Cara Solat Istikharah: Panduan Lengkap Dengan Bacaan Niat & Doa

Sebut sahaja tentang jodoh, pasti ramai yang sinonim juga dengan solat istikharah. Sebenarnya, solat sunat ini bukanlah menjadi amalan untuk tujuan mencari jodoh sahaja tetapi banyak lagi kelebihan dan manfaatnya.

Dalam Islam, umatnya digalakkan untuk melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk. Lebih-lebih lagi jika kita merasa ragu-ragu dalam memutuskan mana pilihan yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang ada.

Apakah solat istikharah?

Asal bagi perkataan istikharah ialah daripada perkataan ‘خير’ yang membawa makna kebaikan. Penambahan huruf Alif, Sin dan Ta’ menambah lagi maknanya. Lafaz ‘استخار’ membawa makna memohon pilihan. Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Manzur.

Dari sudut fekah, istillah istikharah ini memberi maksud permintaan kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk dalam memilih sesuatu perkara yang terbaik dalam kehidupan.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani pula menyatakan istikharah sebagai memohon diberi pertunjuk yang terbaik dalam dua perkara bagi sesiapa yang menginginkan salah satu daripadanya.

Lebih jelas, Syeikh Syams al-Haq ‘Azim Abadi turut menyebutkan bahawa maksud daripada istikharah itu sendiri meminta dipermudahkan dan diberi kebaikan pada dua perkara kebaikan. Sama ada terus melakukannya atau meninggalkannya.

Istisyarah dan istikharah

Definisi istikharah menurut Ibnu Hajar Al-Asqolani ialah memohon jawapan bagi dua pilihan yang terbaik, bagi orang yang hanya boleh memilih salah satu darinya sahaja.

Manakala bagi istisyarah pula adalah mendapatkan keputusan sesuatu isu selepas sesi perbincangan dengan pakar yang berkelayakan dalam bidang tertentu.

Kedua-duanya penting dalam memohon petunjuk Allah SWT. Para ulama’ juga mempunyai pendapat yang berbeza dalam menentukan yang mana satu harus didahulukan.

Pendapat pertama: Mendahulukan istikharah

Muhammad bin Sholeh Al-Uthaimin berkata,

“Apabila seseorang bimbang tentang satu perkara kerana dia tidak tahu akibat dan apa yang akan berlaku (disebabkan keputusannya), maka hendaklah dia berIstikharah … sehinggalah lapang dadanya. Seandainya belum lapang lagi, maka hendaklah dia mengulang buat kali kedua dan ketiga. Jika masih belum lapang dadanya, maka hendaklah dia berbincang dengan orang pakar dan berkelayakan. Setelah itu buatlah pilihan, Insya Allah ia pilihan yang terbaik.”

Pendapat kedua: Mendahulukan istisyarah

Imam An-Nawawi (676 H) berkata,

“Digalakkan untuk mendahulukan Istisyarah sebelum Istikharah dari orang yang mengetahui nasihat, bantuan, dan pengalaman. Dalam keadaan orang itu hendaklah dipercayai dari sudut agama dan pengetahuannya. Allah SWT berkata, “dan berbincanglah dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan kamu)..” (Ali Imran, 159). Selepas berbincang lalu jelaslah keputusannya, maka berIstikharah lah kepada Allah SWT.”

Jadi ia terpulang kepada pilihan kita sama ada untuk mendahulukan istikharah atau pun istisyarah dahulu. Lihatlah kepada situasi dan keadaan masalah kita sendiri untuk menentukan.

Hukum istikharah

Hukum istikharah adalah sunat dengan ijma’ para ulama’, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Saidina Jabir RA:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan kami tentang istikharah pada semua perkara sepertimana yang Baginda SAW ajarkan kami tentang surah-surah di dalam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang itu berasa ragu dalam suatu urusan, maka rukuklah (solatlah) sebanyak dua rakaat yang sunat dan bukan wajib.”

