Pahit Tetapi Bermanfaat Untuk Diabetes, Ini Khasiat Peria Katak!

Peria katak adalah merupakan salah satu sayuran yang cukup terkenal dengan rasa pahitnya dan rasanya akan menjadi semakin pahit apabila semakin ranum. Saiznya lebih kecil berbanding peria biasa. 

Nama saintifik peria katak ialah Momordica charantia. Ia juga dikenali sebagai ‘bitter gourd’ atau ‘bitter melon’. Walaupun mempunyai rasa yang pahit, peria katak amat kaya dengan pelbagai khasiat. Jadi, sejauh manakah kebaikan peria katak untuk kesihatan? 

Mari kita baca khasiat peria katak dibawah satu persatu. 

Khasiat Peria Katak

  1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi

Peria katak kaya dengan pelbagai nutrisi seperti zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink, vitamin dan lain-lain. Bahkan kandungan nutrisinya dua kali ganda lebih berbanding brokoli!

Maka, dengan itu peria katak mempunyai pelbagai kebaikan berdasarkan nutrisi-nutrisi yang terkandung di dalamnya. 

  1. Baik Untuk Kesihatan Kulit 

Tahukah anda, 94 gram peria mampu membekalkan sehingga 94% jumlah vitamin C yang diperlukan dalam sehari.

Vitamin C adalah merupakan salah satu nutrisi penting untuk kesihatan kulit. Selain mencerahkan wajah, ia juga membantu untuk menyihatkan kulit agar sentiasa kelihatan segar, bermaya dan awet muda. 

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C yang tinggi dalam peria katak juga bermanfaat untuk tubuh badan bagi melawan penyakit dan menyembuhkan luka dengan cepat.

  1. Baik Untuk Mata

Selain vitamin C, peria juga diperkaya dengan vitamin A. Ia dipercayai dapat membekalkan sehingga 44% jumlah vitamin A yang diperlukan dalam sehari.

Vitamin A adalah nutrisi yang sangat penting dalam penghasilan sel kulit baru serta melindungi kesihatan mata.

  1. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan pengambilan peria untuk membantu menstabilkan paras gula dalam darah dengan baik dengan menggalakkan penghasilan insulin. 

Buah peria mengandungi kandungan hypoglycemic atau insulin semula jadi di dalamnya. Justeru, ia menghasilkan plantinsulin yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah dan air kencing pesakit diabetes secara semula jadi.

Alternatif yang mudah dan berkesan dalam merawat diabetes menggunakan buah peria dengan menjadikan buah peria sebagai jus minuman dan diamalkan sekurangnya sebanyak empat atau lima biji buah peria setiap pagi.

Tetapi, bijinya dihancurkan terlebih dahulu dan boleh dicampurkan dalam makanan. Jika anda tidak gemar untuk mengambil dalam bentuk jus, anda boleh juga merebus buah peria tersebut dan amalkan air rebusan tersebut atau anda boleh jadikan ia dalam bentuk serbuk.

Anda sangatlah disyorkan untuk membuat sendiri jus peria katak berbanding membeli produk jus yang dijual pasaran. Hal ini kerana, ia dikhuatiri mengandungi pelbagai campuran lain yang boleh membahayakan kesihatan dan tidak memaksimumkan khasiat peria katak tersebut. 

  1. Membantu Mengawal Kadar Kolesterol Dalam Badan

Kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung dan strok. Ini kerana, paras kolesterol yang tidak terkawal dalam badan boleh menyebabkan pembentukan plak pada arteri (saluran darah).

Pengambilan peria katak dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol serta trigliserida. Semakin tinggi ekstrak peria katak, semakin tinggi kadar penurunan kolesterol yang boleh berlaku.

Walau bagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan untuk betul-betul membuktikan keberkesanannya.

  1. Kaya Dengan Serat

Apabila bercakap mengenai serat, ia mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaatnya untuk tubuh. Seperti sayur dan buah-buahan yang lain, peria katak juga amat tinggi kandungan seratnya. 

Dengan kadar kalori yang cukup rendah dan kandungan serat yang tinggi, peria didapati sangat sesuai untuk diamalkan sekiranya anda berhajat ingin menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, serat dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama sekaligus membantu dalam mengurangkan selera makan. 

Bukan itu sahaja, kandungan serat yang tinggi juga sangat baik untuk mengatasi masalah berkaitan sistem penghadaman, contohnya seperti sembelit atau sakit perut, serta penyakit usus atau ‘Irritable Bowel Disease’ (IBS).

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi khasiat peria katak yang lain seperti merawat asma dan sebagainya. Namun begitu, pengambilan peria katak haruslah secara sederhana kerana ia mempunyai kesan sampingan seperti boleh menyebabkan penyakit seperti sakit perut ringan, cirit-birit dan muntah.

Untuk individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes dan lain-lain, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mula mengamalkan peria katak. 

Sumber :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161