Tahukah anda, delima adalah merupakan antara buah yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. 

Buah dilemma termasuk dalam kumpulan beri, dan mempunyai nama saintifiknya iaitu ‘Punica Granatum’.

Ia mengandung pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, seperti protein, karbohidrat, serat,  vitamin C, vitamin B kompleks, folat, vitamin E, serta vitamin K.

Buah ini mempunyai bahagian biji yang  diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’. Rasanya pun boleh tahan sedap juga. 

Kaya dengan antioksida, mineral dan pelbagai jenis vitamin, khasiat buah delima untuk tubuh badan kita tidak perlu diragukan lagi. Bukan isinya sahaja, malah biji dan kulitnya juga amat berguna. 

Mari teruskan membaca. 

Khasiat Buah Delima 

  • Meningkatkan Kesuburan

Mungkin jarang diperkatakan bahawa, buah delima amat baik untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan juga wanita.

Malah terdapat kajian yang menunjukkan hasil mengamalkan buah delima, bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat.

Jadi sekiranya anda mempunyai masalah kesuburan, rajin-rajin la ye amalkan buah delima. 

  • Sesuai Diamalkan Untuk Sakit Sendi (Osteoarthritis & Rheumatoid Arthritis)

Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang dialami oleh pelabagi peringkat umur. Ia mempunyai simptom yang lebih kurang sama dengan rheumatoid arthritis. 

Buah delima kaya antioksida yang mempunyai sifat anti radang untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami dan meredakan keradangan/inflamasi di bahagian sendi yang terjejas. 

  •  Mencegah Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah merupakan penyebab demensia dan biasanya terjadi kepada individu yang berumur 60 tahun keatas.

Demensia adalah gangguan otak yang mengakibatkan hilangnya kemampuan intelektual dan sosial seseorang.

Pengambilan diet yang seimbang dapat mengurangkan risiko terkena Alzheimer. Buah delima mengandung kandungan polifenol yang tinggi dan berfungsi untuk memelihara sel-sel neuron otak. 

Oleh itu, anda disyorkan untuk mengambil buah delima samada dalam bentuk jus ataupun buah bagi mengurangi risiko terkena Alzheimer.

  • Membantu Proses Penyembuhan Luka

Terdapat tindak balas mekanisme penyembuhan luka yang disebabkan oleh komponen kimia buah delima. Ini akan mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka dan  kawasan kulit yang terdedah kepada luka juga akan berkurangan. 

  • Mempunyai Sifat Antimikroba

Buah delima mempunyai sifat antimikrob atau dikenal juga sebagai antifungal yang mampu merawat jangkitan yang disebabkan oleh candida dan bakteria yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. 

  • Menghilangkan Bau Mulut

Mempunyai bau mulut busuk mengundang ketidakselesaan diri dan orang sekeliling. Bau mulut biasanya terjadi disebabkan bakteria didalam mulut.

Seperti yang dinyatakan, buah dilemma mempunya sifat yang mampu melawan pertumbuhan bakteria termasuklah bakteria didalam mulut dan seterusnya menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

  • Mengurangkan Risiko Terkena Kanser

Buah delima dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan juga membantu rawatan kanser contohnya seperti kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru.

Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain – lain mekanisme sel kanser.

  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular 

Penyakit kardiovaskular adalah salah satu punca kematian yang tertinggi di Malaysia. Buah delima mempunyai kandungan berkhasiat seperti asid punicik yang boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. 

Bukan itu sahaja, buah delima juga bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

  • Melegakan Demam

Sekiranya anak anda selalu demam, anda boleh cuba berikan meminum jus delima. Hal ini kerana, buah delima kaya dengan vitamin C yang mampu meningkatkan sistem imuniti badan. 

Walaubagaimanapun, pastikan anda memberikannya dalam bentuk yang selamat. Elakkan memberi makan dalam bentuk biji kepada kanak-kanak bawah umur 10 tahun. 

Kesimpulan 

Marilah amalkan pengambilan buah delima sama ada dalam bentuk jus ataupun makan dalam bentuk biji. Selain rasanya yang sedap, khasiat buah delima juga tidak dapat disangkal.

Walaubagaimanapun, jangan ambil secara berlebihan dan dapatkan khasiat serta pandangan daripada doktor sekiranya anda mempunyai sebarang kekmusykilan. 

Sumber: rootofscience.com

Leave a comment

Your email address will not be published.