5 Susu Untuk Kencing Manis Yang Terbaik dan Popular!

Memilih susu untuk kencing manis mungkin berbeza dengan susu biasa.

Biasanya pesakit kencing manis berpegang kepada 4 prinsip utama untuk pemilihan susu yang sesuai iaitu mestilah rendah lemak, rendah gula, tinggi kalsium dan alternatif susu bukan tenusu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 5 susu untuk kencing manis yang terbaik untuk anda cuba.

Baca juga:

Jenama susu untuk kencing manis yang terbaik

Berikut adalah antara jenama susu untuk kencing yang boleh anda pilih dan cuba.

1. Glucerna Triple Care

susu untuk kencing manis

Glucerna Triple Care menyediakan nutrisi lengkap dan seimbang untuk penghidap pradiabetes, kencing manis, kencing manis semasa mengandung, dan mereka yang mempunyai masalah toleransi glukosa.

Apa yang dimaksudkan dengan Triple Care? Sistem Triple Care adalah ia diformulasi dengan Sistem Karbohidrat Unik yang dihadamkan secara perlahan bagi menghasilkan pelepasan glukosa dalam darah sebagai tindak balas glisemik yang lebih baik.

Kemudian, ia juga dilengkapi dengan 4X lebih tinggi Myo-Inositol, yang boleh membantu tahap sensitiviti insulin dan mengawal glukosa dengan lebih baik.

Nutrisi lain yang ada adalah ia mengandungi Rumusan Dwiserat yang boleh mempertingkatkan kesihatan sistem pencernaan serta Campuran Lipid Unik dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti makanan dan pengurusan berat badan.

Glucerna didatangkan dengan tiga perisa iaitu perisa coklat, vanila dan gandum yang lazat.

2. Ovisure Diabest

susu untuk kencing manis

Ovisure Diabest menggabungkan trio bahan sokongan intensif spirulina, biji methi, dan kolostrum.

Ia mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan daya tahan, tinggi anti-oksida dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan.

3. Nutren Diabetik

susu untuk kencing manis

Nutren Diabetik adalah formula khusus diabetes (FKD) yang lengkap dan seimbang sesuai untuk oral atau tiub.

Ia boleh digunakan sebagai satu-satunya sumber pemakanan atau sebagai pengganti makanan.

Nutren Diabetik boleh menjadi sebahagian daripada pelan makanan diabetes yang sihat kerana bebas laktosa dan bebas gluten.

Ia membekalkan nutrisi penting dan seimbang dengan

  • Campuran unik serat glisemik dengan karbohidrat kompleks untuk menstabilkan tahap glukosa darah yang tinggi atau rendah.
  • Mengandungi protein whey yang tinggi untuk membina & memperbaiki tisu badan.
  • Mengandungi campuran asid lemak monotaktepu yang bermanfaat untuk membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Mengandungi 30 jenis vitamin dan mineral yang berlainan.

Menariknya lagi, susu ini dirumus khas mengikut Garis Panduan Diabetes Antarabangsa.

4. Hevisure Gold Diabetic

susu untuk kencing manis

Hevisure Gold Diabetic adalah susu kacang vegan khas untuk penghidap diabetes.

Ia adalah rangkaian 100% susu kacang berasaskan tumbuhan, diekstrak daripada 11 jenis kacang yang diimport dari AS untuk membantu menambah nutrisi untuk penghidap diabetes.

Hevisure mengandungi bahan aktif Insumate dengan Omega 3,6 dan vitamin – mineral untuk membantu mengawal gula dalam darah.

Keberkesanannya telah dibuktikan secara klinikal oleh institut penyelidikan Amerika.

5. Faligold+

Faligold adalah produk pertama dan satu-satunya yang menggunakan teknologi Nano untuk menyasarkan bahan super aktif Crominex 3+ untuk membantu meningkatkan keberkesanan rawatan diabetes sebanyak 89 kali ganda berbanding kaedah konvensional.

Penyelidikan ini dipatenkan dan diperakui oleh US GRAS. Ini adalah teknologi eksklusif dari Amerika Syarikat, hanya tersedia dalam produk Faligold.

Khasiat yang diyakini ia mampu menyembuhkan pankreas, meningkatkan rembesan insulin, membantu menstabilkan gula darah dan mencegah komplikasi lebih teruk.

Kandungan nutrisi dalam susu

Secara ringkasnya, susu lembu mengandungi 3-4% lemak, 3.5% protein, 5% daripada gula semulajadi yang dipanggil laktosa serta pelbagai mineral dan vitamin. Jadual berikut menunjukkan komposisi pemakanan pelbagai jenis susu.

Seperti yang anda lihat dari jadual di atas, berbanding dengan susu manusia, susu haiwan mengandungi jumlah protein yang jauh lebih tinggi.

Itu kerana anak lembu perlu membesar lebih cepat daripada bayi dan dengan itu memerlukan lebih banyak protein.

Ciri susu yang sesuai untuk diabetes

Susu “terbaik” untuk seseorang yang menghidap diabetes bergantung pada perisa yang mereka suka, selebihnya diet harian mereka, dan keseluruhan pengambilan karbohidrat harian mereka.

Contohnya, jika anda mahu mengurangkan pengambilan karbohidrat, susu badam dan rami mengandungi hampir sifar karbohidrat.

Bagi anda yang tidak boleh minum susu lembu kerana tidak intoleransi laktosa atau kandungan karbohidratnya yang tinggi, anda boleh memilih susu skim boleh menjadi pilihan yang lebih rendah lemak dan rendah kalori.

Namun begitu, makanan dan minuman rendah lemak seperti susu skim mungkin menyebabkan paras gula darah lebih tinggi kerana penyerapan yang lebih cepat.

Oleh itu, pemantauan glukosa mungkin membantu untuk menentukan pilihan jenis susu lembu yang terbaik.

Dalam masa yang sama anda harus mengehadkan susu yang tinggi karbohidrat, gula dan jumlah lemak.

Waktu yang sesuai untuk minum susu

Secara umumnya, tidaklah ditetapkan sebarang waktu yang sesuai untuk minum susu.

Namun yang demikian, minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein.

Antara waktu yang disarankan adalah minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.

Soalan lazim berkenaan susu diabetes

Non-Diary Types of Milk | SugarMD
1. Bolehkah penghidap kencing manis minum susu?

Amalan minum susu bagi penghidap kencing manis bukanlah satu perkara yang pelik. Namun untuk memilih susu yang sesuai, ia bergantung kepada beberapa faktor peribadi pesakit. Berikut adalah faktornya:

– Tahap aktiviti
– Kadar pengambilan kalori keseluruhan
– Keputusan hasil pemantauan glukosa darah
– Pengambilan minuman lain
– Pengagihan pengambilan lemak antara lemak tepu dan tak tepu

2. Adakah susu mempunyai gula?

Kandungan 12g karbohidrat dalam segelas susu biasa (tidak berperisa) adalah 12g gula semulajadi yang dipanggil laktosa.

Susu tidak berperisa adalah rendah gula manakala susu berperisa (coklat, strawberi) mempunyai gula tambahan.

3. Apakah jenis susu diabetes lain yang boleh diminum selain susu haiwan?


Berikut merupakan alternatif jenis susu untuk kencing manis yang anda mungkin boleh cuba:

– Susu kacang soya
– Susu kacang badam
– Susu biji rami

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pilihan susu untuk kencing manis dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What’s The Best Milk For Diabetes? Health Match
  2. What Are the Best Milk Options for People with Diabetes? Healthline
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113