Khasiat Buah Zaitun – Boleh Mengawal Penyakit Tiga Serangkai?

Buah zaitun adalah merupakan buah daripada pokok zaitun yang juga dikenali sebagai Olea europaea L. Ia merupakan salah satu buah yang ada disebut di dalam al-quran. Ini menunjukkan betapa banyaknya manfaat dan kebaikan buah ini.

Untuk pengetahuan anda, pokok zaitun adalah antara pokok tertua di dunia dan boleh ditemui dengan mudah di kawasan Asia dan juga kawasan yang beriklim Mediterranean. 

Buah zaitun boleh didapati dalam bentuk bujur, pelbagai warna dan juga rasa mengikut tahap kematangannya. Buahnya boleh dipetik semasa masih hijau atau dibiarkan sehingga berwarna keunguan bagi buah zaitun hitam.

Nak tahu apa je khasiat buah zaitun? Mari teruskan membaca!

buah zaitun

Khasiat Buah Zaitun

1. Rendah Karbohidrat 

Buah zaitun sememangnya terkenal dengan kandungan karbohidratnya yang rendah. Ia hanya mengandungi 4-6% daripada jumlah keseluruhan kalori.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan karbohidrat yang terdapat dalam buah ini adalah terdiri daripada serat. Kandungan karbohidratnya yang rendah menjadikannya sebagai salah satu menu diet yang sesuai untuk membantu menurunkan berat badan. 

2.Mengandungi Asid Oleik 

Selain itu, buah ini juga mengandungi asid oleik yang merupakan asid lemak mono-tidak tepu. Terdapat banyak kebaikan asid oleik ini untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, keradangan dan juga menurunkan risiko terkena kanser. 

3. Mengandungi Vitamin E

Seterusnya, buah ini juga mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin termasuklah vitamin E. Ini menjadikan buah zaitun sebagai salah satu sumber antioksidan yang baik untuk tubuh anda. 

Kandungan antioksidannya seperti  oleuropein, hydroxytyrosol, tyrosol, oleanolic acid dan quercetin berupaya untuk membantu melawan radikal bebas yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Ia juga turut mengandungi kuprum, iaitu sejenis mineral penting dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Mengandungi Zat Besi 

Buah zaitun juga tinggi dengan kandungan zat besi. Zat besi adalah merupakan mineral yang sangat penting untuk tubuh.

Apabila tubuh kita kekurangan zat besi, penghasilan sel darah merah juga akan kurang bermutu dan haemoglobin tidak berhasil mengakibatkan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit anemia. 

5. Mempunyai Sifat Anti Radang

Kajian mendapati pengambilan buah zaitun 2-3 biji boleh membantu mengurangkan paras protein C-reaktif para pesakit yang menghidap sakit jantung.Hal ini kerana, sifat antiradang yang dimiliki oleh buah zaitun mampu mengurangkan keradangan sekaligus merendahkan paras  protein C-reaktif dalam darah.

6. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Berdasarkan beberapa kajian saintifik, buah zaitun didapati mampu mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, pesakit diabetes digalakkan untuk memakan buah ini atau produk berasaskan ekstrak buah ini. 

7. Mengawal Paras Kolesterol

Bukan itu sahaja, buah ini juga terkenal dengan khasiatnya yang mampu membantu untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Ia berupaya untuk mengurangkan paras kolesterol sebanyak 5% hingga 25% kerana kandungan hydroxytyrosol yang terdapat pada buah ini.

Bahkan, ia didapati mampu menurunkan paras kolesterol lebih banyak berbanding sterol tumbuhan, serat larut atau ekstrak bawang putih. Walaubagaimanapun, pengambilan ubat adalah penting dan buah ini hanya boleh dijadikan sebagai makanan tambahan.

8. Mengawal Tekanan Darah 

Pengambilan ekstrak buah ini juga berupaya untuk membantu mengawal tekanan darah agar lebih stabil. Kandungan polifenol yang terdapat dalam buah ini membantu dalam mengurangkan tekanan darah sistolik dan juga diastolik. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan kebergantungan terhadap ubat.

9. Baik Untuk Kesihatan Mulut

Kandungan lipid yang terdapat dalam buah ini memberikan kesan hidrofobia pada bahagian lelangit mulut. Hal ini membantu untuk mengelakkan bakteria daripada terkumpul dan menyebabkan mulut berbau serta boleh mencegah karies gigi. 

Kesimpulan

buah zaitun

Sememangnya buah zaitun mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan. Oleh itu, pengambilan buah ini dalam diet  harian amat digalakkan.

Sumber: rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161