Khasiat Vaseline sudah tidak asing lagi dalam penjagaan kecantikan.

Bagi yang mengalami masalah kulit kering, perkara ini pastinya menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan penampilan anda.

Masalah kulit kering biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti persekitaran yang lembap dan panas.

Tidak hanya baik untuk wajah, ia juga baik untuk digunakan untuk merawat kuku dan tumit kering.

Beza Vaseline Dengan Petroleum Jelly

Vaseline sebenarnya ialah jenama bagi petroleum jelly itu sendiri.

 Syarikat pengeluarnya iaitu Unilever juga memberi jaminan bahawa Vaseline hanya dibuat menggunakan ramuan berkualiti tinggi serta proses yang rapi bagi memastikan mutunya terjaga.

Sekarang terdapat pelbagai jenis produk yang dikeluarkan dengan jenama Vaseline sepertli losyen, lip balm dan deodorant.

 Pastikan anda memilih produk yang berasaskan 100% petroleum jelly ya !

Kredit Foto : klikdokter.com

Baca Juga : Aduh, Jeragat! Macam Mana Nak Hilangkannya?

Fungsi Vaseline

Vaseline membantu dalam melembapkan serta menyembuhkan kulit.

Kelebihan Vaseline dalam mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya cukup baik digunakan untuk memelihara kesihatan luaran kulit.

Khasiat Vaseline Untuk Kesihatan Luaran

1. Menyembuhkan Luka Kecil

Kajian mendapati penggunaan petroleum jelly berkesan dalam mengekalkan kelembapan kulit selepas pembedahan kecil.

Pastikan permukaan kulit dibersihkan terlebih dahulu bagi mengelakkan bakteria terperangkap di kawasan luka.

2. Melembapkan Kulit Wajah dan Bibir

Kelebihan vaseline dalam melembapkan kulit menjadikannya sesuai digunakan bagi mengatasi masalah kulit kering pada wajah dan bibir.  

Bersihkan kulit kemudian sapukan vaseline pada kawasan bermasalah untuk kelembapan kulit dengan segera.

3. Mengatasi Tumit Pecah

Kulit kaki yang kering dan terdedah pada kotoran boleh menyebabkan masalah tumit pecah.

Anda boleh rawatinya menggunakan Vaseline. Caranya ialah dengan rendamkan kaki dengan air hangat yang ditambahkan dengan sedikit garam.

Kemudian, lapkan kaki sehingga kering dan sapukan Vaseline pada tumit. Lakukan dengan kerap untuk dapatkan hasil yang optimum.

Kredit Foto : siraplimau.com

4. Mengatasi Ruam Lampin

Menurut kajian, penggunaan petroleum jelly didapati berkesan dalam mengurangkan ruam lampin pada bayi.

Untuk gunakannya, bersihkan dan keringkan kulit bayi anda.

Kemudian, sapukan vaseline bagi melindungi kulit bayi daripada masalah ruam lampin. Namun, jika ruam tidak berkurang, anda perlulah rujuk pada doktor.

5. Menyihatkan Kuku

Memetik AloDokter, kutikel atau dasar kuku boleh menjadi kering dan mengelupas jika tidak dijaga dengan baik.

Ini boleh menyebabkan bakteria mudah masuk sehingga berlakunya jangkitan.

Bagi melembapkan serta menyihatkan kutikel kuku, anda boleh cuba sapukan sedikit vaseline sebelum tidur.

Cara ini juga boleh membuatkan kuku nampak lebih sihat dan berkilat.

Kredit Foto : hellodoktor.com

6. Melegakan Ekzema dan Psoriasis

Kulit yang kekeringan boleh merekah sehingga menyebabkan mudah dijangkiti bakteria.

Penggunaan vaseline pada kawasan kulit bermasalah dilihat mampu menyihatkan kulit serta membantu ubat untuk berfungsi dengan lebih baik.

Ia juga dapat mengurangkan keradangan serta melembapkan kulit.

7. Sebagai Penawar Bagi Kulit Melecet

Sebelum anda keluar berjalan, sapukan sedikit Vaseline pada tumit atau buku lali untuk elakkan kaki melecet.

Vaseline juga boleh disapukan pada bahagian kaki yang sudah melecet.

Kesan Sampingan Vaseline

1. Alahan

Sesetengah orang boleh alami alahan apabila menggunakan bahan berasaskan petroleum. Hentikan penggunaan sekiranya terdapat keradangan atau alahan.

2. Jangkitan Kulit

Sekiranya kulit tidak dibersihkan dan dikeringkan dahulu sebelum menyapu vaseline, ia boleh menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria.

3. Aspiration Pneumonia

Aspiration Pneumonia atau Pneumonia akibat tersedak boleh berlaku pada kanak-kanak apabila menyapu petroleum jelly pada bahagian hidung.

4. Pori Tersumbat

Sesetengah orang boleh alami keradangan kulit atau skin breakout apabila gunakan vaseline pada wajah.

Pastikan anda cuci wajah dengan bersih dahulu sebelum sapu petroleum jelly untuk elakkan keradangan kulit.

Kredit Foto : alodokter.com

Walaupun khasiat Vaseline cukup banyak untuk kesihatan kulit, ia hanya disarankan untuk penggunaan luar sahaja.

Jangan sesekali menelan atau memasukkan petroleum jelly ke dalam rongga tubuh.

Sekiranya termasuk dalam sistem pernafasan, ia juga boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.

Pastikan juga kulit dibersihkan serta dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan Vaseline.

Meskipun risiko alahan sangat kurang kerana bersifat hypoallergenik, anda perlulah waspada sekiranya penggunaan Vaseline boleh mendatangkan keradangan pada kulit.

Sekiranya timbul alahan atau iritasi, berhenti gunakannya dan rujuklah kepada pakar perubatan untuk rawatan susulan.

Sumber :

Manfaat Petroleum Jelly Vaseline untuk Kulit Kering

https://hellosehat.com/penyakit-kulit/perawatan-kulit/manfaat-petroleum-jelly

Everything You Need to Know About Petroleum Jelly

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/petroleum-jelly

Petroleum Jelly: Health Benefits and Uses

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/ss/slideshow-petroleum-jelly-uses

Leave a comment

Your email address will not be published.