Semut Charlie Dengan Gigitan Berbisa Jadi Penyebab Buta!

Kes terkena sengatan bisa semut Charlie pada geng asrama atau rumah sewa bukanlah perkara yang pelik lagi.

Perkara ini banyak terjadi dan sudah ramai yang terkena bisa berbahaya semut tersebut.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bahayanya bisa semut Charlie kepada manusia.

Baca juga:

Apa itu semut Charlie?

semut charlie

Semut Charlie atau juga dikenali dengan panggilan rove bettle merupakan sejenis serangga yang berasal dari negeri-negeri timur Australia.

Ia banyak boleh ditemukan di kawasan semak-samun, hutan, padang, sawah, dan kawasan takungan air seperti paya dan saliran.

Dengan ukuran hanya sebesar kurang dari 1 cm, ia seakan-akan tidak memberi bahaya kepada manusia. Tetapi hakikatnya, semut ini boleh membuatkan manusia menjadi merana apabila terkena bisanya.

Untuk membezakan semut Charlie dengan semut-semut yang lain, anda boleh lihat dari warna badannya.

Semut Charlie mempunyai kepala hitam serta bahagian badan berwarna merah atau oren.

Apakah nama saintifik dan spesies semut Charlie?

Nama am: Kumbang Rove
Class: Insecta
Order: Coleoptera
Family: Staphylinidae
Species: Paederus fuscipes Curtis
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie
Kesan: Boleh menyebabkan konjuktivitis dan penyakit kulit teruk

Punca semut Charlie datang

Kehadiran serangga berbisa ini ke dalam kawasan rumah kita adalah kerana ia tertarik kepada lampu dan cahaya yang terang.

Selain itu, semut ini juga mampu untuk terbang dari satu tempat ke tempat yang lain atau dibawa oleh angin.

Hal ini biasa terjadi terutamanya selepas kejadian hujan lebat atau banjir kerana pada waktu itu semut akan bermigrasi ke tempat yang lebih kering.

Bahkan ada kajian juga mengatakan bahawa, semakin tinggi aras kediaman anda, maka akan semakin tinggi juga risiko datangnya Charlie kerana ia mampu masuk ke aras tinggi dengan bantuan angin.

Simptom terkena bisa Charlie

semut charlie

Secara teorinya, semut Chalie tidak mengigit atau menyengat seperti yang diperkatakan segelintir orang.

Sebaliknya semut ini mampu merembeskan bisanya sehingga diserap oleh kulit.

Toksin kuat iaitu paderin dalam darah semut inilah nantinya akan menyebabkan iritasi pada bahagian kulit dan mata kita.

Berikut adalah antara tanda atau simptom seseorang itu terkena bisa Charlie:

  • Radang kulit atau mata
  • Gatal kulit
  • Kulit atau mata menjadi merah
  • Kulit menjadi panas
  • Jangkitan pada kulit
  • Demam suhu tinggi
  • Muncu nanah dan gelembung air
  • Muntah
  • Mual
  • Pening kepala
  • Kulit bengkak, gatal, dan pedih
  • Kejutan anafilaksis

Kesan gigitan semut Charlie

Bisa Charlie sangat dikaitkan dengan penyakit konjunktiviti dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebgaai dermatis linearis.

Mereka yang terkena bisa ini akan merasakan beberapa kesannya. Pada minggu pertama, anda akan nampak dan rasa bahagian yang sakit menggelembung sebesar jerawat yang bernanah.

Cecair toksin ini juga akan hasilkan kesan ‘garisan’ pada kulit. Kalau toksin ini kena mata, boleh sampai buta jadinya.

Rawatan yang boleh dilakukan

Sekiranya anda terkena gigitan semut berbisa seperti ini, apa yang pelru anda buat adalah seperti berikut:

  1. Jangan panik dan buang serangga ini dari kulit dengan lapik atau objek lain.
  2. Basuh kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Tuam kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan tuala dan ais.
  4. Elakkan menyentuh, memegang atau menggaru kawasan kulit yang terkena bisa.
  5. Kunjungi klinik atau hospital jika simptom tidak sembuh selepas tempoh lama.

Dari segi pencegahan agar kes gigitan bisa charlie ini tidak berulang pula, anda boleh cuba petua seperti yang kami senaraikan ini:

  1. Kurangkan penggunaan cahaya di dalam rumah kerana ianya menarik perhatian serangga untuk hinggap di kawasan lebih cerah.
  2. Tutup tingkap dan pintu bagi mengurangkan kemasukan Charlie ke dalam rumah.
  3. Pasangkan jaring serangga pada tetingkap rumah dan gunakan gam pelekat serangga di tempat-tempat yang kerap dijumpai Charlie.
  4. Penggunaan lampu “LED Warm White” dapat mengurangkan tarikan Charlie.
  5. Sekiranya hinggap pada badan, hembus secara perlahan untuk mengelakkan Charlie merasa terancam dan mengeluarkan cecair paederin.
  6. Segera basuh dengan sabun dan air sebelum cecair paederin meresap ke dalam kulit.
  7. Sekiranya cadar dicemari Charlie, basuh menggunakan sabun dan air panas sebelum digunakan semula.
  8. Sembur racun serangga atau ubat serangga di sekeliling dan kawasan kemungkinan menjadi tarikan serangga ini.
  9. Gunakan perangkap serangga elektrik yang boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik.

Diharapkan semoga perkongsian kesihatan kami berkenaan dengan semut Charlie ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Charlie Ant Insect Bite-Associated Preseptal Cellulitis. Malaysian Journal of Ophtalmology
  2. Semut Semai, Semut Kayap, Charlie atau ‘Rove Beetle’. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113