Petua Hentikan Haid Berpanjangan (Istihadah), Cubalah!

Haid Berpanjangan (Istihadah)

Tempoh haid wanita adalah berbeza-beza bergantung pada individu. Untuk pengetahuan anda, tempoh haid minima bagi wanita ialah selama 24 jam, manakala tempoh maksimum haid wanita adalah selama 15 hari. 

Apabila anda mengalami haid selepas 15 hari, darah tersebut dikira sebagai darah istihadhah atau dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai menorrhagia.

Haid berpanjangan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor termasuk akibat ketidakseimbangan hormon, masalah rahim, simptom kanser dan sebagainya.

Anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan segera sekiranya ia menjejaskan kesihatan anda.

Mengalami haid yang berpanjangan adalah amat mencabar lebih-lebih lagi untuk seorang wanita muslim beribadah (solat). 

Oleh itu, mari baca satu petua hentikan haid berpanjangan yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Suzy Honey.

Petua Hentikan Haid Berpanjangan (Istihadah)

Menurut beliau, petua ini adalah amalan yang pernah diajarkan  oleh  Arwah Tok Guru Ustaz Hashim Bin Ismail semasa emak beliau menadah kitab bersama arwah. Petua ini dipercayaii dapat membantu sesiapa yang mengalami haid berpanjangan (istihadah).

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 3 gelas air
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji lada hitam
  • Kemenyan arab sedikit  (kemenyan arab atau luban ini boleh beli di kedai jamu atau di shopee) 
  • Sedikit  pulur sabut kelapa

Cara-Caranya:

1) Masukkan 3 gelas air, 3 ulas bawang putih juga 3 biji lada hitam bersama kemenyan arab.

2) Kemudian ambil pulur sabut kelapa lalu di gosok-gosok / di ramas-ramas dengan tangan dan di baca Surah Al Masad sehingga habis ramasan pulur sabut tersebut. 

3) Setelah habis ramasan pulur sabut tersebut biarkan ramuan mendidih selama 10 ke 15  minit. Kemudian tapis dan minum bila sudah sejuk. Amalkan minum 2 ke 3 kali sehari untuk 3 hari berturut- turut atau sehingga sembuh. Semasa meminum ramuan tersebut haruslah di baca Al fatihah dan selawat.

4) Niatkan supaya darah istihadah tersebut baik seperti sediakala.

Kesimpulan

Sila dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar perubatan untuk mengetahui masalah sebenar yang anda hadapi. Jangan bergantung pada petua sahaja tanpa mendapatkan rawatan perubatan. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161