Minyak Pati Untuk Artritis: Apa Yang Perlu Anda Ketahui?

Mungkin ramai tidak tahu selain bagi kegunaan aromaterapi, minyak pati juga adalah salah satu solusi yang mendapat perhatian ramai dalam menangani masalah penyakit artritis.

Bagi yang tidak tahu, artritis atau radang sendi merupakan penyakit yang menyebabkan keradangan, sakit, dan kekakuan pada beberapa sendi tubuh.

Kesan peradangan ini biasanya menyebabkan sendiri kita bengkak, kaku, sakit, dan sangat sukar untuk digerakkan.

Walaupun terdapat pelbagai rawatan dan ubat-ubatan yang boleh meredakan simptom, minyak ini semakin mendapat perhatian sebagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan akibat artritis.

Artikel ini akan menerangkan beberapa jenis minyak pati yang boleh membantu mengurangkan kesakitan artritis dan bagaimana cara menggunakannya.

Apa itu minyak pati?

Minyak pati merupakan ekstrak yang diperoleh secara berhati-hati dari tumbuhan melalui proses pengekstrakan atau penyulingan.

Bahan-bahan ini telah digunakan selama berabad-abad dalam pengubatan tradisional di seluruh dunia dan kini semakin popular sebagai rawatan semula jadi untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk artritis.

Jenis-jenis minyak pati

Berikut adalah beberapa minyak pati yang mungkin membantu meredakan simptom artritis:

1. Minyak lavender

Minyak lavender telah lama digunakan untuk mengurangkan kebimbangan, tekanan, dan kesakitan. Pada zaman dulu, orang Mesir dan orang Rom menggunakan lavender untuk mandian, berehat, dan sebagai minyak wangi.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak lavender mengandungi polisakarida yang boleh membantu menyusutkan bengkak dan keradangan (inflammatory) berkaitan dengan artritis.

2. Minyak daun pudina

Minyak pudina atau papermint essential oil diekstrak dari daun tanaman pudina dan digunakan untuk pelbagai tujuan yang berbeza.

Ia mengandungi mentol, yang mampu memberikan kesan menyejukkan dan mengurangkan rasa sakit.

Untuk membantu melegakan sakit sendi atau otot, anda boleh cairkan dengan carrier oil (jika perlu) atau sapukan secara langsung (tidak dicairkan) pada otot yang sakit dan letih.

3. Minyak kayu putih

Minyak kayu putih merupakan minyak pati yang diperoleh dari pohon kayu putih. Kayu putih lazimnya menjadi tumbuhan natif yang banyak didapati di Australia.

Mungkin ramai yang mengenalinya dengan panggilan “‘eucalyptus oil”. Jika anda perasan, selalunya minyak jenis ini banyak diguna pakai di pasaran di dalam produk-produk yang membantu mengurangkan batuk, selsema dan sesak nafas.

Ia juga boleh didapati di dalam krim dan minyak yang berfungsi untuk melegakan sakit urat dan otot.

Sememangnya, kayu putih dipercayai mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan walaupun tidak semuanya sudah dibuktikan dengan penyelidikan secara menyeluruh

Ia mengandungi bahan anti-radang yang mungkin membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi yang disebabkan oleh artritis.

4. Minyak kunyit

Minyak kunyit diperolehi dari umbi kunyit dan telah digunakan dalam pengubatan tradisional India dan China untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Kunyit memang sangat menakjubkan dengan memberi solusi lengkap sebagai antiallergik, antibakteria, antimikrobial, antikulat, antiparasit dan antiviral.

Secara tradisional, kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurveda Cina dan India untuk merawat arthritis, kerana diketahui bahawa terkandung komponen aktif cytokine kunyit dan enzim keradangan.

Justeru tidak hairanlah ia dikenali sebagai salah satu minyak penting terbaik untuk arthritis.

5. Minyak halia

Minyak halia diperolehi dari umbi halia dan telah digunakan dalam pengubatan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Ia sememangnya tidak asing lagi dari segi khasiat dan kegunaan dalam perubatan tradisional dan moden.

Selain minyak halia yang digunakan sebagai minyak urut bermanfaat melegakan sakit sendiri seperti artritis mengikut kajian terdahulu.

Cara Menggunakan Minyak Pati untuk Artritis

Untuk menggunakan minyak pati bagi mengurangkan simptom artritis, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan:

1. Urutan

Campurkan beberapa titisan minyak pati dengan minyak pembawa seperti minyak kelapa atau minyak zaitun, kemudian urut pada kawasan yang sakit.

Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk hasil yang terbaik. Urutan dengan minyak pati dapat meningkatkan peredaran darah di kawasan yang sakit dan membantu mengurangkan keradangan.

2. Aromaterapi

Minyak pati juga boleh digunakan dalam aromaterapi untuk membantu mengurangkan stres dan ketegangan yang mungkin menyebabkan kesakitan artritis.

Anda boleh menggunakan diffuser udara atau menambahkan beberapa titisan minyak pati ke dalam air mandi hangat.

3. Tuaman

Tambahkan beberapa titisan minyak pati ke dalam air suam, basahkan kain atau tuala bersih, kemudian perah air berlebihan.

Letakkan kain atau tuala yang basah dan hangat di atas kawasan yang sakit selama 15 hingga 20 minit.

Tuaman hangat ini dapat membantu mengurangkan kekakuan dan kesakitan pada sendi yang disebabkan oleh artritis.

Penting untuk diingat bahawa minyak pati mesti digunakan dengan berhati-hati, kerana ia boleh menyebabkan reaksi alergi atau kegatalan pada kulit pada sesetengah individu.

Jadi, sebelum menggunakan minyak pati, lakukan ujian kepekaan pada kulit anda terlebih dahulu.

Caranya sapukan sedikit minyak pati yang telah dicampur dengan minyak pembawa pada sebahagian kecil kulit, dan tunggu 24 jam untuk memastikan tiada reaksi alergi.

Walaupun minyak pati mungkin membantu meredakan simptom artritis, ia bukanlah pengganti rawatan perubatan yang disyorkan oleh doktor anda.

Jangan menggantikan ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor dengan minyak pati tanpa berunding terlebih dahulu.

Adalah penting untuk mengikuti nasihat perubatan dan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan untuk mengawal simptom artritis dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Kesimpulan

Kesimpulannya, minyak pati boleh menjadi alternatif semulajadi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan yang disebabkan oleh artritis.

Namun, ia penting untuk menggunakannya dengan berhati-hati dan dalam kombinasi dengan rawatan perubatan yang disyorkan oleh doktor anda.

Jika anda ingin mencuba minyak pati untuk artritis, pilih jenis yang sesuai dan ikuti kaedah yang betul dalam menggunakannya. Selalu berunding dengan doktor anda sebelum memulakan rawatan baru atau mengubah rawatan sedia ada.

Rujukan:

  1. Essential Oils for Arthritis. Can Essential Oils Help Your Arthritis Pain? Very Well Health
  2. Apakah minyak pati? Bagaimanakah ia mempengaruhi kita dan di mana ia digunakan? PCC Group
  3. Artritis 101: Punca, Gejala, Jenis dan Rawatan. Homepage
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113