Khasiat Halia Hitam, Mampu Merawat Sakit Sendi Lutut

Halia hitam ialah merupakan salah satu jenis tumbuhan yang terdiri daripada keluarga Zingiberaceae dan satu kelas dengan beberapa jenis herba lain seperti halia, lengkuas, kunyit dan bunga kantan.

Halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora dikenali ramai kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Ia telah digunakan sebagai perubatan tradisional sejak beribu tahun yang lalu.

Khasiat Halia Hitam, Mampu Merawat Sakit Sendi Lutut

Dari segi fizikal, halia hitam berwarna ungu hitam, dan seakan-akan sama bentuk dengan kunyit dan halia.

Mari kita baca khasiat halia hitam untuk kesihatan satu persatu dibawah.

Khasiat Halia Hitam

  • Merawat Sakit Sendi Lutut
khasiat halia hitam

Halia hitam bersifat anti radang yang boleh mencegah keradangan lutut yang menyebabkan sakit sendi dibahagian lutut anda. Terdapat kajian yang mendapati ekstrak halia hitam dapat membantu mengurangkan kesakitan/luka rawan pada sendi lutut.

Disamping itu, halia hitam juga mengandungi methoxyflavone (bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan) yang sangat bermanfaat untuk membantu mengurangkan enzim-enzim yang merosakkan kolagen dalam rawan lutut.

Kekurangan kolagen dalam rawan lutut adalah salah satu penyebab utama sakit sendi lutut.

Bukan itu sahaja, methoxyflavone juga mampu membantu mencegah keradangan sel serta merencatkan penghasilan enzim nitrik oksida. Bersifat anti radang, halia hitam juga berkesan untuk menghalang sebatian prostaglandin yang boleh menyebabkan keradangan.

  • Membantu Menurunkan Berat Badan

Sekiranya anda berhasrat dan mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan, adan boleh cuba amalkan pengambilan ekstrak halia hitam.

Hal ini kerana, ia dipercayai dapat meningkatkan kadar penggunaan tenaga yang boleh menyumbang kepada penurunan berat badan.

Ekstrak halia hitam dapat meningkatkan kadar penggunaan tenaga melalui pengaktifan tisu adipos perang atau juga dikenali sebagai lemak perang.

Untuk pengetahuan anda, tisu adipos perang / lemak perang ini berfungsi untuk membekalkan haba kepada badan melalui pembakaran kalori.

Oleh itu, dengan pengaktifan sel tisu ini, lebih banyak kalori yang boleh dibakar maka lebih berkesan untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Selain itu, kandungan sebatian polymethoxyflavone yang terdapat dalam ekstrak halia hitam juga berkesan untuk membantu mengurangkan lemak viseral yang menyebabkan tubuh anda kelihatan gemuk.

  • Merawat Masalah Jerawat

Masalah jerawat adalah merupakan perkara yang sering berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.

Jerawat terbentuk disebabkan beberapa faktor seperti hormon, kulit berminyak termasuklah kehadiran bakteria. Terdapat pelbagai jenis ubat jerawat yang ada dan boleh didapati di mana-mana kedai berdaftar.

Selain menggunakan ubat jerawat, ekstrak halia hitam juga dikatakan mampu membantu merawat masalah jerawat yang disebabkan oleh kehadiran bakteria.

Ini disebabkan oleh sifat antimikrobial yang terdapat dalam halia hitam dapat membantu merencatkan tindak balas bakteria dan pembentukan jerawat dengan berkesan.

  • Bermanfaat Untuk Tenaga Batin Lelaki

Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh digunakan untuk merawat masalah batin lelaki antaranya ialah halia hitam. Pengambilan halia hitam didapati mampu meningkatkan tenaga dan juga kesuburan lelaki.

Kajian mendapati ekstrak halia hitam dapat meningkatkan kualiti sperma dan juga hormon testeron lelaki. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan fungsi erektil untuk memberi kepuasan semasa hubungan intim.

  • Berkhasiat Untuk Kulit Wajah

Ekstrak halia hitam juga sangat bermanfaat untuk melindungi kulit wajah anda daripada penuaan akibat terdedah dengan sinaran UVB dan persekitaran.

Ia membantu mencegah kedutan di wajah serta menghalang kulit anda daripada kehilangan serat kolagen agar sentiasa kelihatan awet muda.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun khasiat halia hitam masih lagi perlukan kajian yang mendalam untuk membuktikan keberkesanannya dan bagi mengetahui khasiatnya yang lain.

Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada ahli perubatan sebelum memulakan pengambilan halia hitam sekiranya mempunyai penyakit tertentu.

Sumber: https://jiwasihat.com/khasiat-halia-hitam/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161