Contoh Menu Makanan Untuk Diabetes, Jom Ubah Diet Sekarang!

Bagi penghidap diabetes jenis 2, pemakanan merupakan sesuatu yang sangat penting. Jika pemakanan tidak dikawal, kadar gula dalam darah boleh meningkat dengan drastik dan mendatangkan pelbagai komplikasi. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa contoh menu makanan untuk diabetes, terutamanya untuk pemula.

Tetapi, mengapakan penghidap diabetes perlu merancang pemakanan masing-masing? Untuk pengetahuan anda, ada makanan tertentu yang boleh meningkatkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes.

Namun, bukan semua makanan perlu dielakkan. Anda perlulah tahu berapa banyak makanan yang boleh diambil sambil mengekalkan kadar gula dalam darah dalam julat yang sihat.

Pelan pemakanan yang baik juga mencakupi pengambilan makanan yang sihat, berkhasiat dan paling penting, sedap!

3 Contoh menu makanan untuk diabetes

contoh menu makanan untuk diabetes

Bagi pemula, mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan gaya pemakanan baharu setelah disahkan menghidap diabetes.

Namun, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Selain itu, elakkan makan di luar dan cuba masak sendiri di rumah.

Pada awalnya, ia mungkin sukar. Tetapi, lama-kelamaan semuanya akan menjadi mudah.

Selain itu, tambahkan makanan yang berkhasiat ke dalam diet harian anda seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging pejal dan juga bijirin penuh.

Ada beberapa contoh menu makanan untuk diabetes yang anda perlu tambah ke dalam diet harian. Antaranya:

1. Tambahkan protein

Makan lebih banyak protein seperti daging, ayam, telur, ikan, kekacang atau yogurt.

Protein dapat memperlahankan pencernaan karbohidrat dan penyerapan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, kadar gula dalam darah akan kekal stabil walaupun selepas makan.

2. Contoh menu makanan untuk diabetes: Pilih makanan kaya serat

Serat merupakan sejenis karbohidrat yang tidak akan dicerna oleh badan. Sama seperti protein, serat akan dicerna oleh badan secara perlahan-lahan.

Ada banyak makanan yang kaya dengan serat, antaranya ialah buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran.

3. Kurangkan gula dan karbohidrat

Tahukah anda, makanan yang manis mengandungi banyak kalori?

Cara terbaik untuk mengelakkan peningkatan kadar gula dalam darah ialah mengurangkan pengambilan makanan bergula. Lebihkan minum air kosong dan teh tanpa gula.

Selain itu, elakkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti tepung, nasi putih, pasta dan gula.

Makanan ini tidak mengandungi sebarang serat dan akan dicerna oleh badan dengan pantas. Akibatnya, kadar gula dalam darah akan meningkat dengan drastik.

Selain pemakanan yang sihat, penghidap diabetes juga boleh:

1. Bersenam dengan lebih kerap

contoh menu makanan untuk diabetes

Senaman kardio seperti berjalan kaki, berjoging atau berbasikal dapat mengurangkan kadar gula dalam darah. Sebenarnya, anda tidak perlu pergi ke gym setiap hari. Cukuplah sekadar berjalan selama 30 minit setiap hari.

Bergerak dengan lebih aktif dapat membantu anda mengawal kadar gula dengan lebih baik. Oleh sebab itu, jangan terlalu kerap duduk dan cuba keluar bersenam sekali-sekala.

2. Makan tepat pada masanya

Pastikan anda makan pada masa yang sama setiap hari. Setiap hidangan perlulah mengandungi makanan yang tinggi protein atau serat untuk memastikan kadar gula dalam darah stabil.

Jika anda tidak makan tepat pada masanya, besar kemungkinan anda akan mkan lebih banyak snek yang manis atau mengandungi garam yang tinggi.

Jika anda kerap snacking, semakin sukarlah untuk pastikan berat badan dalam julat yang normal.

Ambil makanan daripada kumpulan yang berbeza

contoh menu makanan untuk diabetes

Ramai penghidap diabetes yang sangka mereka tidak boleh lagi mengambil makanan yang digemari selepas disahkan menghidap kencing manis. Tanggapan ini sebenarnya salah!

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu mengurangkan makanan yang manis dan cuba makan dalam jumlah yang lebih sedikit.

Kunci utama untuk kekal sihat walaupun ketika menghidap kencing manis ialah memastikan pengambilan makanan yang sihat daripada semua kumpulan makanan.

Antara contoh menu makanan untuk diabetes yang mencakupi semua kumpulan makanan ialah:

  1. Sayur-sayuran: Brokoli, lobak merah, sayur-sayuran, lada, tomato, kentang, jagung dan kacang hijau.
  2. Buah-buahan: Oren, tembikai, beri, epal, pisang dan anggur.
  3. Bijirin: Pilih bijirin penuh, atau makanan seperti roti, pasta atau tortilla.
  4. Protein: Daging tanpa lemak, ayam atau ayam belanda tanpa kulit, ikan, telur, kacang dan kacang tanah.
  5. Produk tenusu: Susu, yogurt atau keju.

Makanan di atas merupakan antara contoh menu makanan untuk diabetes yang boleh diambil dalam diet seharian.

Ia bukan saja berkhasiat, makanan ini juga mampu memastikan kadar gula dalam darah pesakit kencing manis sentiasa terjaga.

Tidak percaya? Cubalah!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: