Ulser Lidah – Gejala, Puncanya & Rawatan Yang Sesuai

Fuh, kalau ada ulser dekat lidah bukan main susah lagi nak makan. Kena pilih makanan yang lembut-lembut dan tak panas. Kalau terkena bahagian ulser masa makan, memang boleh meraung kesakitan. Kadang tu, bercakap pun susah sebab sakit kalau banyak pergerakan mulut. 

Pernah terfikir tak macam mana dalam mulut boleh terjadinya ulser macam nanah pula tu kalau tengok dalam cermin. 

Jomlah ketahui punca-puncanya, gejala dan rawatan ulser lidah dibawah!

Punca Ulser Lidah Berlaku

Ulser Lidah

Untuk pengetahuan anda, ulser lidah adalah merupakan ulser (luka/kerosakan) yang berlaku di tisu permukaan lidah akibat ‘kecederaan’ pada lidah yang tidak dirawat.

Apabila ‘kecederaan’ tersebut tidak dirawat, ia akan mudah dijangkiti bakteria kerana lukanya terbuka lalu menyebabkan terjadinya komplikasi ulser.

Berikut ialah antara punca ulser berlaku:-

  • Cara Menggosok Gigi Tidak Betul, Lidah Tergigit dll: ‘Kecederaan’ pada permukaan lidah tersebut boleh disebabkan oleh cara yang tidak betul ketiak menggosok gigi, tergigit lidah, minum air yang terlalu panas, dan sebagainya. 
  • Jangkitan Bakteria: Jangkitan bakteria yang berlaku biasanya disebabkan oleh pembiakan kulat ‘candida albicans’, dan menyebabkan lidah kita diselaputi sejenis keputihan yang pekat. 
  • Ubat Gigi/Ubat Kumur: Selain itu, ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi bahan kimia seperti ‘sodium lauryl sulfate’ juga boleh menyebabkan ulser berlaku terutamanya kepada individu yang mempunyai lidah yang sensitif. 
  • Kekurangan air: Kekurangan air atau hidrasi juga adalah merupakan salah satu punca berlakunya ulser. Apabila badan kita kekurangan air, mulut kita juga akan kering dan menyebabkan ulser lidah berlaku dengan mudah. 
  • Sistem Imun: Ulser lidah juga boleh disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan sistem imunisasi. Penyakit ini berlaku apabila sel imunisasi dalam badan menyerang tisu mulut serta permukaan lidah sekali gus membawa kepada berlakunya keradangan. Apabila berlarutan ulser bukan sahaja berlaku pada mulut serta pada permukaan lidah juga.
  • Seks Oral: Perbuatan seks oral juga boleh menyebabkan berlakunya ulser lidah disebabkan oleh penyakit kelamin yang merebak. 
  • Kanser Lidah: Sekiranya menghidapi kanser lidah, sudah pasti anda juga akan mengalami ulser lidah. 

Gejala-Gejala

Ulser lidah mempunyai gejala yang lebih kurang sama seperti ulser yang berlaku di kawasan mulut yang lain.

Sebelum ulser tersebut muncul, biasanya kawasan tersebut akan rasa pedih terutamanya apabila terkena makanan atau minuman panas. 

Biasanya ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu untuk pulih, bergantung pada saiz ulser.

Rawatan

Kalau petua mak-mak zaman dulu, untuk menyembuhkan ulser kena minum air putih secukupnya atau letak madu dekat bahagian ulser tu. 

Selain itu, kumur-kumur dengan menggunakan air garam untuk memastikan kebersihan mulut anda terjaga. Anda juga boleh menggunakan pes baking soda (+campur sedikit air) dan sapukan pada kawasan ulser tersebut.

Manakala, untuk rawatan dalam bentuk ubat-ubatan yang dicadangkan oleh pihak doktor dan dijual di pasaran adalah: bonjela, oral aid. 

ulser lidah

Walaubagaimanapun, sila dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar perubatan sekiranya gejala yang anda alami berlanjutan dan disertai dengan simptom lain. 

Sumber: www.doctoroncall.com.my. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161