Bagi yang pertama kali mengandung, anda dan pasangan perlulah ketahui tanda kehamilan sebagai persiapan.

Apabila embrio menempel pada dinding rahim dan menyebabkan kehamilan, tubuh wanita tentunya akan mengalami perubahan untuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Malah bagi sesetengah wanita, perubahan ini boleh dirasai seawal 1-2 minggu pertama.

Terdapat pelbagai tanda-tanda mengandung yang boleh dialami oleh wanita yang akan dapat anda perhatikan.

Lebih awal anda mengesannya, maka lebih awal anda boleh membuat persediaan dan menjaga kehamilan dengan sebaik-baiknya!

Ayuh, semak beberapa tanda di bawah ini.

Baca Juga : Pil Perancang : Fungsi & Kesannya Kepada Kesihatan

13 Tanda Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Tahu Sebagai Persiapan

1. Terlepas Haid

Jika sebelum ini anda tidak mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur dan dapati anda sudah terlepas tempoh haid dalam masa seminggu daripada timing yang sepatutnya, kemungkinan besar anda sedang hamil.

2. Kerap Buang Air Kecil

Pada beberapa minggu pertama kehamilan, kebanyakan wanita akan dapati mereka lebih sering buang air kecil lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Hal ini adalah disebabkan kandungan darah dalam badan meningkat sejak anda mengandung.

Ini akan membuatkan buah pinggang menapis lebih banyak darah dan membuatkan anda semakin kerap ke tandas.

3. Rasa Loya dan Muntah

Biasanya rasa loya dan muntah-muntah terjadi pada usia kehamilan 6 minggu.

Ia juga sering berlaku pada bila anda terjaga dari tidur pada waktu pagi.

Keadaan ini lebih dikenali sebagai morning sickness.

Biasanya rasa mual-mual ini akan hilang apabila kandungan memasuki usia 12 ke 16 minggu.

Kredit Foto : babycentre.co.uk

4. Pendarahan Kecil Dari Faraj

Pendarahan yang turut dikenali sebagai implantation bleeding ini berlaku apabila persenyawaan terjadi dan pembentukan salur darah bagi menyalurkan nutrisi buat janin mula berkembang.

Pendarahan ini juga sering disertai dengan rasa kekejangan pada bahagian perut.

5. Deria Bau Lebih Sensitif

Perubahan hormon yang dialami oleh wanita ketika hamil juga menyebabkan mereka lebih sensitif terhadap deria bau.

Ini juga boleh menjadi punca wanita mengandung mudah loya apabila terbau aroma seperti minyak wangi, masakan atau asap rokok.

6. Hilang Selera Makan

Selain menyebabkan loya, deria bau yang sensitif juga menyebabkan ibu hamil mudah hilang selera makan.

Ibu mengandung sangat memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi. Jika tidak lalu makan, jamahlah sedikit bagi mengisi perut.

7. Sembelit

Perubahan hormon ketika mengandung turut memberi kesan kepada sistem penghadaman wanita.

Oleh itu, mereka mudah mengalami sembelit akibat sistem pencernaan yang bergerak lebih perlahan.

8. Badan Lesu dan Letih

Ibu hamil juga sering merasa letih dan lesu.

Ia berpunca daripada peningkatan hormon progesteron pada awal usia kehamilan.

Bagi mengatasi rasa letih, ibu mengandung perlulah dapatkan rehat secukupnya di samping mengamalkan makanan berkhasiat sepanjang masa.

Kredit Foto : siraplimau.com

9. Perubahan Pada Payudara

Perubahan hormon pada wanita adalah penting bagi memastikan proses perkembangan janin yang sihat.

Ia juga akan menyebabkan payudara ibu hamil lebih sensitif dan sedikit membengkak.

Di samping itu, puting payudara (areola) juga akan kelihatan lebih menonjol dan berwarna lebih gelap.

10. Gusi Berdarah

Pada usia awal kehamilan, ada juga sesetengah wanita yang mengalami pendarahan pada gusi.

Biasanya mereka akan dapati masalah ini berlaku ketika sedang menggosok atau flos gigi.

11. Angin Tidak Menentu

Seperti tempoh sebelum haid (PMS), ibu mengandung juga boleh alami mood swing.

Keadaan ini adalah normal dan paling sering dialami ketika mengandung.

Meskipun begitu, jika ibu mengandung sedang berhadapan dengan tekanan, kemurungan atau anxiety, dapatkanlah pemeriksaan lanjut daripada doktor.

12. Jantung Berdegup Laju

Pada awal usia kehamilan, ibu mengandung akan dapati jantung akan berdebar-debar.

Ini adalah disebabkan oleh isipadu darah yang meningkat bagi menampung perkembangan janin.

Biasanya, degupan jantung ibu hamil akan meningkat sehingga 25% lebih laju berbanding biasa.

13. Keluar Keputihan

Sesetengah wanita hamil akan alami keputihan pada beberapa minggu pertama ketika dinding faraj menebal.

Namun, ada juga segelintir wanita yang mengalami keputihan sepanjang kehamilan.

Jika anda dapati keputihan yang keluar terdapat bau yang tidak menyenangkan atau rasa kegatalan, segeralah rujuk pada doktor.

Tanda-tanda kehamilan ini mungkin berbeza bagi setiap wanita.

Contohnya, jika anda pernah mengandung sebelum ini, anda mungkin mengalami ‘morning sickness’ pada kehamilan pertama tetapi tidak rasa mual semasa kehamilan kedua.

Kebanyakan tanda-tanda yang mirip dengan sindrom prementruasi seperti sakit payudara, kekejangan dan sebagainya adalah normal bagi kebanyakan ibu hamil.

Namun, jika anda dapati kesihatan anda merosok teruk ketika hamil, dapatkanlah nasihat daripada doktor pakar.

Sumber :

Tak Sabar Nak Tahu ‘Lekat’ Ke Tak Bulan Ini? Jom Semak 23 Tanda Hamil 1 Minggu!

https://hellodoktor.com/kehamilan

10 Tanda-Tanda Kehamilan yang Wajib Diketahui

https://www.alodokter.com/apakah-saya-hamil

Leave a comment

Your email address will not be published.