Bayi 6 Bulan: Makanan Apa Yang Paling Sesuai Untuk Si Manja?

Bayi memerlukan makanan yang berkhasiat untuk membesar dengan baik dan sihat. Sebagai ibu, pasti anda tertanya-tanya mengenai makanan bayi 6 bulan yang dapat membekalkan segala keperluan nutrisi mereka.

Pada usia 6 bulan, susu ibu masih lagi merupakan sumber utama nutrisi untuk bayi.

Walau bagaimanapun, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi.

Kini, si manja sudah boleh mengambil makanan pejal untuk membantu mereka membesar dengan lebih sihat.

Menurut Tresillian.org, bayi digalakkan untuk mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan ke atas.

Tetapi, dalam masa yang sama, bayi masih perlu menyusu sehingga mencecah umur 12 bulan.

Makanan bayi 6 bulan – Si manja pertama kali makan makanan pejal!

bayi 6 bulan

Ketika anak anda mencecah usia 6 bulan, si manja baru sahaja belajar untuk mengunyah.

Oleh sebab itu, makanan yang diberikan perlulah lembut dan mudah ditelan seperti bubur atau buah-buahan yang dilenyek.

Pada waktu ini, bayi anda juga sudah boleh memberikan isyarat yang menandakan mereka sedang lapar. Sebagai contoh, si manja mungkin akan meletakkan tangan pada mulut sebagai isyarat ingin makan.

Jangan lupa, basuh tangan bayi terlebih dahulu. Bakteria yang berbahaya boleh melekat pada tapak tangan bayi ketika mereka merangkak di sekeliling rumah.

Jadi, pastikan anda basuh tangan si manja dengan sabun sebelum makan. Jika tidak, mereka mungkin akan jatuh sakit!

Walau bagaimanapun, ada ketikanya anak anda mungkin tidak mahu makanan pejal. Jangan paksa anak makan. Sebaliknya, tunggu sehingga anak lapar dan tenang.

Sebelum anda berikan susu pada si manja, berikan makanan pejal terlebih dahulu. Barulah mereka akan makan dengan mudah!

Makanan bayi 6 bulan diberikan dengan tujuan untuk memperkenalkan anak dengan rasa, tekstur dan bau yang baharu.

Jangan risau jika mereka menolak untuk makan makanan pejal pada mulanya. Berikan mereka masa untuk menyesuaikan diri.

Apakah tanda si manja sudah bersedia?

bayi 6 bulan

Anda digalakkan untuk memperkenalkan si manja kepada makanan pejal ketika berusia 6 tahun.

Selain itu, pastikan anak sudah boleh duduk dengan tegak dan boleh mengawal kepala, leher dan bahu dengan baik.

Si manja sudah bersedia untuk makan makanan pejal ketika mereka menunjukkan minat pada makanan anda.

Anak anda juga mungkin meminta lebih banyak susu daripada biasa dan mula memberikan isyarat tangan ke mulut dengan lebih kerap.

Ada bayi yang mula dengan makanan lembut. Namun, ada juga yang sudah menunjukkan minat terhadap makanan yang lembut.

Bubur nasi antara pilihan makanan pertama yang terbaik

Untuk permulaan, pastikan anda menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan perisa (garam dan gula).

Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.

Menurut Public Health Malaysia, sekiranya mereka diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri buah atau makanan dengan tambahan perisa, anak akan cenderung untuk menolak rasa makanan yang baru.

Ia juga boleh menyebabkan anak menjadi “picky eater” di kemudian hari sekiranya anda sendiri yang mengajar mereka untuk memilih makanan yang manis.

Berapa banyak makanan yang perlu saya beri untuk bayi 6 bulan?

Ketika si manja berusia 6 hingga 8 bulan, anda boleh berikan setengah cawan makanan lembut 2 hingga 3 kali sehari.

Walau bagaimanapun, elakkan memberi madu kepada anak anda. Madu hanya boleh dinikmati oleh si manja ketika mereka berusia 1 tahun.

Mulakan dengan makanan yang sihat seperti buah-buahan yang dilenyek. Berikan anak susu ibu dalam jumlah yang sama walaupun anak mengambil banyak makanan pejal.

Antara makanan bayi 6 bulan ialah:

  1. Sayur-sayuran seperti labu, kentang, ubi kayu atau buah-buahan seperti epal, pear, atau pisang.
  2. Nasi atau nasi yang diperkaya dengan zat besi.
  3. Sayur dan buah yang dipotong secara kasar.
  4. Ikan yang dibuang tulang.
  5. Pasta dan roti.
  6. Tofu.

Sebagai panduan, berikan anak anda:

  • 2 hingga 3 sudu buah, kemudian tingkatkan ke 4 hingga 8 sudu
  • 2 hingga 3 sudu sayur, kemudian tingkatkan ke 4 hingga 8 sudu
  • 1 hingga 2 makanan berasaskan bijirin, kemudian tingkatkan ke 2 hingga 4 sudu
  • 1 hingga 2 makanan tinggi protein, kemudian tingkatkan ke 2 hingga 4 sudu

Jangan risau kalau anak buat sepah!

bayi 6 bulan

Pada usia 6 bulan, si manja pasti akan bermain dengan makanan mereka.

Ini merupakan cara untuk mereka belajar tentang dunia sekeliling mereka. Jadi, normalah jika mereka buat sepah!

Untuk pastikan si manja dapat belajar dengan baik, berikan mereka makanan yang mempunyai saiz, rasa dan tekstur yang berbeza.

Jangan terkejut jika si manja cepat belajar makan! Inilah masa untuk mengajar mereka makan menggunakan tangan atau sudu supaya mereka tidak kekok pada masa hadapan.

Ketika anak sedang makan, pastikan anda sentiasa bersama mereka. Gunakan tali pinggang keselamatan ketika anak duduk di atas kerusi makan untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Ketika anak berusia 6 bulan, elakkan memberi makanan yang keras seperti kekacang atau makanan yang keras seperti buah, sayur, popcorn atau daging yang liat. Elakkan buah yang licin seperti tomato ceri dan anggur.

Kesimpulan

Selepas ini, anda tidak perlu lagi pening untuk memilih makanan bayi 6 bulan.

Berikan si manja makanan yang lembut dan biarkan mereka explore keadaan rasa dan tekstur baharu.

Jika anak anda selesa untuk makan, anda boleh tambah lebih banyak jenis makanan. Ketika mereka berusia 8 bulan, normal untuk anda makan 2 hingga 3 kali sehari.

Kenalkan anak dengan makanan baharu dalam jumlah yang sedikit.

Jika anak anda mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, pastikan anda mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum memberikan si manja makanan baharu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: