Perut Berdenyut Awal Kehamilan, Perlu Ke Jumpa Doktor?

Kehamilan adalah merupakan satu proses yang cukup indah terutamanya buat pasangan yang sedang menanti kehadiran anak. Setiap ibu yang sedang hamil mengalami pelbagai simptom yang berbeza-beza. 

Perut Berdenyut Awal Kehamilan

Ada yang mengalami ‘morning sickness’, keletihan, muntah, sakit badan termasuklah perut berdenyut awal kehamilan. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang tidak mengalami apa-apa gejala. 

Normal Ke Perut Berdenyut Awal Kehamilan?

Perut berdenyut awal kehamilan adalah satu perkara yang normal dan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Ia ibarat satu perubahan fizikal sebagai persediaan untuk menerima kehadiran bayi. 

Ia biasanya terjadi pada bahagian bawah perut dan akan beransur hilang dalam tempoh beberapa minit.

Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan turut mengalami beberapa siri kekejangan disertai dengan pendarahan ringan yang berlaku apabila embrio ditanam ke dalam dinding rahim, apabila rahim berubah dan meregang untuk menampung tumbesaran bayi dan sebagainya. 

Mari fahami dengan lebih lanjut mengenai keadaan perut berdenyut pada awal kehamilan.

Punca Perut Berdenyut

Perut berdenyut pada awal kehamilan biasanya disebabkan oleh:-

– Berlakunya Proses Implantasi 

Perut Berdenyut Awal Kehamilan

Proses implantasi adalah proses ‘penanaman’ yang berlaku pada dinding rahim. 

Apabila telur berjaya disenyawakan, ia akan membentuk blastokista. Kemudian, ia akan ditanam ke dalam lapisan dinding rahim. Proses yang terjadi ini boleh menyebabkan sedikit kekejangan di bahagian bawah perut dan perut akan rasa seperti berdenyut. 

Ini dikenali sebagai kekejangan implantasi dan selalunya merupakan salah satu tanda awal kehamilan.

– Tumbesaran rahim

Perut Berdenyut Awal Kehamilan

Anda akan mengalami keadaan ini (perut berdenyut, kekejangan) semasa dua trimester pertama. Hal ini adalah kerana berikutan proses perkembangan rahim bagi menampung janin yang sedang membesar..

Dalam proses tumbesaran rahim,  ligamen dan otot yang menyokong rahim turut berkembang. Ini menyebabkan anda mungkin mengalami sakit tajam apabila anda berdiri, menukar kedudukan atau bersin mahupun batuk.

Namun begitu, kekejangan pada awal kehamilan juga boleh disebabkan oleh masalah yang perlukan perhatian dan rawatan segera. Contohnya seperti;-

  • Keguguran awal: Selain menjadi tanda kehamilan, kekejangan perut juga boleh jadi tanda berlakunya keguguran, terutamanya apabila kekejangan berlaku dengan teruk, berpanjangan dan/atau berlaku bersama-sama dengan pendarahan atau keputihan. 
  • Kehamilan ektopik: Kehamilan ektopik adalah merupakan kehamilan yang berlaku di luar rahim. Ia terjadi adalah apabila telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim. Sebagai contoh, ia boleh melekat pada tiub fallopio, rongga perut atau serviks.

– Orgasma

Melakukan hubungan seks ketika hamil juga boleh menyebabkan kekejangan ataupun perut berdenyut semasa sedang orgasma. Kesakitan mungkin terasa sama seperti senggugut dan biasanya hilang dengan cepat.

NOTA:

Setiap kesakitan yang di alami semasa kehamilan perlulah diberi perhatian. Sekiranya ia disertai dengan simptom-simptom seperti pendarahan dan lain-lain, sila dapatkan rawatan dengan segera. 

Sekiranya anda sedang hamil buat pertama kalinya, sila dapatkan nasihat dan rujuk pakar perubatan sekiranya mempunyai sebarang simptom yang merisaukan. Jangan malu, anda berhak untuk tahu apa yang terjadi di dalam tubuh anda. 

Memahami tanda dan gejala kekejangan awal kehamilan (atau trimester pertama), boleh membantu anda mengetahui perkara biasa yang berlaku dan bila perlu berjumpa doktor.

Kesimpulan

Buat ibu-ibu yang sedang hamil, pastikan anda menjaga diri dan tidak terlalu penat lebih-lebih pada awal kehamilan. Berehat secukupnya dan ikutlah saranan doktor anda. 

Sumber: hellodoktor.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161