Degupan Jantung Laju, Apakah Puncanya?

Degupan Jantung Laju, Berbahayakah?

Degupan jantung laju atau palpitasi adalah merupakan petanda bahawa jantung anda berdegup melangkau degupan normal. 

Ini membuatkan anda rasa seperti berdebar-debar atau jantung anda seperti sedang ‘melompat-lompat’. Anda boleh rasainya dengan  jelas sekiranya menekap tangan ke bahagian dada anda.

Degupan Jantung Laju

Keadaan ini adalah merupakan situasi normal yang sering berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya sekiranya anda berada di dalam keadaan tertentu seperti ketakutan, kepenatan, terkejut,  dan sebagainya.

Sekiranya ia disusuli dengan gejala lain seperti tangan berpeluh, badan anda berasa sejuk, sesak nafas, pening, sakit dada dan sebagainya, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. 

Punca Degupan Jantung Laju

Degupan Jantung Laju

Terdapat pelbagai punca situasi ini berlaku dan biasanya ia disebabkan oleh faktor yang mempengaruhi aktiviti jantung,  contohnya seperti berlari, senaman berlebihan, tekanan, merokok, penyalahgunaan alkohol atau pengambilan kafein berlebihan dan juga kesan sampingan ubat termasuklah usia. 

Selain itu, ia juga disebabkan oleh penyakit tertentu seperti penyakit jantung, anemia, tekanan darah tinggi,elektrolit tidak stabil, tiroid terlebih aktif dan sebagainya. 

Rawatan

Anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan sekiranya mengalami gejala  degupan jantung laju ini secara berlanjutan ataupun kerap kali berlaku. Elakkan  mengikut petua-petua yang tidak diketahui keberkesanannya.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mencari punca jantung berdegup laju. Anda mungkin akan ditanyakan soalan berkaitan aktiviti fizikal, tekanan harian, ubat yang anda ambil dan keadaan kesihatan diri serta ujian lain yang boleh membantu diagnosis termasuklah:

  • Ujian darah atau air kencing – membantu mengesan kehadiran anemia, ketidakstabilan elektrolit atau masalah tiroid.
  • Elektrokardiogram (ECG) dan pengawasan Holter adalah prosedur yang akan mengumpulkan signal elektrik jantung dan mengesan sebarang masalah dalam degupan jantung.
  • Perakam (event recorder) – perakam yang dipasang pada dada ini membantu merekodkan signal elektrik jantung.
  • X-ray.

Manakala daripada segi ubat-ubatan pula, Anda akan diberikan ubat tertentu bagi membantu memperlahankan degup jantung anda. Degupan jantung yang laju boleh menyebabkan berlakunya darah beku. 

Sehubungan dengan itu, anda berkemungkinan juga akan diberikan ubat pencair darah untuk mengelakkan strok atau serangan jantung.

Sekiranya perlu,  doktor juga akan mensyorkan anda untuk melakukan terapi fizikal menggunakan alat tertentu bagi mengembalikan degupan jantung anda agar menjadi normal kembali. 

Dalam sesetengah situasi,  pembedahan mungkin dilakukan untuk  memasukkan sejenis alat (Implantable cardioverter defibrillator (ICD)) bagi mengawasi degupan jantung anda. Selain itu, biasanya doktor juga akan meletakkan perentak di bawah kulit untuk membantu membetulkan degupan jantung.

Cara Kurangkan Risiko Jantung Laju

Untuk mengurangkan risiko berlakunya degupan jantung yang laju, anda perlu melakukan beberapa perubahan gaya hidup sekiranya berkaitan. 

Degupan Jantung Laju

Contohnya seperti berhenti merokok, elakkan pengambilan kafein, rajinkan bersenam, kurangkan stress, amalkan teknik pernafasan dalam, amalkan diet berkhasiat dan sebagainya. 

Sumber: https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161