Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Formula? Ketahui Puncanya

Najis bayi warna hijau antara perkara biasa bagi bayi yang baru lahir. Hal ini kerana, warna najis tersebut akan berubah bergantung kepada apa yang si ibu makan.

Namun dalam beberapa kes, ia adalah tanda bayi anda tidak minum atau tidak mendapat susu yang terbaik.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan masalah najis bayi warna hijau untuk elakkan para ibu di luar sana berasa panik dan susah hati.

Baca juga:

Normal ke najis bayi warna hijau?

najis bayi warna hijau

Jika anda memberi susu formula kepada bayi anda, najis yang normal dan sihat akan menjadi warna coklat mentega kacang dan sedikit pejal daripada bayi yang menyusu.

Sebaliknya, jika anda telah memilih untuk menyusukan bayi anda, najis yang normal dan sihat akan berwarna kuning atau hijau serta bertekstur lembut atau berkrim.

Namun begitu, ada sesetengah kes di mana najis bayi warna hijau kerana bayi anda tidak minum atau tidak dapat susu yang baik.

Bahkan jika terdapat lendir dalam najis, maka tanda-tanda kolic mungkin berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Susu awal adalah tekstur susu yang lebih cair, manakala susu akhir adalah susu yang lebih pekat.

Tujuan dibuat perbezaan ini adalah untuk menghilangkan rasa haus bayi (susu awal), dan tinggi nutrisi serta mengenyangkan bayi (susu akhir).

najis bayi warna hijau

Punca najis bayi warna hijau

Jika anda bimbang bahawa najis hijau mungkin disebabkan oleh faktor yang lain, berikut ialah beberapa kemungkinan penyebab perubahan warna ini:

1. Ketidakseimbangan Foremilk Hindmilk 

Susu ibu berubah dari semasa ke semasa bermula dengan “foremilk” rendah lemak dan tinggi gula manakala “susu hind” tinggi lemak dan kalori tinggi.

Terlalu banyak foremilk boleh menyebabkan najis hijau atau berbuih.

2. Penyakit 

Jika najis kelihatan seperti cirit-birit, mungkin bayi anda mengalami masalah sakit perut dan patut diperiksa dengan doktor.

3. Intoleransi makanan

Sesetengah bayi boleh bertindak balas terhadap susu lembu jika mereka menggunakan susu formula atau mereka juga boleh bertindak balas terhadap sesuatu yang telah dimakan oleh ibunya. 

Jika mereka mengalami reaksi tersebut, anda mungkin boleh melihat beberapa perubahan berlaku pada bayi.

Contohnya seperti najis warna hijau, bayi mudah marah, dan mengalami ekzema.

4. Makanan hijau

Ibu yang banyak makan sayur-sayuran berdaun, ini juga boleh terserap ke dalam sistem bayi dan menyebabkan najis berwarna hijau.

5. Makanan tambahan zat besi

Selain itu, najis warna hijau juga boleh disebabkan oleh suplemen zat besi, sama ada diambil oleh ibu atau bayi.

6. Pengambilan susu yang tidak mencukupi

Kalau anda perasan, lampin bayi anda tidak perlu ditukar dengan kerap dan berat badan mereka tidak bertambah, mereka mungkin tidak mendapat cukup susu perlukan.

Bayi yang cukup susu biasanya kelihatan kenyang, tenang, dan boleh tidur dengan lena selepas menyusu.

7. Jaundis

Rawatan untuk penyakit kuning kadang-kadang boleh menyebabkan najis hijau.

8. Bayi tumbuh gigi

Peningkatan menelan air liur kadangkala boleh menyebabkan najis hijau.

9. Ubat untuk ibu atau bayi

Sesetengah antibiotik atau ubat lain boleh menyebabkan najis mengalir melalui usus dengan lebih cepat menyebabkan lampin hijau.

Menurut laporan, sesetengah ibu memaklumkan yang najis bayi mereka secara tiba-tiba bertukar hijau sekepas bayi divaksin (semak dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan). 

Bab Bayi Warna Hijau? | Dr. Lucky TV

Cara mengatasinya

Cara untuk mengatasi masalah najis berwarna hijau ini adalah bergantung kepada faktor yang memacu kepada penyebabnya.

Contohnya jika bayi menyusu susu ibu, anda boleh mengubah teknik penyusuan yang tepat.

Berikan bayi anda menyusu sepenuhnya dari satu payudara sebelum memberikan payudara yang satu lagi.

Hal ini bagi memastikan bayi anda mendapat susu akhir berlemak yang lebih banyak sambil mengosongkan payudara. Pastikan juga mulut bayi anda melekap dengan betul semasa menyusu.

Cara yang paling tepat adalah mulut bayi perlu menutupi puting susu dan hampir keseluruhan dari areola ibu.

Sekiranya, penyebab perubahan najis tersebut adalah kerana susu formula, rujuklah doktor untuk menukar jenama susu formula lain.

Apa-apapun, pantau sentiasa perubahan kesihatan bayi anda dari semasa ke semasa. Segara bawa bayi anda menjalani pemeriksaan doktor, jika situasi ini bertambah serius.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah najis bayi warna hijau dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Does My Baby’s Poop Colour Mean? Mother and Baby
  2. hy your baby’s poop is green. Baby Center
  3. Najis Tidak Normal. My Health
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113