Awas, Ini Bahaya Onani Kepada Lelaki Dan Wanita!

Apa itu Onani?

Onani atau masturbasi adalah merupakan satu perbuatan untuk memuaskan nafsu sama ada menggunakan tangan sendiri ataupun alatan lain bagi kepuasan diri tanpa memikirkan bahaya onani. Biasanya ia datang secara bersendirian tanpa pasangan. 

Perbuatan ini haram terutamanya untuk umat Islam dan seringkali dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral oleh masyarakat. 

BAHAYA-ONANI

Untuk pengetahuan anda, keinginan untuk melakukan onani atau masturbasi adalah satu keinginan yang boleh menyebabkan ketagihan sekiranya tidak dikawal sehingga boleh menjejaskan kesejahteraan diri. 

Perbuatan onani seringkali disinonimkan dengan kaum lelaki kerana mereka mempunyai nafsu seks yang lebih tinggi daripada wanita tetapi tidak dinafikan perbuatan ini juga sering dilakukan oleh dengan kaum wanita. 

Walaupun terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahwa onani mempunyai kebaikan tetapi, bahaya onani adalah lebih banyak daripada kebaikannya. Mari kita baca info mengenai bahaya onani di bawah. 

Bahaya Onani Kepada Lelaki Dan Wanita

BAHAYA-ONANI

Sebagai lelaki, sekiranya anda kerap melakukan perbuatan ini, berikut ialah antara kesan & bahaya onani yang anda perlu ketahui. 

  1. Sukar Mendapat Kepuasan Apabila Bersama Pasangan 

Kesan onani dapat dirasai dengan jelas apabila anda sudah berkahwin kelak. Hal ini kerana, semua jangkaan anda mengenai bagaimana seks dilakukan adalah berbeza dengan apa yang anda fikirkan atau anda dilihat di filem-filem porno. 

Ini menyebabkan anda sukar mendapat kepuasan apabila bersama pasangan. Anda tidak boleh mengharapkan pasangan anda seperti pelakon dalam filem porno. Itu adalah salah sama sekali. 

Semasa anda melakukan perbuatan onani, anda boleh ‘customize‘ karakter seks anda mengikut imaginasi anda sendiri. Malah, anda boleh bertukar-tukar jenis karakter dari masa ke semasa. Tetapi malangnya, perkara ini tidak berlaku di dunia realiti.

Ketidakpuasan dalam melakukan hubungan seks bersama suami/isteri boleh menyebabkan timbulnya masalah dalam perkahwinan. 

  1. Memberi Kesan Kepada Kesihatan

Bagi lelaki, antara kesan onani kepada kesihatan ialah boleh menyebabkan mati pucuk, zakar sukar menegang, saiz zakar mengecut dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, ia akan boleh mengganggu aktiviti seks anda bersama pasangan kelak dan menyebabkan pasangan tidak puas. 

Untuk wanita pula, onani boleh menyebabkan kecederaan kepada klitoris, mengurangkan sensitiviti pada klitoris, meningkatkan risiko berlakunya jangkitan pada kemaluan disebabkan oleh alat atau jari yang digunakan tidak bersih, menyebabkan kerengsaan kulit alat kemaluan dan membuat ia bengkak.

Bahkan ada sumber yang menyatakan bahawa melakukan onani boleh menyebabkan masalah buah pinggang kerana secara tidak langsung ketika melakukan onani kita sedang memicu buah pinggang kita untuk berfungsi secara paksaan. Sebab itu selepas beronani, biasanya pelaku akan cenderung untuk membuang air kecil. 

  1. Menjejaskan Emosi

Percaya atau tidak, perbuatan onani boleh menjejaskan emosi. Individu yang sering melakukan onani akan mempunyai keyakinan diri yang rendah, emosi yang tidak stabil, perasaan bersalah selepas melakukan onani dan sebagainya. 

Sekiranya ketagihan, anda akan merasa tertekan sekiranya tidak dapat melakukannya dan sentiasa mahukan sesuatu yang lebih setiap kali melakukannya kerana sensitiviti alat kemaluan anda semakin berkurangan. 

.

  1. Menyebabkan Wajah Kelihatan Tua Daripada Umur Sebenar

Ini adalah disebabkan oleh hormon yang tidak stabil disebabkan oleh kekerapan melakukan onani.Proses ‘penuaan’ ini biasanya akan bermula selepas 20 tahun daripada anda mulakan tabiat tersebut.

  1. Pasangan Belum Puas, Anda Sudah Klimaks!

Hubungan seks dalam perkahwinan adalah sangat penting. Kedua-dua pihak perlu merasakan seronok dan puas ketika melakukannya. .

Sekiranya sebelum berkahwin anda kerap melakukan onani terutamanya bagi lelaki, ia akan menyebabkan anda keluar air mani iaitu klimaks dengan begitu cepat yang dikenali sebagai ejakulasi pramatang.

Hal ini terjadi kerana deria batang zakar anda sudah terlalu sensitif, iaitu terbiasa dengan rangsangan kasar daripada tangan anda.

Sumber: https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161