik dan penyerapan nutrisi dalam makanan yang diambil.

Ia juga berkesan dalam mengelakkan pelbagai masalah usus dan sembelit.

jintan manis

6. Mengatasi Cirit-Birit

Selain melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan kembung perut, rempah ini juga mengandungi komponen aktif anethol dan cineole yang  baik untuk mengubati masalah cirit-birit akibat jangkitan bakteria.

Komponen histidine yang baik untuk penghasilan darah merah juga didapati bagus untuk meredakan gejala cirit-birit.

7. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Rempah ini juga didapati baik dalam meningkatkan kadar metabolisma bagi membantu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Kajian pada tahun 2015 mendapati ia bukan sahaja baik untuk mengurangkan berat badan berlebihan, malah ia juga berkesan dalam mengawal paras gula dalam darah.

Anda boleh cuba mengamalkan teh jintan manis 2 ke 3 kali sehari sebelum makan berat sebagai ikhtiar untuk mengurangkan berat badan.

Pastikan anda amalkan juga pemakanan sihat serta bersenam bagi menjamin berat badan yang ideal.

8. Milk Booster Bagi Ibu Menyusu

Jintan manis mengandungi komponen galactogogues yang baik dalam meningkatkan rembesan susu badan bagi para ibu.

Ini menjadikan jintan manis sebagai milk booster yang baik bagi para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu.

jintan manis

9. Meredakan Simptom Menopaus

Menopaus merupakan satu fasa yang dialami oleh wanita berumur antara 50 ke 60 tahun apabila mereka putus haid atau tidak datang bulan untuk tempoh setahun atau lebih.

Fasa ini membuatkan para wanita mengalami pelbagai gejala seperti kegatalan dan kekeringan faraj, sukar untuk tidur dan kerap berpeluh.

Kajian mendapati rempah ini berkesan dalam membantu melegakan simptom menopaus dan meningkatan keselesaan para wanita ketika fasa ini.

Di samping menambah sesudu jintan manis dalam air panas, anda juga boleh tambahkan rempah ini ke dalam hidangan sebagai penyeri masakan.

Dengan pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan rempah yang wangi ini, memang rugi jika kita tak ambilnya setiap hari.

Ia juga didapati sangat baik untuk kesihatan perut serta merupakan penawar semulajadi yang baik untuk masalah senggugut dan darah tinggi.

Sumber :

Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi

10 Khasiat Jintan Manis Yang Anda Perlu Tahu

rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan

10 Khasiat Jintan Manis Pada Kesihatan

thediagnosa.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85