7 Kebaikan Buah Pala, Salah Satunya Baik Untuk Jantung!

buah pala

Buah pala merupakan sejenis herba yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan di negara kita.

Tumbuhan yang berasal dari Indonesia ini datang dari biji benih pokok Myristica fragrans dan kini tumbuh di Malaysia, kepulauan Carribean dan selatan India.

Selain rasanya yang sedap, ia mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Walau bagaimanapun, herba ini tidak boleh dimakan secara berlebihan. Dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan halusinasi!

Herba ini boleh didapati dalam bentuk biji benih atau dikisar. Malah, ia juga dijual dalam bentuk minyak pati.

Rasanya yang sedap dan seakan-akan kacang membolehkan buah pala digunakan di dalam pelbagai pemanis mulut serta minuman seperti teh chai dan wain.

Walaupun herba ini banyak digunakan dalam masakan disebabkan rasa serta aromanya, ia mengandungi banyak bahan yang dapat mencegah penyakit dan menyihatkan badan.

Di bawah, kami senaraikan 6 kebaikan utama buah pala untuk kesihatan.

1. Membantu melegakan sakit badan

buah pala

Tahukah anda, herba ini dapat membantu melegakan sakit-sakit badan?

Menurut laman sesawang NDTV Food, herba ini megandungi banyak minyak pati penting seperti myristicin, elemicin, eugenol dan sarfore.

Semua minyak sapi ini mempunyai ciri anti radang yang amat bermanfaat untuk merawat masalah sakit sendi dan otot.

Malah, minyak pati buah pala didapati sangat berkesan untuk merawat sakit badan.

Cuma sapukan beberapa titik pada kawasan yang sakit dan ia dapat memberikan kelegaan pantas pada kawasan otot dan sendi.

2. Dapat membantu tidur malam

Herba ini didapati dapat membantu kita tidur dengan lebih lena jika diambil dalam dos yang rendah. 

Namun, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk menentukan keupayaan sebenar herba ini dalam membantu tidur.

Selain itu, ia juga dapat membuatkan kita lebih relaks dan tenang.

Malah, ia juga akan menggalakkan penghasilan serotonin, sejenis bahan yang membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.

Tambahan lagi, ia banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sebagai bahan untuk melegakan stres.

Cuba tambah secubit buah pala ke dalam segelas susu suam dan minum sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh tambahkan kacang almond atau sedikit serbuk buah pala untuk lebih khasiat.

3. Buah pala dapat membantu pencernaan

Jika anda mempunyai masalah pencernaan seperti cirit-birit, sembelit atau kembung perut, herba ini mungkin dapat menjadi ‘penawar ajaib’ untuk anda.

Ia juga dapat mencegah pembentukan gas atau angin dalam perut. Selain buah pala, ada juga tumbuhan atau herba lain yang mempunyai kelebihan yang sama seperti halia dan jintan manis.

4. Meregulasi tekanan dan peredaran darah

buah pala

Terdapat pelbagai mineral di dalam buah pala seperti potasium, zat besi, kalsium dan mangan yang amat penting untuk badan.

Tambah lagi, herba ini juga mampu merendahkan stres. Oleh sebab itu, ia dapat membantu jantung bekerja dengan lebih efisyen disamping mengurangkan tekanan pada saluran darah.

5. Menghilangkan bau mulut

Tidak dinafikan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet yang tidak betul boleh membuatkan toksin berkumpul dalam badan.

Buah pala amat terkenal dengan kelebihannya yang dikatakan dapat membuang toksin dari badan.

Malah, disebabkan sifat anti bakterianya, ia juga boleh membunuh kuman dalam mulut yang menyebabkan bau yang tidak enak!

Disebabkan sifat antibakterianya, ia selalu digunakan sebagai bahan di dalam ubat gigi. Minyak pati eugenol juga didapati dapat melegakan sakit gigi.

6. Buah pala bagus untuk kulit

Inginkan kulit yang lebih cantik dan bebas jerawat? Gunakan serbuk buah pala sebagai masker!

Salah satu ramuan yang popular dan berkesan ialah campuran bersama madu.

Campukan kedua-dua bahan ini dan sapukannya pada kawasan yan berjerawat. Tinggalkannya selama 20 minit dan basuh dengan air suam.

Malah, ia juga boleh digunakan sebagai skrub kulit bersama dengan oat dan kulit oren untuk kulit muka yang lebih cerah dan sihat!

Bagaimana hendak menggunakan buah pala?

buah pala

Tidak dinafikan, herba ini boleh digunakan sebagai bahan di dalam pelbagai jenis masakan.

Selalunya, ia dijual dalam bentuk serbuk dan mudah untuk dimasukkan ke dalam hidangan yang sedia ada sebagai penambah perasa.

Sebagai contoh, anda boleh masukkannya ke dalam makanan seperti:

  1. Kopi, teh, coklat panas atau susu suam.
  2. Gunakan sebagai perasa sayuran.
  3. Taburkan di atas oat atau bijirin sarapan.
  4. Buat kek dengan sedikit buah pala. Herba ini merupakan bahan utama dalam pelbagai jenis kuih dan kek.

Jangan lupa, gunakan herba ini secara sederhana.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kebaikan, jumlah pengambilan yang terlalu banyak boleh menjadi toksik pada badan.

Malah, ia juga boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan juga halusinasi! Oleh sebab itu, berhati-hatilah semasa mengambil serbuk buah pala.

Rujukan

  1. Bahl, P. M. (2021, January 16). 7 benefits of nutmeg, from weight loss to hair growth. Healthshots. Retrieved January 24, 2022, from https://www.healthshots.com/healthy-eating/superfoods/7-benefits-of-nutmeg-from-weight-loss-to-hair-growth/
  2. 8 Science-Backed Benefits of Nutmeg. (2019, June 12). Healthline. Retrieved January 24, 2022, from https://www.healthline.com/nutrition/nutmeg-benefits#TOC_TITLE_HDR_6
  3. Nutmeg Benefits: Why women must have a pinch of nutmeg daily. (2020, August 25). Times of India. Retrieved January 24, 2022, from https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/food-news/why-women-must-have-a-pinch-of-nutmeg-daily/photostory/77744724.cms?picid=77744855
  4. Nutmeg: Health Benefits, Nutrition Information, and How to Use It. (2020, November 7). WebMD. Retrieved January 24, 2022, from https://www.webmd.com/diet/nutmeg-health-benefits-nutrition-uses
  5. 7 Incredible Nutmeg Benefits: From Inducing Sleep to Relieving Pain. (2016, September 20). NDTV Food. Retrieved January 24, 2022, from https://food.ndtv.com/food-drinks/7-incredible-nutmeg-benefits-from-inducing-sleep-to-relieving-pain-1464121
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Prev
Cara Kecilkan Pori Yang Berkesan, Gunakan Masker Tanah Liat!
Cara kecilkan pori

Cara Kecilkan Pori Yang Berkesan, Gunakan Masker Tanah Liat!

Sedang mencari cara kecilkan pori yang berkesan?

Next
7 Khasiat Daun Ketumbar Terhadap Kesihatan Badan
ketumbar

7 Khasiat Daun Ketumbar Terhadap Kesihatan Badan

Ketumbar merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan kita

You May Also Like