Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata? Jangan Risau Guna Je 9 Tips Ini Untuk Mata Kembali Segar

Mengapa mata tidak segar? Bagaimana pula cara hilangkan hitam bawah mata? Artikel kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda 9 tips terbaik yang berkesan untuk mendapatkan semula mata yang menawan dan bersinar.

Sebenarnya apa faktor lingkaran hitam bawah mata?

Setiap kali bawah mata hitam kita mesti mengaitkannya dengan kurang tidur. Memang tidak ada yang salah sebenarnya. Tetapi bukan semua masalah lingkaran hitam bawah mata disebabkan waktu tidur yang tidak teratur. Punca lain juga termasuklah:

  • Tekanan: Daripada tabiat suka melihat skrin gajet khususnya telifon dalam tempoh yang terlalu lama. Ia seterusnya akan menyebabkan tekanan pada kawasan mata dan menjejaskan saluran darah di sekitarnya.
  • Usia: Seiringnya peningkatan umur, kulit di bawah mata akan lebih menipis.
  • Genetik: Sekiranya ada keluarga anda yang mempunyai masalah lingkaran mata hitam yang sama, berkemungkinan besar risiko untuk anda turut kena juga tinggi.
  • Hormon: Kaum wanita yang hamil dan datang haid .
  • Merokok & alkohol: Merokok dan minum alkohol akan mejejaskan kulit dan merosakkan kesihatan.
  • Cahaya matahari: Sinaran ultra ungu akan menghasilkan melanin sehingga pigmen kulit mata jadi gelap.
  • Dehidrasi: Disebabkan tubuh kekurangan air.
  • Alergi: Reaksi daripada gejala alergi pada tubuh badan.

Lingkaran hitam bawah mata tanda penyakit?

Boleh ke kalau kita biarkan sahaja lingkaran hitam pada mata? Dikatakan banyak penyakit ringan dan penyakit berat boleh dipastikan dengan bahagian pada bawah mata. Antaranya seperti anemia, hepatitis, dan dehidrasi. Namun begitu, semuanya perlulah dirujuk terlebih dahulu pada doktor dan pemeriksaan kesihatan.

Cara hilangkan hitam bawah mata

Berikut adalah beberapa cara yang boleh bantu anda untuk hilangkan masalah hitam bawah mata:

1. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti krim, gel atau losen yang mengandungi hydroquinone contohnya retinol membantu mencerahkan kembali kulit gelap di bawah mata.

2. Perlindungan matahari setiap hari

Kulit yang terdedah pada sinaran ultraviolet akan berisiko tinggi mengalami pelbagai penyakit kulit. Jadi memastikan kulit tidak terlalu terdedah kepada pancaran matahari memang bagus untuk melindungi kulit dari sebarang masalah.

3. Merawat alergi

Alergi pada manusia tidak boleh dirawat dengan cara tradisional. Mahu atau tidak anda perlu juga untuk mendapatkan nasihat, rawatan, dan ubat-ubatan dari doktor yang bertauliah untuk sembuh dari alergi.

4. Amalkan diet pemakanan yang seimbang

Ambil makanan yang tinggi kolagen, vitamin, zat besi dan asid amino dalam usaha untuk menguatkan bahagian kulit bawah mata.

5. Buat terapi kolagen

Terapi kolagen dikenali sebagai prosuder microneedling. Prosuder ini akan mengurangkan kedutan, parut, dan masalah pigmen kulit termasuklah masalah lingkaran bawah mata yang hitam.

6. Amal cara hidup sihat

Gaya hidup sihat dalam kehidupan membawa 1001 kesan yang sangat mendalam bagi kesihatan. Isi yang ingin ditekankan adalah mengenai tidur.

Setiap orang perlu tidur pada waktu malam sekitar 7 hingga 8 jam bagi dewasa. Pastikan kualiti tidur itu terjaga untuk mengelakkan kelesuan pada waktu pagi.

7. Sentiasa hidrasi badan

Air sangat penting bagi manusia kerana kandungan tubuh badan kita mempunyai sekitar 60%- 70% air dari berat badan. Air membolehkan organ-organ dalam tubuh untuk bekerja dan melakukan fungsinya sendiri.

Minum 13 cawan air sehari untuk lelaki dan 9 cawan sehari untuk wanita untuk kekalkan hidrasi badan.

8. Tuam dengan ais

Ais boleh membantu melegakan masalah saluran darah mata yang bengkak. Caranya tuamkan sahaja ia dengan perlahan di kawasan sekitar mata.

9. Gunakan cara alternatif dan alami

Boleh gunakan bahan-bahan seperti uncang teh, ubi kentang, tomato, oren, lemon, avokado, minyak badam, dan air basuhan nasi untuk cara alternatif dari bahan-bahan semula jadi.

Kesimpulan

Diharapkan cara dan tips hilangkan lingkaran hitam pada mata ini dapat memberikan anda ilmu yang bermanfaat untuk dicuba dan dikongsikan.

Rujukan

  1. All About Dark Circles and How To Remove Them Permanently (26 May 2021). Lakshi Rajesh. FEMIMA
  2. Dark Circles Under The Eyes (July 2015). DermNet NZ
  3. What Causes Dark Circles Under Eyes? (6 September 2007). National Library of Medicine
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113