Doa Mudah Bersalin: Amalan Zikir & Ayat Permudah Bersalin Normal

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda tentang doa mudah bersalin yang amat sesuai diamalkan oleh para ibu di luar sana.

Fasa mengandung, menunggu hari untuk bersalin, dan melahirkan adalah sebuah fasa yang sangat indah bagi seorang insan yang bergelar ibu. Mulianya seorang ibu kerana hanya dia yang diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk melalui saat-saat indah itu.

Pengorbanan, dan perjuangan seorang ibu hamil tidak ternilai besarnya kerana ia adalah sempadan di antara hidup, dan mati. Sehinggakan Allah SWT sendiri mengambarkan kesukaran mereka dalam Al-Quran menerusi Surah Luqman, ayat 14:

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِۚ حَمَلَتْهُ اُمُّهٗ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَّفِصَالُهٗ فِيْ عَامَيْنِ اَنِ اشْكُرْ لِيْ وَلِوَالِدَيْكَۗ اِلَيَّ الْمَصِيْرُ

Maksudnya: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”

Doa mudah bersalin

Beberapa doa mudah bersalin yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:

1. Surah Al-Anbiya’, ayat 87

doa nabi yunus

“La ila ha illa anta. Subhanaka inni. Kuntu minaz dzolimin”

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

2. Surah al-Baqarah, ayat 255 (ayat kursi)

“Allahu la ilaha illa huw al hayyul qayyum, La ta’khuzuhu sinatuw wa la naum, Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard. Man zallazi yasyfa’u ‘indahu illa bi ‘iznih. Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bisyai’im min ‘Ilmihi illa bima sya’. Wasi’a kursiyyuhus samawati wal ard. Wa la ya’uduhu hifzuhuma wa huwal ‘aliyyul azim”

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang tetap hidup, yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin Nya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu Nya dan kekuasaan Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaan Nya).”

3. Surah al-A’raf, ayat 54

“Inna rabbakumullahullazi khalaqas samawati wal arda. Fi sittati ayyamin summastawa ‘alal ‘arsy. Yugsyil lailan nahara. Yatlubuhu hasisaw wasy syamsa wal qamara wan nujuma. Musakhkharatim bi’amrihi ala lahul khalqu wal amr. Tabarakallahu rabbul ‘alamin”

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.”

4. Membaca zikir

“Subhaanallah”

Maksudnya: “Maha Suci Allah.”

 “Astaghfirullah”

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah.”

Doa ketika ingin melahirkan anak

“Hasbunallahu wani’mal wakil. ‘Alallahi tawakkaltu”

Maksudnya: “Cukuplah Allah bagiku, (Dialah) sebaik-baik wakil, kepada Allah jualah aku bertawakkal.”

Kelebihan bersalin dalam Islam

Apakah keistimewaan yang diberikan Allah SWT kepada wanita yang sedang menahan sakit untuk melahirkan anak? Ini adalah antara kelebihan bersalin dalam Islam:

1. Menunjukkan yang Islam sangat memandang tinggi martabat wanita

Islam sangat mengangkat tinggi pada kaum Hawa sehinggakan Allah SWT turunkan surah khusus untuk mereka iaitu Surah An-Nisaa’. Bahkan asbab Allah SWT memberikan peluang wanita untuk melalui proses mengandung, bersalin, berpantang, menyusu, mendidik, dan membesarkan anak juga sungguh luar biasa.

Hal ini kerana tugas seorang ibu amatlah besar bukan sahaja dari segi fizikal, malah juga mental, emosi, dan rohani. Sekiranya pada mata zahir, kita lihat fizikal lelaki itu lebih kuat, namun dari pandangan Allah SWT, kaum hawa adalah lebih terdaya menanggung ujian dalam melalui proses tersebut.

2. Mati syahid jika meninggal ketika sedang melahirkan anak

Nabi SAW bersada jika ada tujuh jenis mati syahid selain mati kerana terbunuh dalam perang fi sabilillah, salah satu mati syahid tersebut adalah wanita hamil yang meninggal dunia kerana melahirkan.

Maksudnya: “Mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” – (Hadis Riwayat Malik, Abu Dawud, An-Nasai, dan Ibnu Majah)

3. Melahirkan ramai generasi Islam

Generasi Islam berkembang kerana kaum hawa yang meramaikannya. Daripada perkahwinan, maka terhasillah masyarakat Islam baru yang insha Allah akan memakmurkan dunia ini dengan pelbagai bidang.

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa mudah bersalin ini dapat membantu para ibu di luar sana ketika dalam proses kelahiran. Kuatkanlah rohani kita kerana hanya kepada Allah SWT kebergantungan yang sesungghnya.

Rujukan

  1. Begitu Besarnya Jihad Ibu Hamil, Allah Janjikan Imbalan Yang Bukan Calang-Calang. Sinar Islam Plus
  2. Doa Mudah Bersalin Untuk Para Ibu. Bidadari.my
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113