Tips & Cara Lebatkan Rambut Dengan Mudah & Berkesan!

Rambut yang lebat dan sihat adalah impian ramai orang. Namun tidak semua orang beruntung mempunyai rambut seperti yang diinginkan terutamanya bagi individu yang mengalami masalah rambut  kerap gugur sehingga menyebabkan rambut kelihatan tipis. 

 cara lebatkan rambut

Walaupun terdapat banyak jenis produk yang dikeluarkan bagi membantu melebatkan rambut namun tidak semua produk tersebut sesuai dengan jenis rambut seseorang.

Oleh itu,  untuk artikel kali ini kami akan kongsikan tips dan cara lebatkan rambut dengan mudah dan berkesan hanya dengan mengaplikasikan gaya hidup yang sihat dan juga cara tertentu dalam penjagaan rambut. 

Tips & Cara Lebatkan Rambut 

 cara lebatkan rambut

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita ketahui serba sedikit mengenai rambut manusia. 

Untuk pengetahuan anda, akar rambut terbentuk daripada gabungan protein. Akar rambut mendapat bekalan protein ini daripada salur-salur darah di dalam kulit kepala. Ini membolehkan akar rambut menghasilkan banyak sel dan mempercepatkan pertumbuhan rambut  apabila semakin banyak bekalan yang di salurkan.

Apabila akar rambut tidak sihat ini yang menyebabkan rambut anda  kerap mengalami keguguran lalu menyebabkan rambut kelihatan tipis. Oleh itu Mari kita lihat beberapa  cara lebatkan rambut di bawah. 

  1. Makan makanan yang mengandungi protein

Pengambilan protein adalah amat penting bagi membantu menguatkan akar rambut dan membantu pertumbuhan rambut dengan cepat. Oleh itu pastikan anda mengambil protein yang cukup dalam diet harian anda. 

Cara Lebatkan Rambut

Untuk makluman, setiap orang dewasa di Malaysia Memerlukan lebih kurang 58 hingga 62 gram protein untuk sehari bergantung pada individu. 

  1. Amalkan urut kulit kepala anda

Tahukah anda,  amalan mengurut kulit kepala setiap hari dalam beberapa minit boleh membantu melebatkan rambut. Anda boleh melakukannya ketika sedang bersyampu.

Hal ini kerana,  apabila melakukan urutan, saluran darah di bahagian kepala akan berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengandungi protein boleh dihantar ke akar rambut anda dengan kadar optima. 

  1. Menghadkan penggunaan haba

Penggunaan haba boleh menyebabkan rambut rosak dan mudah putus.  contoh penggunaan haba yang berlebihan ialah, menggunakan pengering rambut dengan haba maksima dan secara kerap. 

Cara Lebatkan Rambut

Sebaiknya, sekiranya anda makan pengering rambut atau alatan rambut yang menggunakan haba pastikan anda menggunakan suhu yang rendah. Selain itu anda juga digalakkan untuk menggunakan produk perlindungan haba sebelum menggunakan alat-alatan tersebut. 

  1. Gunakan minyak pati dan minyak zaitun

Penggunaan beberapa jenis minyak pati didapati boleh membantu melebatkan rambut dengan menggalakkan pertumbuhan rambut secara cepat. Contoh minyak pati yang anda boleh gunakan ialah minyak pati daripada biji labu ataupun minyak pati rosemary. 

Hal ini kerana minyak pati tersebut mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai monoxidil, iaitu bahan yang berguna untuk menggalakan pertumbuhan rambut. 

Selain  penggunaan minyak pati,  minyak zaitun juga terbukti berkesan dalam membantu melebatkan rambut. Kandungan asid lemak omega-3 dan juga nutrien-nutrien lain yang terdapat di dalam minyak zaitun amat baik untuk menyihatkan rambut. 

Cara penggunaannya juga amat mudah sekali. Anda hanya perlu sapukan minyak zaitun di kulit kepala dan rambut. Sebelum menggunakannya,  panaskan minyak zaitun sekitar 36 degree (suhu badan), kemudian sapu di kulit kepala anda dan lakukan urutan. 

Biarkan ia menyerap selama lebih kurang 30 sehingga 45 minit. Anda juga boleh membiarkannya sehari semalam. Selepas itu bilas menggunakan syampu seperti biasa. 

  1. Sapu minyak kelapa 

Selain penggunaan minyak pati dan minyak zaitun,  minyak kelapa juga seringkali digunakan sebagai ramuan untuk membantu melebatkan dan menyihatkan rambut. 

Cara Lebatkan Rambut

Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang menyerap ke dalam batang rambut untuk mencegah rambut kehilangan protein. Oleh itu, rambut anda tidak akan mudah gugur. 

  1.  Pes bunga raya merah

Mungkin ramai yang tidak tahu petua ini. Bunga raya merah juga sering digunakan sebagai ramuan untuk melebatkan rambut dengan menggunakan lendir daun dan bunganya. 

Cara Lebatkan Rambut

Cara penggunaannya adalah seperti berikut;

Tumbuk atau lenyekkan daun dan bunga sehingga mengeluarkan lendir. Kemudian campurkan sebiji telur ayam dan juga madu.

Gaulkan lendir daun dan bunga tadi bersama telur ayam dan madu sehingga menjadi seperti pes. Sapukan campuran ini di rambut dan kulit kepala anda dan perap menggunakan tuala. 

Biarkan selama lebih kurang 10 minit sebelum anda cuci dan bilas rambut anda sehingga bersih. Anda digalakkan untuk mengamalkan petua ini dua kali seminggu. 

Sumber: https://jiwasihat.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161