Waktu solat istikharah

Tiada waktu yang khusus untuk melaksanakan solat sunat ini. Ini bermaksud kita boleh melaksanakan pada bila-bila masa, dan dimana sahaja. Lebih baik sekiranya dilakukan pada sebelah malam. Tetapi jangan dilaksanakan pada waktu-waktu dilarang untuk solat.

Bilangan rakaat

Solat istikharah boleh dikerjakan sama ada 2 rakaat dengan 1 salam atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam.

Cara solat istikharah lengkap niat dan doa

Rukun dalam cara solat istikharah sama sahaja seperti solat-solat fardhu yang lain. Tetapi yang membezakannya adalah niat sahaja dan bilangan rakaat paling sedikit adalah sebanyak dua rakaat.

1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat

2. Membaca niat solat

أُصَلِّي سُنَّةَ اْلاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatal istikharaati rak’ataini lillahi ta’aala”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat isthikarah dua rakaat kerana Allah Taala.

3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

4. Membaca doa iftitah

Doa iftitah bukanlah rukun solat tetapi ia sunat dibaca.

Cara solat tahajud

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.

5. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

cara solat tahajud

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin”

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

6. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

7. Rukuk sambil bertakbir

cara solat tahajud

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

8. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini

cara solat tahajud

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Dalam keadaan ini juga, anda perlu berdiri tegak menghadap kiblat. Manakala kedua-dua belah tangan harus berada di sisi tanpa digerak-gerakkan dengan sengaja.

9. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

cara solat tahajud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Berbeza bagi keadaan yang sebelum tadi, bagi sujud pula kedua-dua tapak tangan harus diletakkan di atas lantai atau pelapik yang digunakan untuk sujud biasanya sejadah. Kedudukannya lebih kurang separas bahu sahaja.

10. Bacaan duduk antara dua sujud

cara solat tahajud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

11. Sujud kembali sambil bertakbir

12. Berdiri semula sambil bertakbir dan ulangi dengan membaca surah Al-Fatihah sehingga habis dan sujud di rakaat kedua

13. Duduk tahiyat akhir

Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

14. Memberikan salam

Doa istikharah

Disarankan untuk melakukan solat ini 3 hingga 7 kali berturut-turut agar diberikan kecenderungan dan petunjuk dalm salah satu dari pilihan dan keputusan yang dibuat.

Bagaimana mendapatkan petunjuk dengan istikharah?

Menurut ringkasan perbahasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, tidak semestinya setiap istikharah yang kita buat akan dijawab dengan petunjuk dari mimpi. Malah tidak disyaratkan untuk bermimpi untuk mendapat jawapan terhadap istikharah yang dilakukan, bahkan tidak memerlukan apa-apa petunjuk melainkan dengan dilapangkan dadanya dan dipermudahkan urusan.

Kesimpulan

Dalam membuat sesuatu pilihan, kita haruslah mempertimbangkan apa yang baik dan buruk kesan dari keputusan yang kita ambil. Berbincanglah dengan orang-orang yang lebih arif dan dipercayai.

Kemudian, mintalah petunjuk Allah SWT dalam mengiringi kemantapan hati dalam memilih. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik pemberi rezeki kepada hamba-hamba Nya.

Rujukan

  1. Mohon Petunjuk Dengan Solat Sunat Istikharah (Oktober, 2021). Korban & Aqiqah, dari https://korbanaqiqah.com.my/solat-sunat-istikharah/
  2. #240: Pengertian dan Kaifiat Solat Istikharah (Januari, 2022). Maktabah Al-Bakri, dari https://maktabahalbakri.com/pengertian-dan-kaifiat-solat-istikharah/
  3. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-342 : Adakah Disyaratkan Bermimpi Sebagai Jawapan Istikharah? (Disember, 2019). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dari https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah
  4. Istikharah dan Istisyarah – Bagaimana Mengenai Jodoh Pilihan Tuhan? (November 2013). Ustaz Syihabuddin Ahmad, dari https://www.ustazusa.com/2013/11/istikharah-dan-istisyarah.html
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113