Apa Itu SLE? Kenali Penyakit Lupus Yang Boleh Bawa Maut!
Apa itu SLE sebenarnya? Mengapa penyakit ini tergolong sebagai penyakit kronik auto imun kompleks yang boleh merosakkan organ penting dalam jangka masa panjang dan membawa maut?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan penyakit SLE atau juga dikenali penyakit Lupus, dan kesannya kepada tubuh badan manusia.
Baca juga:
Apa itu SLE?
SLE atau juga dikenali sebagai Systemic Lupus Erythematosus merupakan sejenis penyakit autoimun sistemik yang disebabkan oleh tindakan sistem imun badan menyerang sel-sel dan organ tubuh badan manusia.
Penyakit ini bersifat sistemik dan tidak dapat dicegah. Hal ini kerana, pesakit yang menghidap penyakit ini tidak boleh disembuhkan secara keseluruhannya.
Walaupun SLE tidak boleh berjangkit dari satu pesakit ke satu pesakit yang lain tetapi, ia menjadi salah satu penyakit yang berbahaya sehingga mampu menyebabkan kematian.
Siapa yang boleh terkena SLE?
Golongan wanita banyak diserang penyakit SLE. Mengikut kajian, kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Ia biasa menyerang individu yang berumur antara 15 dan 45 tahun. Walaupun begitu, ada sesetengah pesakit SLE adalah dari kalangan anak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
Di Malaysia, lebih daripada 10,000 orang telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun dahulu.
Sungguh pun begitu, masih ramai penghidap SLE yang belum disahkan dan menerima rawatan selanjutnya.
Punca penyakit SLE
Terdapat beberapa punca penyakit SLE ini yang perlu anda tahu. Berikut adalah antara faktornya:
1. Cahaya matahari
Individu yang kerap terdedah pada cahaya matahari (sinar ultraviolet) boleh berisiko untuk mengaktifkan SLE dalam tubuh badan.
Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranannya seperti jangkitan virus, trauma, tekanan fizikal dan emosi.
2. Jangkitan kuman
Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian organ badan akan menyebabkan SLE aktif buat pertama kalinya dan akan berlaku pengulangan pada masa akan datang.
3. Ubat-ubatan
SLE boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis ubat seperti ubat darah tinggi, ubat epilepsi dan antibiotik. Keadaan ini dinamakan drug-induced lupus.
Kebiasaannya, para penghidap SLE akan menjadi lebih baik selepas menghentikan pengambilan ubat tersebut.
Walaupun ada risiko untuk simptom berlaku kembali, tetapi kes ini amat jarang berlaku dan hanya terjadi pada sesetengah individu.
4. Genetik
Sungguhpun dalam kajian, penyakit SLE tidak mempunyai dapatan bukti spesifik yang mengatakan SLE berpunca dari genetik keluarga.
Namun begitu, dikatakan individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap SLE lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.
5. Jantina dan hormon
Golongan wanita khususnya ketika mengandung atau semasa kitaran haid amat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit SLE berbanding lelaki.
Para pengkaji mendakwa bahawa hormon estrogen pada wanita memainkan antara faktor penyebab penyakit SLE.
Tanda dan simptom penyakit SLE
Segelintir pesakit SLE tidak mengalami sebarang gejala lalu menyebabkan ramai menyangka mereka diserang penyakit misteri.
Namun begitu, anda boleh periksa diri dengan beberapa simptom SLE seperti berikut:
- Malar rash: ruam yang menyerupai bentuk rama-rama pada bahagian pipi dan berwarna merah.
- Discoid rash: ruam merah yang selalunya didapati pada bahagian siku.
- Photosensitivity: ketidak upayaan melihat pada cahaya atau berada dalam bilik terang atau bercahaya air kencing
- Ulser mulut yang biasanya tidak sakit.
- Keradangan sendi: selalunya melebihi dua sendi dan bersertakan bengkak dan sakit.
- Pericarditis: keradangan bahagian luaran jantung.
- Pleuritis: keradangan bahagian luaran paru-paru.
- Sawan dan psikosis.
- Masalah sistem imun.
- Protein dalam air kencing.
- Ujian darah anti nuklear antibodi yang positif.
- Sel darah merah dan putih atau platelet kurang dalam darah.
Cara untuk mencegah penyakit SLE
Dari segi pencegahan, penyakit SLE ini akan dirawat berpandukan kepada tanda, gejala dan simptom yang berlaku.
Antara ubat-ubatan yang boleh digunakan adalah seperti:
- Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Mengawal demam, sakit dan bengkak
- Ubat antimalari : Mempengaruhi imun badan dan mengurangkan suar berlaku
- Steroid: Bantu untuk mengawal keradangan
- Imunosupresan: Hanya digunakan dalam kes lupus yang serius
Sekiranya SLE bertambah teruk segeralah dapatkan rawatan di hospital dan kurangkan juga diri dari terdedah secara direct pada cahaya matahari.
Diharapkan semoga perkongsian kesihatan kami berkenaan dengan apa itu SLE dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- What Is Systemic Lupus Erythematosus (SLE)? Lupus America
- Sistemik Lupus Eritematosus (SLE): Panduan untuk Pesakit. Lupus Malaysia